Friday 3 April 2015

Jika gagal memberikan penjelasan Najib harus berundur


Utusan Malaysia terbitan 3 April 2015 melaporkan, “Salleh jawab kritikan Dr Mahathir”.

Jika laporan tersebut benar, ternyata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak hanya membuat “selective” respond (jawapan terpilih) dan tidak menjawab kritikan Dr Mahathir pada keseluruhannya.

Datuk Seri Mohd Salleh menyatakan bahwa 1MDB sama seperti Temasik Holdings milik Singapore. Tetapi Datuk Seri Mohd Salleh harus memahami bahawa Temasik Holding tidak mempunyai masalah seperti 1MDB. Pengurusan Temasik Holding lebih tersusun dan berkesan sehingga tidak menimbulkan masalah seperti 1MDB. Penjelasan Datuk Seri Mohd Salleh kelihatan begitu “lemah”dalam menjawab hujjah Dr Mahathir dan setakat melepaskan batuk di anak tangga.

Demi untuk bangsa, agama dan negara, adalah baik bagi Perdana Menteri memberikan penjelasan isu isu yang di timbulkan oleh Dr Mahathir. Segala yang di timbulkan oleh Dr Mahathir adalah  kegelisahan dan keresahan rakyat terhadap kerajaan di bawah kepimpinan Najib.


Dalam pilihanraya, rakyat menjadi hakim dan jika kegelisahan dan keresahan berlegah-legah di minda rakyat  tidak diberikan penjelasan oleh Najib maka rakyat akan menolak UMNO/BN dalam PRU14. Jika disebabkan perkara perkara tertentu Perdana Menteri Najib, tidak dapat memberikan penjelasan/jawapan seperti yang diharapkan, maka berundurlah. Jangan hancurkan UMNO dan jangan kuburkan UMNO.

No comments:

Post a Comment