Tuesday 3 March 2015

Perangai pembangkang tidak berkualiti


Saya bersetuju dengan pendapat Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang bahawa ahli politik pembangkang di Malaysia disifatkan tidak begitu memberangsangkan terutamanya apabila melibatkan soal penghormatan terhadap peraturan serta undang-undang khususnya ketika membahaskan sesuatu perkara dalam sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Ahli politik pembangkang Malaysia kerap kali mengadakan kunjungan ke Singapore dan menemui rakan ahli pembangkang Singapore. Apakah dengan pertemuan seumpama itu, ahli politik pembangkang Malaysia tidak mengambil kesempatan untuk mengenal mereka ( ahli politik pembangkang Singapore) dan mempelajari daripada mereka cara cara untuk berbahas di Dewan Negara atau Dewan Rakyat.? Apakah ahli politik pembangkang Malaysia beranggapan mereka lebih hebat dari ahli politik pembangkang Singapore?

Kita dapat melihat kualiti ahli politik pembangkang Singapore sangat tinggi dan terhormat dalam membahas sesuatu perkara di parlimen Singapore. Bukan itu sahaja cara ahli politik pembangkang Singapore menegur dan membidas pemerintah PAP sangat terpuji dan saling menghormati.  Dalam erti kata ahli politik pembangkang Singapore menunjukkan prestasi dan kualiti yang tinggi ketika berada dan pembahas sesuatu perkara di parlimen, negara mereka. Ahli politik pembangkang menghormati institusi parlimen mereka.

Saya mencadangkan supaya ahli politik pembangkang Malaysia dapat mengadakan “education tour” ke parlimen Singapore ketika parlimen di sana bersidang. Saya yakin dan percaya Speaker Parlimen Singapore sangat berbesar hati untuk menerima ahli politik Malaysisa. Saya rasa ahli politik pembangkang Malaysia banyak lagi harus mempelajari perlakuan dan cara berbahas di parlimen.

Sejauh ini apa yang dapat saya lihat ahli politik pembangkang Malaysia telah mempamerkan perbahasan kedai kopi dan bukan pembahasan di Dewan Terhormat seperti Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Mohamed Mansor Abdul Rahman


No comments:

Post a Comment