Monday 9 February 2015

1Malaysia Development Bhd didesak memberikan penjelasan



Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda mengeluarkan kenyataan bahawa serangan berbentuk tohmahan terhadap 1MDB dipercayai dilakukan dengan bermotifkan politik.

Arul Kanda harus menyedari bahawa tidak semua komen mengenai 1MDB bermotifkan politik. Ianya bermotifkan politik jika datangnya dari parti pembangkang tetapi komen tersebut juga jangan di pandang mudah. Apapun komen yang dibuat harus di beri penjelasan dengan fakta (facts & figures). Ini dapat mengelakkan berbagai tuduhan terhadap 1MDB yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan. Banyak persoalan yang telah di timbulkan oleh rakyat dipandang sepi oleh 1MDB dan Menteri yang bertanggungjawab.

Sebagai contoh. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih tidak berpuas hati dengan penjelasan firma pelaburan 1MDB bahawa dana sebanyak RM8.3 billion yang dilaburkan di Kepulauan Cayman telah diperolehi semula. Menurut Tun Mahathir penjelasan itu tidak mencerahkan apa-apa kepada kita. Persoalannya dimana wang 1MDB? Harus ada penjelasan dimana bank yang menjadi tempat pelaburan dana tersebut.

Perkara yang melibatkan kepentingan umum  (public interest) tidak boleh di tolak begitu sahaja. Jika penjelasan tidak dibuat maka rakyat akan bertambah marah terhadap kerajaan. Dan parti pembangkang pula akan mengambil kesempatan dari kegelisahan/kemarahan rakyat agar terus menolak kerajaan hari ini. Ketidak selesaan rakyat jika tidak ditangani akan di terjemahan di peti undi. Seandainya ini berlaku maka UMNO pasti kecundang dalam pilihan raya yang akan datang.

Lihat bagaimana rakyat bertindak dengan tidak memberikan sokongan yang jitu kepada Barisan Nasional dibawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. PRU 13 pula dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan keputusan pilihan rya yang berkenaan lebih teruk dari Tun Abdullah. Barisan Nasional dibawah kepimpiunan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak gagal untuk mendapat majority 2/3 di parlimen.

Kita mesti ingat dalam pilihan raya “Rakyat adalah Hakim” dalam membuat keputusan. Saya bersetuju dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa dasar dan cara mesti di tukar. Jika dasar dan cara tidak mahu di tukar maka orang (pemimpin) harus di tukar jika UMNO tidak mahu kecundang dalam pilihan raya dan jika orang Melayu tidak mahu kehilangan kuasa politik serta pentadbiran Negara bertukar tangan seperti Singapura.




No comments:

Post a Comment