Thursday 19 March 2015

Kerana politik perut mereka menyerang/mengritik Tun Mahathir

Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak sekali lagi menyerang mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada August 2014, Datuk Seri Salleh Keruak melancarkan serangan terhadap Tun Mahathir di blognya, “Dr Mahathir has lost of the economic realities”

Merujuk kepada kritikan Tun Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Pengerusi UMNO Sabah telah mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya bersifat terbuka dan sentiasa meneliti setiap maklumat agar tidak mudah terperangkap dengan pandangan satu pihak.

Beberapa hari setelah Datuk Seri Mohd Salleh Keruak mengritik Tun Mahathir, “seekor burong kakak tua” dari Sarawak telah mendendangkan lirik Datuk Seri Mohd Salleh Keruak. Burong kakak tua dari Sarawak meminta supaya Najib diberi ruang buktikan kemampuan.

Datuk Seri Mohd Salleh telah meminta ahli ahli UMNO supaya meneliti setiap maklumat agar tidak mudah terperangkap dengan pandangan satu pihak. Ini jelas Mohd Salleh tidak melakukan apa yang beliau katakan. Datuk Seri Mohd Salleh harus meneliti apa yang di tulis oleh Tun Mahathir dalam blognya dan jangan membaca mengikut emosi bersandarkan elemen untuk mempertahankan “bossnya” tanpa memikir sejenak apa yang di maksudkan oleh Tun Mahathir.

Adalah amat malang kepada sesiapa yang beranggapan bahawa kritikan Tun Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib. Tun Mahathir mahukan UMNO terus berkuasa dan teguran dan kritikan Tun Mahathir adalah untuk kepentingan bangsa, agama dan negara. Bukan untuk menjatuhkan pemimpin. Benar, pentadbiran Tun Mahathir pernah di kritik tetapi yang anehnya setiap kritikan terhadap Tun Mahathir (ketika itu) tidak dianggap untuk menjatuhkan Tun Mahathir. Kenapa kini setiap kritikan yang di limparkan kepada Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak, ada sahaja suara sumbang menuduh perbuatan sedemikian ingin menjatuhkan perdana menteri Najib dan UMNO. Kita harus menyedari bahawa Tun Mahathir sayangkan UMNO.

Sepertimana yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir ( di blognya) bahawa sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak.

Memandangkan kecurigaan rakyat ujud (seperti yang dikatakan) terutama sekali soal pengurusan dan kegunaannya maka yang sangat di perlukan bukan audit biasa akaun tetapi  siasatan forensic oleh pihak polis. Selagi ada berbagai tuduhan dari rakyat dan rakyat sentiasa merasa curiga maka walaupun ujudnya solidariti di kalangan ahli UMNO belum tentu lagi UMNO/BN akan mendapat kemenangan dalam pilihan raya. Hanya dengan siasatan forensic oleh pihak polis akan memberikan jawapan kepada perkara perkara dimana telah menimbulkan keresahan dan kecurigaan rakyat. Jika tidak ada jawapan kepada keresahan dan kecurigaan rakyat maka kemungkinan besar UMNO/BN akan tewas dalam PRU14.

Tidak menghairankan jika dalam majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 March 2015, keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti, walaupun PM Najib tidak memberikan persoalan yang di timbulkan oleh Tun Dr Mahathir. Sepertimana dikatakan oleh bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah bahawa hari ini ketua ketua UMNO atau ahli parlimen memperolehi pendaparan sampai RM50,000 sebulan, malahan setengahnya ratus juta. Jadi dengan kedudukan itu, sukar untuk mereka meninggalkan Najib sebab politik UMNO ialah politik perut.



No comments:

Post a Comment