Sunday 28 April 2024

Wake-up call dari Tun Mahathir

 

Tun Dr Mahathir Mohamad membuat ramalan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan menang Pilihan Raha Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada 11 Mei ini.


2.Ramalan awal Tun Dr Mahathir merupakan “wake-up” call kepada 46 peratus pengundi Melayu.


3.Tun Dr Mahathir menyatakan walaupun pengundi Melayu lebih ramai di kawasan berbanding Cina, orang Melayu berpecah mana kala orang Cina bersatu. Kemungkinan DAP akan menang.


4.Ada kebenaran apa  dikatakan  Tun Dr Mahathir.


5.Di Kuala Kubu Bharu terdapat 46 peratus terdiri daripada pengundi Melayu, 30 peratus pengundi Cina, 18 peratus pengundi India, dan enam peratus lain-lain kaum.


6.Di PRK KKB jelas bahawa 46 peratus pengundi Melayu berpecah antara PN dan PH. 


7.Undi Melayu berpecah dua. PN dan PH.

Jika Melayu menyokong PH kononnya ada UMNO maka undi melayu berpecah. Itu yang di maksudkan Tun Dr Mahathir.


8.Manakala PH menerima sokongan padu dari pengundi Cina kerana bukan sahaja calonnya seorang Cina tetapi DAP parti dominan di PH.


9.Pengundi Melayu harus sedar DAP tetap tegur memperjuangkan/mempertahankan dasar ‘ Malaysian Malaysia’.


10.Dasar Malaysian Malaysia ini satu gagasan menghapuskan hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera yang dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan dan melucutkan agama dalam pemerintahan negara. Malaysian Malaysia merupakan perjuangan Lee Kuan Yew dari PAP Singapura. Ketika itu Lee Kuan Yew seorang Cina mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.


11. Dua konsep perjuangan DAP iaitu sekularisme ekstrem maka itu dasar ‘Malaysian Malaysia’ wajib ditentang dan ditolak oleh umat Islam di negara ini kerana konsepnya salah.Sekularisme ialah suatu konsep atau ideologi pemisahan antara agama dengan institusi atau badan negara.


12.Umat Islam di negara ini wajib menolak konsep Malaysian Malaysia dan sekularisme yang diperjuangkan DAP. Orang Melayu harus sedar konsep itu jika diterima maka orang Melayu dan bumiputera akan senasib dengan kaum pribumi di Singapura.


13.Bersesuaian dengan apa dikatakan Tun Dr Mahathir, maka 46 peratus orang Melayu (PRK KBB) wajib bersatu memberikan sokongan kepada gabungan parti tanpa DAP.

No comments:

Post a Comment