Friday 27 February 2015

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersandiwara dengan Istana

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muádzam Shah berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun keatas Anwar dalam kes liwat. Seharusnya Anwar Ibrahim sendiri harus membuat petisyen pengampunan bukan ahli keluargnya. Yang melakukan liwat bukan ahli keluarganya tetapi Anwar sendiri

Ada yang menyifatkan perbuatan memohon keampunan diibaratkan ‘menjilat ludah sendiri’ dan çakap tak serupa bikin’.

Anak kedua Anwar dilaporkan sebagai berkata, “Kami meletakkan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan apabila kesemua fakta fakta diteliti secara menyeluruh tanpa campur tangan politik mahupun mana-mana cabang kerajaan bersesuaian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui institusi Raja Perperlembagaan”.

Apakah beliau sejujurnya berpendapat begitu? Atau hanya satu sandiwara untuk dilihat sebagai kononnya beliau terdiri daripada rakyat yang menghormati perlembagaan dan undang undang negara? PKR yang di ketuai oleh Bapak, ibu dan kakak beliau mempunyai dasar dan prinsip yang tidak menghormati badan kehakiman negara. Bahkan bapak beliau secara terbuka menentang sistem Raja berperlembagaan. Lihat sikap dan perlakuan bapaknya yang menentang titah Sultan Selangor. Perbuatan bapaknya jelas menderka terhadap Sultan Selangor.

Jika beliau sekeluarga percaya dan menghayati apa yang dikatakan maka seharusnya beliau menghormati keputusan mahkamah yang mengadili kes liwat bapaknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau (anak Anwar) seharus meminta Bapak dan Ibunya bagi meneliti segala fakta yang di kemukakan dalam mahkamah.

Insiden Anwar Ibrahim menyelar institusi kehakiman yang didakwanya sebagai ‘rakan subahat’ yang membunuh kebebasan kehakiman dan integrity. Sebagai bekas timbalan perdana menteri Anwar harus menyedari bahawa badan kehakiman (judiciary) adalah satu institusi yang tersangat bebas dalam menangani semua perkara. Anwar harus mengakui bahawa semasa beliau memegang jawatan sebagai TPM sehingga hari ini, parti yang sama memerintah negara. Beliau juga harus menyedari bahawa gaji hakim mahkamah tinggi di bayar melalui consolidated fund. Ini jelas tidak ada campur tangan kuasa eksekutif dengan badan kehakiman.

Merujuk kepada petisyen pengampunan itu dibuat atas nama keluarga kerana Anwar Ibrahim, tujuannya adalah ingin mendapat simpati dari YDP Agong tidak lain dari itu. Secara langsung Anwar berusaha untuk melibatkan YDP Agong dalam masalah peribadinya.


Di sudut politik pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mengekalkan status quo sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen. Mereka menyedari bagi mendapatkan jawapan dari YDP Agong akan mengambil masa yang lama dan selama itu akan memberikan Anwar peluang untuk memainkan isu ini di peringkat antarabangsa dalam usaha mendapatkan simpati dan sokongan dari luar Negara. Ini sedikit sebanyak dirasakan dapat memberikan tekanan kepada pemerintah Malaysia.

No comments:

Post a Comment