Wednesday 24 April 2024

Agenda Tersembunyi ?



Mengikut laporan bahwa seorang Bekas Hakim mencadang kerajaan mohon maaf secara terbuka atas Operasi Lalang. Menurutnya operasi itu tidak akan berlaku jika Perlembagaan Persekutuan dihormati. 

2.Operasi itu berlaku pada 1987 ketika Dr Mahathir Mohamad berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

3.Bekas Hakim berkenaan berkata sedemikian semasa berucap pada majlis peringatan ulang tahun ke 10 pemergian Pengerusi DAP Karpal Singh.

4.Malaysiakini melaporkan "Ops Lalang : Bekas tahanan ISA mahu k'jaan minta maaf" (Rabu 24 April 2024).

5.Ops Lalang berlaku pada tahun 1987 semasa Dr Mahathir Mohamad berkhidmat sebagai Perdana Menteri Keempat. Setelah itu Tun Abdullah Ahmad Badawi (PM5) Datuk Seri Najib Tun Razak (PM6),     Tun Dr Mahathir Mohamad (PM7), Tan Sri Muhyddin Yassin (PM8) dan Dato' Sri Ismail Sabri (PM9).

6.Selama itu, tidak pula bekas hakim berkenaan menimbulkan isu berkenaan? Mengapa beliau mengambil hampir masa 37 tahun untuk menyedari Ops Lalang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan harus mohon maaf?

7.Agenda tersembunyi ? Hidden Agenda? Come Clean.

No comments:

Post a Comment