Thursday 16 April 2015

Jho Low : Ahli UMNO KAKI PUTAR BELIT


Bilamana Jho Low membuat kenyataan bahawa ahli UMNO sebagai ‘kaki putar belit’ maka ramai pemimpin UMNO melenting. Bersandarkan kepada kalimah, KAKI PUTAR BELIT,  cuba kita lihat/merenung apakah persoalan yang di timbulkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Kenyataan Tun Mahathir juga telah di “putar belitkan”oleh pemimpin UMNO yang begitu ghairah mempertahankan boss mereka, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Tun Mahathir dalam blognya bertanya dan  ingin mengetahui siapa yang mengarahkan pengawal Najib (ketika itu) Sirul melakukan pembunuhan?? Tun Mahathir tidak pernah menuduh boss mereka, Najib Tun Abdul Razak terlibat dalam pembuhunan itu. Bahkan Tun Mahathir tidak mempersoalkan keputusan Mahkamah. Tun Mahathir tidak pernah menafikan kenyataan Najib ( dlm kes Altantuya tetapi ingin mengetahui siapa yang mengarahkan pembuhunan yang di lakukan Sirul ( Pengawal Najib). Satu persoalan yang sangat mudah untuk difahami.

Malangnya kenyataan Tun Mahathir telah di putar belitkan dengan menyatakan bahawa Najib tidak terlibat dalam pembunuhan tersebut dan menyalak kononnya Najib sudah bersumpah dan sebagainya.
Lihat sahaja bahawa kenyataan asal Tun Mahathir telah di putar belitkan dan dengan pemutaran belit itu mereka (pengampu dan pengilap epal) menyerang dan menghina Tun Mahathir.


Allah sentiasa bersama Tun Mahathir dan kini apa yang berlaku boleh di anggap sebagai  Hukum KARMA dimana Jho Low melabel ahli UMNO sebagai KAKI PUTAR BELIT. Mungkin banyak lagi akan menjelma selepas ini.  Kita tunggu dan lihat sahaja kebenaranya.

No comments:

Post a Comment