Wednesday 8 April 2015

Najib tidak boleh lari daripada memberikan jawapan


Mantan Perdana Menteri, YA Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjawab segala tuduhan dan persoalan berkenaan tulisan beliau sebelum ini mengenai Perdana Menteri dan Presiden UMNO/BN. Tun M tidak takut untuk mempertahankan segala apa  yang di fikirkan benar untuk kepentingan dan kebaikkan bangsa, agama dan negara. Tun Dr Mahathir sememangnya sayang kepada parti. Tun M kerana tidak mahu parti kecundang dalam PRU 14. Sedangkan yang lainnya tokoh dalam UMNO hanya mementingkan "politik perut"mempertahankan Najib untuk lari daripada menjawab segala tuduhan dan persoalan yang berbangkit. Bagi MCA tidak hairan memberikan sokongan kepada Najib kerana untuk membalas jasa Najib memberikan jawatan Menteri kepada parti itu walaupun kalah teruk dalam PRU 13.

Apa sebenarnya masaalah  Najib bagi menjawab perbagai isu Tun Dr Mahathir bangkitkan. Isu yang berkenaan mewakili rakyat Malaysia. Tun Dr Mahathir tidak mempersoalkan keputusan Mahkamah tetapi ingin penerangan dan penjelasan dari Perdana Menteri, siapa mengarahkan Sirul Azhar bunuh Altantuya? Memandangkan Sirul Azhar adalah pengawal Najib, perkara ini harus di siasat dan Najib wajib memberikan penjelasan. Menurut Tun Mahathir bahawa Sirul Azhar pernah menjadi pengawal beliau tetapi tidak melakukan pembunuhan. Jadi rakyat ingin tahu siapa yang mengarahkan pengawal Najib membunuh Altantuya semasa Sirul menjadi pengawal kepada Najib.

Ok fine, Najib telah melakukan Sumpah laknat. Tidak ada orang yang mempertikaikan sumpah laknat yang telah dilakukan oleh Najib.Tetapi persoalannya siapa yang mengarahkan Sirul untuk melakukan pembunuhan. Sepertimana di katakan tadi bahawa Sirul Azhar adalah mengawal Najib, justeru rakyat ingin tahu siapa yang mengarahkan Sirul membunuh Altantunya.

Jika sumpah laknat telah dilakuan maka sudah semestinya satu persoalan yang mudah untuk di jawab. oleh Najib.Jika Tun Mahathir seorang yang sudah berumur dapat menjawab segala tuduhan dan persoalan berkenaan tulisan belum sebelum ini, masakan Najib yang  jauh lebih muda tambahan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO/BN tidak dapat menjawab persoalan yang tersangat mudah.

No comments:

Post a Comment