Tuesday 7 April 2015

Kepada Najib jika tidak mahu menjawab, Letak Jawatan






The New Straits Times, April 7 melaporkan "More rally, throw support behind PM", dan Utusan Malaysia terbitan 7 April melaporkan, "BNBBC berdiri teguh sokong PM".

Mereka ini nak sokong apa Najib? Apakah menyokong Najib lari daripada memberikan jawapan perbagai isu?

Apa yang diperlukan oleh Tun Dr Mahathir adalah jawapan dari Najib. Susah sangatkah Najib hendak menjawab? Kenapa mereka ini semua berkokok? Nak bodek ? Nak menggilap epal?". Fahami apa yang di kehendaki oleh mantan perdana menteri itu. Jika tidak mahu menjawab, maka rakyat akan berpendapat Najib bersalah. Jika begitu halnya maka Najib hendaklah meletakkan jawatan secara terhormat. Jika Najib melakukan sedemikian (meletakkan jawatan) apakah yang menyalak itu akan ikut langkah Najib untuk meletakkan jawatan? Mana mungkin.

Tun M tidak mempertikaikan keputusan mahkamah. Apa yang Tun M mahukan satu siasatan apakah motif pembuhunan kerana pembuhunan tersebut melibatkan bodyguard seorang perdana menteri dan Sirul menyatakan beliau menerima arahan. Sebagai seorang bodyguard PM, rakyat juga ingin tahu arahan siapa. Yang si kaki bodek ni semua berkokok tidak bersebab kenapa? Mereka menyalak kerana POLITIK PERUT.

Rakyat Malaysia menyeru kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri supaya meneruskan usaha untuk mendapatkan jawapan dari Perdana Menteri. Biarkan mereka ini menyalak sekuatnya. Seperti peribahasa melayu, "seperti anjing menyalak bukit dan bukit tidak akan runtuh".

Rakyat Malaysia di belakang Tun Mahathir, Jika Najib tidak mahu menjawab, letak jawatan secara terhormat. Jangan sampai Najib di buang keluar dari UMNO dan Barisan Nasional. Biar ahli UMNO membuang Najib dari UMNO jangan rakyat membuang keluar UMNO dari memerintah. Jika rakyat menolak UMNO maka hilanglah UMNO Malaysia sepertimana hilangnya UMNO Singapore di sana.

No comments:

Post a Comment