Thursday 23 April 2015

Jambatan Bengkok


Rencana di Harakah terbitan 24-26 April 2015, “Mukhriz jangan jadi anak derhaka”.

Izinkan saya menjawab Harakah mengenai isu yang di timbulkan mengenai projek jambatan bengkok. Selepas ini, dalam penulis seterusnya saya akan memberikan respon mengenai Datuk Seri Mukhriz – Tun Dr Mahathir Mohamad yang di timbulkan oleh penulis Harakah.

Tun Mahathir telah beberapa kali menyatakan bahawa isu “beliau marah” tidak timbul dalam hal ini. Apa yang penting adalah janji Najib kepada Tun Mahathir. Najib telah berjanji akan meneruskan pembinaan jembatan bengkok apabila beliau (Najib) menjadi Perdana Menteri. Tetapi malangnya Najib tidak menepati janji. Ini isunya dan bukan isu kemarahan Tun Mahathir.

Ada juga pihak mempersoalkan apa pentingnya jambatan bengkok sedangkan negara lain di dunia tidak mempunya jambatan seumpama itu.  Soalnya bukan bengkok atau lurus tetapi apa kesannya kepada negara.

Bagi saya golongan yang berpendapat sedemikian, saya rasa terdiri daripada mereka yang pendek akalnya, cacat pemikiran dan menghadapi sejenis penyakit yang di kenali sebagai, “Kaki bodek”.
Antara lain kebaikan (kesan) yang akan di perolehi dengan pembinaan jambatan bengkok adalah : -

1.       Kapal dagangan dapat berlabuh di Tanjong Pelepas
2.       Peningkatan perniagaan dan pekerjaan di Johor
3.       Infrastruktor strategic bagi ketenteraan
4.       Nelayan di Johor dapat menambah hasil laut
5.       Kerajaan dapat hasil kutipan cukai jika kapal berlabuh di Malaysia
6.       Mercu tanda Malaysia di Selatan tanah air.
7.       Mengurangkan kesesatan di tambak johor
8.       Memberikan saingan kepada Singapura.


No comments:

Post a Comment