Wednesday 18 February 2015

Maruah Negara harus di pertahankan


Difahamkan, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan menghantar surat kepada Peguam Negara mengenai tindakan sewajarnya dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menghina mahkamah.

Rakyat Malaysia seharusnya memberikan sokongan atas tindakan Tan Sri Muhammad Shafee kerana mahu bertindak sedemikian rupa. Ini kerana perbuatan menghina Mahkamah telah lama berlaku tetapi tidak ada tindak balas dari pejabat peguam negara.

Dengan ketidak cergasan pejabat peguam negara bertindak keatas mereka yang menghina mahkamah maka kian ramai lagi  di luar negara turut menghina Mahkamah Malaysia.

Terdapat warganegara jiran Singapura melalui facebook beliau melabel Mahkamah Malaysia sebagai “Kangroo Court” dalam kes liwat II Anwar Ibrahim. Pemilik facebook tersebut tidak mempunyai keberanian untuk mengulas beberapa kes yang melibatkan pembangkang dan pressure group di negara sendiri tetapi memilih untuk menghina mahkamah di Malaysia. Menyedari hakaikat bahawa mana mana warganegara Singapura yang didapati menghina Mahkamah Singapura yang berkenaan akan di tangkap oleh polis Singapura dan seterusnya membuat pendakwaan di Mahkamah Singapura.

Dalam kes liwat II Anwar Ibrahim terdapat warganegara Singapura dimana membuat teguran sinis terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan. Perkataan yang di gunakan dapat membawa pengertian sebagai perbuatan menghina Mahkamah Malaysia.

Adalah menjadi harapan setiap rakyat Malaysia yang cintakan negara agar peguam negara dapat bertindak segera sepertimana di cadangkan oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.


Mahkamah Malaysia tidak boleh seterusnya di hina dari dalam dan luar negara. Kita mesti menjaga dan mempertahankan maruah negara.

No comments:

Post a Comment