Wednesday 17 April 2024

Tunjukan Bukti

Selasa 16 April 2024, Tun Dr Mahathir Mohamad menulis secara ringkas seperti berikut : -

Quote


π€ππ€πŠπ€π‡ π’π€π˜π€ ππ„ππ‰π„ππ€π˜π€π‡


1. Kata πΌπ‘›π‘ π‘π‘’π‘π‘‘π‘œπ‘Ÿ-πΊπ‘’π‘›π‘’π‘Ÿπ‘Žπ‘™ π‘œπ‘“ π‘ƒπ‘œπ‘™π‘–𝑐𝑒 (IGP) saya tidak dilayan sebagai penjenayah.


2. Tetapi notis kepada anak saya, Mirzan menyebut bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati "bahawa satu kesalahan dibawah Seksyen 23 Akta ini berkaitan nombor aduan IPJ/RPTNO/0477/2023 telah dilakukan oleh Mahathir bin Mohamad, nombor Kad Pengenalan 251220-02-5151."


3. Setakat saya tahu saya tidak pernah disiasat. Tetapi notis SPRM menyatakan saya melaku kesalahan.


4. Dakwaan telah dibuat oleh Anwar Ibrahim bahawa saya memiliki berbillion Ringgit.


5. Saya sendiri tidak tahu saya memiliki berbillion Ringgit.


6. Oleh itu saya telah saman Anwar Ibrahim supaya menunjuk bukti yang saya memiliki berbillion Ringgit.


7. Saman dibuat lebih satu tahun dahulu. Hingga sekarang Anwar tidak dapat tunjuk bukti saya memiliki berbillion Ringgit.


8. Ini bermakna hingga sekarang saya belum didapati bersalah. Jika SPRM ada bukti tunjuklah.


9. Berkenaan dengan π‘ π‘‘π‘Žπ‘‘π‘’π‘‘π‘œπ‘Ÿπ‘¦ π‘‘π‘’π‘π‘™π‘Žπ‘Ÿπ‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› oleh Dato Murad, walaupun Anwar tidak didapati bersalah, kenapa π‘ π‘‘π‘Žπ‘‘π‘’π‘‘π‘œπ‘Ÿπ‘¦ π‘‘π‘’π‘π‘™π‘Žπ‘Ÿπ‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› Dato Murad tidak ditarik balik. Apakah isteri dan anak-anak Anwar diarah menjelaskan semua harta mereka.


10. Demikian juga dengan kes Azam Baki. Kenapa adiknya tidak disiasat rapi seperti yang berlaku terhadap anak saya.


𝐃𝐑 πŒπ€π‡π€π“π‡πˆπ‘ ππˆπ πŒπŽπ‡π€πŒπ€πƒ

16 April 2024


Unquote


2.Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan bukti, jika benar beliau melakukan kesalahan.


3.Tun Dr Mahathir menegaskan bahwa setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan dirinya telah melakukan kesalahan.


4.jika kita melihat sejarah negara menyatakan bahwa sejak tahun 1998 Anwar Ibrahim menuduh Tun Dr Mahathir berbagai sehingga menyatakan bahwa beliau (Anwar) mempunyai berkotak-kotak bukti penyalahaan guna kuasa yang di lakukan Tun Dr Mahathir.


5.Tetapi sehingga hari ini tiada satu kotak pun di ketengahkan sebagai bukti. 


6.Maka janganlah SPRM mengikut tabiat/langkah seperti itu dalam melaksanakan tugas dan tanggongjawab.


7,Sepertimana  di katakan Tun Dr Mahathir tunjuklah bukti kesalahan yang dilakukan. 

Jangan fitnah dan melakukan penganiayaan.

No comments:

Post a Comment