Thursday 25 April 2024

Menuntut Keadilan

 

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.


2. Notis ishtihar harta adalah dibawah Seksyen 36(1) (a) Akta SPRM.


3.Jika Tun Dr Mahathir disiasat berhubung pengisytiharan harta maka notis mesti dikeluarkan dan di serahkan kepada Tun Dr Mahathir. Sudahkah dilakukan sepertimana di kehendaki akta berkaitan?


4.Sehingga hari dan saat ini tiada notis di  keluarkan dan Tun Dr Mahathir juga tidak di panggil oleh SPRM atau mana mana agensi untuk istihar harta.


5.Ketika menjawat jawatan Perdana Menteri ketujuh pada 2018 dan berdasarkan portal Pengisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berada di tempat kedua dengan jumlah aset bersama sebanyak RM32.4 juta.


6.Tempat pertama adalah Ngeh Koo Ham mengisytiharkan jumlah keseluruhan aset tertinggi iaitu pada nilai RM75.8 juta. Aset itu adalah bersama isteri dan anaknya. Ngeh adalah seorang peguam, yang mempunyai firma guaman nya sendiri di Perak.


7.Pada 17 May 2023 Sinar Harian melaporkan ‘Ikut deklarasi aset SPRM, Anwar tak isyhtihae harta.

(http://www.sinarharian.com.my/ampArticle/258928)


8.Sudah kah di keluarkan  Notis pada Anwar bersesuaian Seksyen 36(1) (a) Akta SPRM?


9.Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan SPRM berhubung dakwaan siasatan terhadap nya.


10.Tun Dr Mahathir mempersoalkan sama ada SPRM juga mengarahkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan keluarga untuk menjelaskan harta, seperti yang dilakukan terhadap anak-anaknya.


No comments:

Post a Comment