Monday 16 February 2015

Anwar Ibrahim perdayakan rakyat

Harakah terbitan 13-15 Februari 2015 melaporkan “ Saya tetap tidak bersalah - Anwar”.

Harakah melaporkan bahawa Ketua Pembangkang, Dato’Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tetap tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan biarpun Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya pada 10 Februari 2015.

Anwar dilaporkan sebagai berkata “saya tetap mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang jahat dan kejadian ini tidak pernah berlaku”.

Jika benar begitu, saya ingin bertanya kepada Anwar Ibrahim dan barisan peguambela beliau seramai 14 orang seperti berikut : -

1.       Mengapa Anwar Ibrahim tidak memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah ketika diarah membela diri di Mahkamah tinggi? Mengapa takut jika tidak melakukannya.

2.       Mengapa Anwar Ibrahim gagal membawa seseorang yang kononnya  saksi alibi bagi mengesahkan alibi beliau pada hari kejadian?

3.       Mengapa barisan peguambela Anwar Ibrahimn gagal mematahkan bukti saintifik yang mengesahkan 100 peratus asid deoksiribonukleik (DNA) milik Anwar Ibrahim dalam kes tersebut? Seramai 14 peguambela membela Anwar. Tidak seorang pun peguambelanya  mencabar keputusan DNA itu. Sedangkan mereka mengetahui bahawa ini penting dalam usaha untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim.

4.       Anwar Ibrahim dan peguambelanya sering menyatakan wujud konspirasi politik dalam kes tersebut. Jika begitu halnya, mengapa tidak di perjelaskan kepada Mahkamah bukti wujudnya konspirasi tersebut. Tiada seinci pun bukti dikemukakan kepada mahkamah selain daripada andaian sendiri semata-mata.

Bagi pihak Mohd Saiful Bukhari Azlan beliau telah berdiri hampir 3 jam di kandang saksi dimana beliau menghadapi soalan soalan yang di timbulkan oleh para peguambela Anwar seramai 14 orang termasuk Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Sedangkan Anwar memilih tidak mahu memberikan keterangan secara bersumpah ketika diarahkan berbuat begitu. Walaupun terdapat 14 peguambela handalan berdiri dibelakang beliau.

Diluar Mahkamah Anwar Ibrahim membuka “mulut yang tersangat besar” (big mouth) mengenai kes beliau dan kononnya beliau tidak bersalah dan tidak melakukan perbuatan liwat.
Anwar menyedari bahawa Mahkamah akan membuat keputusan sama ada beliau bersalah atau sebaliknya, jadi persoalannya, Mengapa Anwar tidak mahu membuat keterangan bersumpah di Mahkamah? Ini adalah satu peluang bagi beliau membuktikan bahawa beliau tidak bersalah dan tidak melakukan (seperti dikatakan di luar Mahkamah) Tidak kah ini pelik??

Mengapa takut memberikan keterangan bersumpah jika beliau tidak melakukannya? Kita mengetahui bahawa Anwar pintar memutarbelit kan keterangan. Mengapa tidak menggunakan kepakaran tersebut untuk menyelamatkan diri beliau daripada di penjarakan?

Jika kita melihat beberapa kes jenayah di Mahkamah seperti rogol, mencuri, menipu dan sebagainya, yang di tuduh meminta agar mereka di bicarakan tetapi Anwar memilih jalan tidak mahu dibicarakan tetapi mahukan Rakyat Menjadi Hakim. Anwar menyedari rakyat dapat diperalatkan dan dengan kedudukan beliau sebagai seorang ahli politik, dan dengan kedudukan sedemikian rakyat mudah dipengaruhi, terpengaruh dan dipekudakan.


Rakyat hanya menjadi hakim dalam pilihan raya tetapi tidak pada kes jenayah seperti kes liwat Anwar Ibrahim. Hanya hakim di Mahkamah sahaja yang layak menghakimkan kes tersebut.

No comments:

Post a Comment