Apakah ada keberanian pemimpin
Malaysia hari ini ( selain Tun Dr Mahathir Mohamd) membuat kenyataan balas
seperti Brunei lakukan?
CNN dan media Barat kini sibuk mengancam Brunei sebab
perlaksanaan undang-undang Syariah. Mereka memboikot semua hotel dan
kepentingan Brunei. Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka.
Dalam negara2 kamu, kamu
mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama dan lain2.
Ianya di dalam perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara
kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu.
Dalam negara saya, kami
mempraktikkan kemelayuan, islamik, sistem monarki dan kami akan mula mengamalkan
undang2 islam, undang2 syariah. Islam berada di dalam perlembagaan kami,
identiti negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami.
Kami mungkin menjumpai
kelopongan2 dalam undang2 dan sistem keadilan kamu dan kamu mungkin menjumpai
kelopongan2 pada kami pula, akan tetapi ini adalah negara kami. sepertimana
kamu mengamalkan hak kamu untuk gay dan lain2. Kamu lakukannya untuk dunia ini
yang kamu diami sekarang, sedang kami mengamalkan hak kami menjadi muslim untuk
dunia ini dan dunia selepasnya.
ini adalah negara islam
yang mengamalkan undang2 islam. mengapa tidak kamu risaukan anak2 kamu yang
ditembak di sekolah2 kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan org2 yg
tertuduh, kadar ketinggian jenayah dan DUIs, kadar bunuh diri dan pengguguran
yang tinggi dan apa2 yang patut dirisaukan DISANA. banyak agama yang menentang
homoseksualiti, ianya bukan sesuatu yang baharu. Saat kamu mendengar bahawa
islam dan muslim membuat pendirian dan meneguhkan kepercayaan mereka, kamu
menghakimi, kami memboykot, kamu katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam.
Sekali lagi, pergilah kpd
kebimbangan yang kamu patut tumpukan pada yang telah saya beritahu sebelum ini.
Tidak salahkah membenarkan senjata2 membunuh, tidak salahkah membenarkan bayi
yang belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yang membawa pd
AIDS dan kerencatan pada generasi baru?
Mengapa terlalu risaukan
tentang apa yang terjadi disini di dalam negara islam sedang kamu tidak pun
membuka mata tentang apa yg berlaku di Syria, bosnia, rohingnya, palestin, dan
lain2. Ribuan terbunuh disana dan kamu masih tidak peduli, tiada seorang
terbunuh disini dibawah undang2 syariah, dan kamu kecoh menggembar-gemburkan
ia, walaupun penduduk di sini yang secara langsung terkesan darinya,
menerimanya dengan aman. Hukuman mungkin sedikit keras tak bermakna ianya mudah
untuk dilaksana. Di sana ada proses2 yang perlu dijalani sebelum boleh disabit
bersalah. Kami baik2 saja dengannya, malah gembira.
Petikan tersebut tidak
diubah suai -Original speech
No comments:
Post a Comment