Sunday 29 March 2020

Menteri Team TSMY Nampaknya Hilang Ingatan

Minggu lalu seorang Menteri kabinet TSMY (BERSATU) dalam satu wawacara kelihatan seperti ‘hilang ingatan’ bilamana menuduh kepimpinan Tun Dr Mahathir gagal menangani wabak virus COVID 19. Beliau lupa bila wabak yang berkenaan bermula dan dari mana (negara mana) berpunca.

2.Bahkan beliau juga hilang ingatan kerana ketika itu bos beliau (TSMY) adalah Menteri Dalam Negeri.

3.Penyakit ‘hilang ingatan’ dikalangan MP BERSATU team TSMY nampaknya telah merebak kepada yang lain seperti merebaknya virus COVID 19.

4.Hari ini 29 March 2020 Malaysiakini melaporkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan (BERSATU) menyatakan bahawa kemelut yang berlaku di Parti BERSATU seperti peristiwa di zaman Sayidina Ali Abi Talib, Muawiyah dan Khawari dimana kedua duanya mendakwa di pihak yang benar.

5.Sebagai ahli BERSATU beliau seharusnya / wajib menghayati sejarah penubuhan parti BERSATU. Agenda dan prinsip parti BERSATU di tubuhkan.

6.Jika beliau menghayati sejarah penubuhan parti BERSATU dan apa yang menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad ‘keluar’ dari bersara maka beliau tidak akan menyatakan kemulut yang melanda part BERSATU kerana kedua kedua pihak mendakwa yang benar.

7.Prinsip Parti BERSATU menentang Parti dan Pemimpin yang KORUP & PEMIMPIN SALAH GUNA KUASA.

8.Justru, mana mana pemimpin parti BERSATU yang bersengkongkol dengan parti dan pemimpin yang korup bukan dari keluarga parti BERSATU.  

9.Jelas satu PENGKHIANATAN kepada perjuangan parti. 

Saturday 28 March 2020

Ahli Parti BERSATU Wajib Bangkit


Dilaporkan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Setiausaha Agong yang di lantiknya (perlantikan dipertikai) mengeluarkan surat rasmi parti BERSATU memaklumkan akan memberikan bantuan kepada setiap bahagian parti untuk di agihkan kepada ahli ahli yang terjejas COVID 19 (Kononnya)

2.Parti BERSATU mempunyai 189 bahagian di seluruh negara. Jika setiap bahagian parti di agihkan sebanyak RM4000 maka akan melibatkan jumlah yang besar iaini RM756.000.

3.Parti BERSATU di tubuhkan pada 8 September 2016. Dari tarikh penubuhannya pemimpin tertinggi parti BERSATU terutama Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkorban sepenuh jiwa raganya membangunkan parti sehingga berjaya meletakkan beberapa calon bertanding pada PRU14. Ini semua memerlukan perbelanjaan yang besar untuk bertanding pada PRU.

4.Pada PRU14 Parti BERSATU berjaya menubuhkan kerajaan dibawah gagasan Pakatan Harapan. Tetapi hanya berkuasa selama 22 bulan sahaja sebelum di hijack oleh puak dari Perikatan Nasional.

5.Puak Perikatan Nasional berjaya ‘hijack’ kerajaan Pakatan Harapan kerana adanya ‘musuh dalam selimut dan pengkhianat’ dalam kepimpinan parti BERSATU.

6.Berhubung dengan pengumuman Presiden TSMY mengenai pengagihan wang sebesar RM756.000 kepada 189 bahagian parti, persoalan di hadapan ahli adalah darimana (sumber) Presiden parti mendapatkan wang sebanyak itu?

7.Apakah sumber itu dari dana parti? Apakah pemberian wang sebesar itu sudah di bincangkan dengan Pengerusi Parti Tun Dr Mahathir Mohamad? Apakah tidak perlu di adakan perbincangaan di peringkat tertinggi parti BERSATU? Ini yang sangat penting di terangkan kepada ahli parti BERSATU khususnya dan umumnya kepada rakyat.

8.Jangan mengulangi kesilapan atau jenayah yang di lakukan oleh Mantan Presiden UMNO/Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pemimpin lainnya dimana kes jenayah mereka sama ada sedang berjalan atau menunggu masa untuk dibicarakan.

9.Memang benar kita memerlukan bantuan kewangan di saat yang sukar seperti hari ini. Tetapi kita juga harus mempunyai tanggong jawab bagi mengetahui dan bertanya wang yang akan di salurkan itu dari mana sumbernya.

10.Tambahan jika pemberian yang berkenaan atas nama parti maka apakah selaras dengan perlembagaan parti?

11.Ingin di ulangi Apa Yang Dilakukan pemimpin UMNO jangan berlaku pada parti BERSATU. Jangan khianati perjuangan asal parti BERSATU.

Friday 27 March 2020

Perancangan untuk merampas kuasa



Apakah setelah berjaya bekerjasama dengan UMNO/PAS dan berjaya merampas kuasa dari Pakatan Harapan kini usaha sedang di lakukan untuk ‘memecah belahkan’ parti BERSATU.

2.Seperti UMNO/PAS berjaya dengan taktik menimbulkan ‘kekacauan’ semasa komponen parti Pakatan Harapn ( diakui sendiri oleh pemimpin UMNO) dengan objetik untuk merampas kuasa, apakah kini puak puak tertentu akan mencuba dengan ‘cara dan gaya’ yang serupa untuk merampas kuasa Tun Dr Mahathir di parti BERSATU?

3.In jelas dengan surat yang di tanda tangani oleh seseorang dimana perlantikan beliau sebagai Setiausaha Agong Parti BERSATU di pertikaikan. 

Thursday 26 March 2020

Menteri Hilang Ingatan atau Sewel

Menteri Dalam Negeri Kerajaan Perikatan Nasional pada satu wawancara ditanya mengenai wabak Covid 19.

2.Menteri yang berkenaan telah menyalahkan kerajaan dahulu kerana gagal mengambil tindakan sewajarnya.

3.Kesian melihat seorang Menteri berkenaan seperti kehilangan ingatan atau kemungkinan tersalah memakan obat sebelum di wawancara.

4.Kehilangan ingatan kerana beliau ‘lupa’ bila waktunya wabak ini bermula dan dari mana ? 

5.Amat bahaya bagi negara mempunyai seorang Menteri yang menjaga keselamatan tapi beliau dalam keadaan “hilang ingatan” jika tidak “sewel”. 

Muhyiddin pentingkan politiknya daripada rakyat



Sedang dunia menghadapi musibah Covid 19 dimana Malaysia tidak terkecuali, nampaknya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sirius menanganinya malahan memanaskan politik negara bahkan beliau keliru atau dikelirukan.

2.Ini jelas dengan’ pemecatan Setiausaha Agong Parti BERSATU dan melantik spesis dari UMNO mengantikan Datuk Wira Marzuki tanpa berbincang dengan Pengerusi Parti BERSATU  Tun Dr Mahathir Mohamad sepertimana di tuntut oleh perlembagaan parti BERSATU.

3.Kenyataan terbaru dengan mengumumkan perlantikkan spesis dari umno sebagai Setiausaha Agong Parti BERSATU cukup membuktikan Muhyiddin mahu memanaskan keadaan politik parti BERSATU dan menimbulkan keadaan tidak aman dan tenteram politik negara.

4.Tindakan Muhyiddin seakan akan di ‘rasuk lembaga hitam’ (jika bukan syaitan} dimana beliau mementingkan kedudukan politiknya daripada masalah dan musibah yang di hadapi oleh rakyat dan negara.

5.Seharusnya sebagai Perdana Menteri selepas berjaya ‘merampas kuasa’ kerajaan Muhyiddin wajib memikirkan nasib pekerja Malaysia seramai 300.000  dimana 200.000 berulang alik setiap hari dari Johor ke Singapura.

6.Kerajaan Singapura dan majikan mereka disana telah menyatakan keengganan untuk terus ‘membiayai’ masalah perumahaan dan membenarkan mereka tinggal lebih lama di Singapura.

7.Apa akan terjadi kepada mereke selepas 31 March 2020? Apa akan terjadi kepada isteri dan anak anak pekerja yang terlibat? Kerajaan PN tidak kisah kepada nasib mereka asalkan kedudukan politik mereka stabil dan tidak terancam.

8.Muyhiddin jelas mementingkan kedudukan politiknya dan puak puak yang bekerjasama dengan beliau yang berjaya merampas kuasa.

Monday 23 March 2020

Najib Razak Penasihat PN?


Pada perutusan terbaru, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Pencarum Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh mengeluarkan wang simpanan dari akaun dua bagi membantu meringankan beban yang ditanggung mereka akibat Covid 19.

2.Persoalannya mengapa KWSP menjadi sasaran dalam menghadapi masa sukar pandemik Covid 19?

3.Sebelum ini bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada membuat gesaan agar KWSP memudahkan pencarum hadapi masa susah akibat Covid 19. Apakah dengan pengumuman perdana menteri mengesahkan bahawa Datuk Seri Najib Razak adalah “PENASIHAT” kerajaan PN?

4.Kita jangan lupa masih ada ahli kabinet PN terdiri dari ‘penasihat-penasihat Najib-UMNO’.
Zaman Najib/UMNO Apa terjadi pada wang KWSP dan Tabung Haji? Nampak sasaran yang sama di gunakan. 

5.Seharusnya kerajaan sendiri membantu rakyat pada masa sukar dan bukan meminta rakyat “korban” simpanan bagi masa tua mereka dalam menghadapi pandemik Covid 19.

6.Misalnya kerajaan wajib membantu rakyat yang gajinya kebawah RM3k sebanyak RM1000 dan one time payment sebanyak RM500 kepada rakyat yang menerima gaji kebawah RM5k. Bukan menyuruh rakyat ‘ mengorek’ tabung simpanan mereka.

7.Malaysia bukan negara yang miskin jika lihat kepada gaji PM, Menteri,Menteri Besar,Ketua Menteri dan Exco. Jangan lupa mereka juga menerima elaun sebagai MP dan Adun.  

8.Kenapa tidak kerajaan memotong gaji mereka sebanyak 50% atau 30% pada masa sukar ini? Kenapa harus mengorbankan wang simpanan pekerja untuk masa tua mereka?

9.Kemana slogan “sebuah kerajaan yang prihatin kepada masalah rakyat?”

PN tunjuk sikap Kuku Besi


Zaman pemerintah Pakatan Harapan, DAP di kutuk di kecam berbagai. Pemimpin Melayu dalam kerajaan PH dikatakan menjadi Barua dan tunduk kepada Cina DAP.

2.Bilamana Kerajaan PN bertindak untuk tidak memberikan peruntukan kepada kawasan parlimen Muar dan Langkawi teringatkan saya apa yang berlaku di negara jiran Singapura.

3.Ayah dan ibu saya tinggal dikawasan yang di wakili oleh pembangkang (ketika itu) Kawasan parlimen Potong Pasir. Bukan sahaja kedua orang tua saya tetapi beberapa teman saya juga tinggal di sana.

4.Di Singapura parti yang memerintah adalah Parti Tindakan Rakyat (PAP). Di Malaysia PAP dianggap sebagai ‘bapak’ kepada DAP. Kerana asalnya DAP adalah PAP.

5.Kawasan yang di kuasai oleh pembangkang (contoh Potong Pasir seperti di katakan tadi) tidak menerima layanan yang sama seperti kawasan yang dikuasai oleh wakil parti yang memerintah. Sedangkan sama ada pengundi itu tinggal di kawasan parti yang di kuasai oleh parti memerintah atau pembangkang mereka tetap dan wajib membayar cukai.

6.Begitu juga di Langkawi dan Muar penduduk di sana masih membayar cukai. Tetapi mengapa peruntukan dikedua kawasan parlimen di nafikan? 

7.Kemungkinan tindakan seperti ini langkah awal sebelum tindakan selanjutnya diambil keatas ahli dan penyokong tegar pembangkang terutama sekali dari parti BERSATU.

8.Mungkin ada akan bertanya tindakan apa?

9.Tindakan : seperti mereka tidak dibenarkan bekerja dengan agensi agensi kerajaan.

Sunday 22 March 2020

Rakyat Malaysia gagal diberikan penjelasan mencegah COVID 19



Kerajaan dan pihak pihak tertentu ‘marah’ kepada orang ramai kerana tidak mematuhi Perintah Larangan Kawalan Pergerakan. Begitu juga tiada penerangan yang menyeluruh risiko COVID 19 dan bagaimana virus itu mudah menjangkit.

2.TV utama dan stesen yang lain tidak memberikan penerangan dan tiada program atau publiksiti tunjuk ajar dalam usaha mendidik orang ramai bagaimana dan cara untuk menghindar dari mendapat atau di jangkiti virus tersebut.

3.TV di Malaysia terlalu sibuk melaporkan soal politik dan hiburan tetapi tidak banyak program mendidik.

4.Misalnya, kerajaan tidak perlu melarang orang ramai daripada makan di restaurant jika mereka di ajar jarak satu kerusi dengan kerusi yang lain. Misalnya di restoran biasanya ada 4 atau lima kerusi di kurangkan hanya 3 kerusi sahaja. Ini menandakan antara satu kerusi dengan yang lain mesti jauhnya 1 metre. 

5.Pada umumnya TV utama gagal memberikan pendidikan kepada orang ramai. TV  mengutamakan “politik panas” sahaja.

6.Menteri Media & Communikasi nampaknya “hilang” dari radar. Beliau harus mengambil perhatian jangan syok sendiri. Banyakkan publiksiti yang dapat mendidik rakyat dalam menangani COVID19.

7.Rakyat di suruh Stay At Home. Tapi tidak diterangkan Why Stay At Home. Setiap rakyat mempunyai pikiran yang berlainan. Ada yang faham dan ada yang masih kurang faham dan ada yang langsung tidak faham. Jangan ingat bila menteri keluarkan arahan setiap rakyat memahami terutama isu COVID 19. Ianya memerlukan penjelasan yang menyeluruh.

8.Pada saat begini TV memainkan peranan sangat penting dalam rangka memberikan pendidikan kepada orang ramai.

9.TV dapat memainkan peranan mengujudkan ‘Mental Resolution’ dalam usaha menanamkan kesedaran mengenai virus COVID 19.

10.Jika ini dapat di pratikkan maka tentera tidak perlu dilibatkan bahkan menyenangkan tugasan PDRM dan agensi yang lain.

11.TV di minta hentikan siaran politik yang melampau atau ‘menyalakan politik panas’. Utamakan keselamatan negara dan rakyat.

RAYUAN RAKYAT M’SIA TERKANDAS DI S’PURA



Rakyat Malaysia yang berada didalam negara di minta berkerjasama dengan kerajaan dalam menangani virus COVID 19 dengan mematuhi Perintah Kawalan Larangan Pergerakan.

2.Menurut mereka ini adalah kali pertama mengalami keadaan seperti ini dimana terpaksa meninggalkan/berjauhan dengan isteri, anak anak serta ibu/ayah begitu lama iaini dari 18March - 31 March 2020. Itu pun belum past akan berakhir bergantung pada keadaan selanjutnya.

3.Mereka yakin dan percaya jika setiap rakyat Malaysia mematuhi Perintah Larangan Kawalan Pergerakan maka virus COVID 19 dapat di kurangkan dengan drastic jika tidak menghapuskan sama sekali.

4.Rakyat yang terkandas di Singapura merayu yang ada di dalam negara patuhilah Perintah tersebut dengan  DUDUK DI RUMAH seperti di wajibkan oleh kerajaan. Dengan ini juga dapat membantu mereka kembali kepangkuan keluarga yang tersayang.

5.Jika anda sayang kepada isteri, anak ibu ayah anda, begitu juga mereka yang terkandas di Singapura. 

6.Hanya satu permintaan mereka “Tolong Duduk Di Rumah” bukan susah sangat pun. 

7. Mereka merayu kepada semua tolong patuhi Perintah Kawalan Larangan Pergerakan dalam menangani musibah virus COVID 19. 

SILA DUDUK DI RUMAH
JANGAN LARI

Saturday 21 March 2020

Singapura Anak Tirikan Warga Sendiri

Ada sebilangan besar rakyat Singapura  merasa tidak ‘selesa’ kerana kerajaan Singapura membantu warga Malaysia yang terkandas disana. 

2.Mereka mengeluh kerana rakyat sendiri menghadapi masalah tidak di bantu tetapi warga asing mudah dan cepat di bantu. Menurut mereka pemimpin politik yang baru tidak membuat perancangan terlebih awal . Benar isu COVID 19 secara mendedak tetapi itu jangan dijadikan alasan.Tidak berpikir dengan mendalam sebelum sesuatu tindakan diambil dan kesannya kepada rakyat sendiri. ‬

3‪.Akhirnya rakyat sendiri yang melarat di negara jiran. 
Ada dikalangan rakyat Malaysia didapati tidur di Station MRT dan beberapa tempat lain di republik itu. Menurut mereka rakyat Malaysia di Singapura tidak ada bezanya penduduk Rohinya dan rakyat Palestin. ‬

Jangan Utamakan Politik Peribadi

Jika dilihat gaya kerajaan ‘pintu belakang’ yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan ‘gaya pemerintahan Lee Kuan Yew atau Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura.

2.Sebaik sahaja Perdana Menteri Pertama Singapura Lee Kuan Yew meletakkan jawatan parti itu mengadakan satu jawatan ‘Senior Minister’ atau Menteri Kanan.

3.Sama seperti PAP Singapura, selaku Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mengadakan beberapa Menteri Kanan kononnya untuk membantu tugasan beliau.

4.Jika kita lihat di Singapura kawasan yang di kuasai oleh pembangkang tidak mendapat layanan seperti parti yang memerintah PAP.

5.Kita lihat kerajaan ‘Pintu Belakang’ PN yang di ketuai oleh Tan Sri Muhyiddin. Apa yang di lakukan kepada Parlimen Muar, YB Syed Saddiq?

6.Jika kita melihat bagaimana mendiang Lee Kuan Yew menangani ‘puak puak dalam parti’ yang tidak menyokong beliau? Lee Kuan Yew akan pecat mereka. Lihat apa yang di lakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Setiausaha Agong parti BERSATU? 

7.Kenapa sasarannya Setiausaha Agong BERSATU? Kenapa kepada YB Syed Saddiq? Kerana mereka berdua penyokong tegar dan setia kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. 

8.Selaku Presiden parti BERSATU yang mempunyai kuasa mengikut perlembagaan parti, Setiausaha Agong di pecat tanpa berunding dengan Pengerusi Parti Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad sepertimana yang di tuntut oleh perlembagaan parti.

9.Berpegang kepada Perlembagaan parti BERSATU dan kuasa yang di peruntukkan keatas Pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menolak pemecatan Setiausaha Agong BERSATU.

10.Negara sedang menghadapi musibah yang amat dahsyat. Nampaknya Perdana Menteri & geng semburit tidak ‘begitu sirius’ menangani musibah dihadapi negara tetapi punyai masa pula untuk ‘memanaskan’ lagi politik negara.

11.Nampaknya Tan Sri Muhyiddin lebih gemar bermajn politik bagi memperkukuhkan kedudukannya daripada memikirkan masalah negara dan rakyat.

12.Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pintu Belakang hanya seperti ‘melepaskan batuk di anak tangga’ terhadap masalah yang dihadapi rakyat.

13.Pada umumnya kabinet PN tidak seharusnya menghabiskan masa dan tenaga untuk menangani masalah rakyat kerana Perdana Menteri dan kabinet PN tidak di pilih oleh rakyat maka di rasakan tidak perlu utamakan rakyat tetapi mengutamakan politik sendiri dan kepentingan diri dan keluarga. 

14.Kumpulan melancarkan “rampasan kuasa” (pintu belakang) tanpa sokongan rakyat maka itu yang terlibat dalam misi ini telah diberikan ‘bonus’ dengan jawatan Menteri & Timbalan Menterj dan sebagainya. 

15.Setakat ini rakyat dapat melihat para menteri PN tidak aktif terutama Menteri dari Parti Pak Lebai. 

16.Sepertimana Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Menteri Dalam Negeri sibuk melobi MP dari PKR untuk ‘berpindah parti’ dalam usaha mendapat sokongan majoriti di parlimen.

17.Rakyat menjadi mangsa kerakusan ahli politik PN.