Monday 1 April 2024

Bangkit memberikan kesedaran

 

Kita umat Islam mengutuk Israel sekeras-keras tindakan tentera Yahdui membunuh begitu ramai rakyat Palestin, kanak kanak, ratusan bayi, pompan tua dan muda serta lelaki tua dan muda. Yang sihat dan juga yang tidak sihat.


2.Tetapi pernahkah kita mengritik/mengutuk para pemimpin negara negara arab kerana tidak melakukan sesuatu misalnya seperti apa yang dilakukan Yaman yang membantu negara dan rakyat Palestine?


3.Jika setiap pemimpin/negara arab terutama negara negara Islam melakukan apa yang dilakukan Yaman keadaan di Gaza tidak seperti hari ini. 


4.Apakah kita tidak ada keberanian mengritik  kerana mereka keturunan Arab? Wpakah takut  jika kita mengritik mereka maka jemaah haji dan Umrah dari negara yang mengritiknya  jumlah jemaah dikurangkan  dan mungkin langsung tidak dibenarkan?


5.Tetapi kita begitu tergamak melihat saudara saudara kita (terutama kanak kanak dan bayi) di Gaza di belasah tanpa perikemanusian? Jika itu berlaku kepada darah daging kita, apa kita rasakan?


6.Jom bangkit disamping kita mengritik Yahudi dan Amerika kita juga wajib mengritik pemimpin pemimpin arab dan pemimpin dunia Islam supaya bangkit membantu Palestin seperti dilakukan Yaman.


7.Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha untuk mengubahnya



Kuala Lumpur

Isnin 1 April 2024

No comments:

Post a Comment