Thursday 12 February 2015


Sholat hajat dilakukan tetapi Anwar Ibrahim dipenjarakan. Apakah Allah berkonspirasi jatuhkan Anwar?


Pada hari Selasa, 10 Februari 2015 di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya, para penyokong Anwar setelah bersholat hajat memohon ke hadirat Allah membebaskan Anwar Ibrahim kerana mereka berpendapat Anwar Ibrahim di fitnah dan ujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dan berdoa pada Allah supaya selamatkan Anwar daripada di penjarakan dan melindungi Anwar daripada di fitnah dan sebagainya. Doa di baca dengan berlinang air mata dan dengan suara tersekat-sekat. Semua ini dilakukan sewaktu mahkamah bersidang. Sebelum acara sholat hajat di pekarangan Mahkamah kedengaran bacaan Al Quran berkumandang menerusi kaset.

Disebelah tengah hari para hakim yang bersidang membuat keputusan menolak rayuan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat. Keputusan hakim tidak di terima oleh Anwar dan para penyokongnya walaupun mereka (Anwar tidak bersama para penyokong melakukan sholat hajat) telah mengerjakan sholat hajat memohon doa dari Allah. Mereka mencaci dan menghamum para hakim sebangsa dan seagama. Menuduh para hakim sebagai yahudi dan mengutuk dan memaki hamum pasukan polis.

Perbuatan mereka, jelas menunjukkan mereka tidak beriman kepada Allah dan tidak redah dengan keputusan tersebut. Apakah sebagai seorang Islam kita harus mempunyai sikap tidak meredai kepada kehendak Allah? Mereka tidak percaya dan yakin kepada Allah. Dimana kepercayaan kita kepada Qadak dan kadar?

Dengan mempunyai sikap seumpama itu, para penyokong Anwar Ibrahim berhimpun pula di hadapan pintu penjara Sungai Buloh pada malam (11 Februari 2015) dengan menyalakan lilin dimana mereka sifatkan sebagai tanda solidarity kepada Anwar Ibrahim. Setelah tidak mempercayai Qadak dan Kadar (menolak keputusan Mahkamah walaupun telah melakukan sholat hajat), kini menyalakan pula lilin, apakah ini selari dengan ajaran Islam? Apakah ini dibenarkan oleh Islam?

Bagi umat Islam, keputusan Hakim di redai Allah kerana keputusan hakim merupakan petunjuk dari Allah. Ini berdasarkan kepada sholat hajat yang telah dilakukan dan didoakan oleh penyokong Anwar Ibrahim sendiri di pekarangan Istana Kehakiman semasa mahkamah bersidang.


Apakah dengan menolak keputsan hakim dan apakah dengan berhimpunan menyalakan lilin pada waktu malam hari di pintu penjara, setiap malam menandakan para pemimpin dan penyokong PKR menuduh Allah juga berkomplot/berkonspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim??

1 comment:

  1. Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil

    Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.

    Keterangan/Hujah:

    Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.

    Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

    Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud: “Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa’ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda “Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

    ReplyDelete