Tuesday 24 July 2018

Gerakan Anti Mahathir oleh Singapura



Dalam temubual dengan Bloomberg, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad membidas perjanjian air sejak tahun 1962 dan akan menilai perjanjian bekalan air dengan Singapura.

2. Antara lain Perdana Menteri Tun Mahathir menyatakan bahawa ‘’Kami perlu duduk dan berbincang dengan mereka seperti manusia yang bertamadun”.

3. Menerusi laman facebook ‘Fabrication About the PAP’- halaman parti pemerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat telah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

4. Seorang anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dalam facebooknya telah mengancam nyawa Perdana Menteri. Antara lain beliau menulis, ‘ always dreamed of parachuting into Kuala Lumpur, chopping and slicing off Mahathir’s head with a rusty M16 bayonet if he cut our water supply to Singapore”. Hanya pengganas sahaja akan berbuat sedemikian.

5. Timbalan Perdana Menteri Singapura mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Mahathir dan menggunakan bahasa, “Fabrication About the PAP”. (Using the language of Fabrication About the PAP)

6. Menerusi Berita Jam 9 malam pada 15 July 2018 di TV Singapura, TPM Singapura dilaporkan sebagai berkata, “ For water we been planning for 50 years and today we continue to make preparation for 50 years ahead so that Singaporeans will never shot of water and never been threaten by anybody to cut off water to Singapore”.

7. Singapura mengetahui bahawa Istana Johor tidak begitu “ mesra ‘ dengan kerajaan yang di pimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Channelnewsasia Singapura mengambil kesempatan “menyalahkan api” kemarahan dan ketidak puasan terhadap Tun Dr Mahathir dengan menemu bual pihak Istana.

8. Niat sebenar Channelnewsasia dapat di duga ‘memainkan isu’ air agar ianya dapat memberikan tekanan kepada kerajaan Pakatan Harapan yang di ketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohmad.

9. Jika dilihat kepada kenyataan Tun Dr Mahathir, jelas Perdana Menteri tidak ada hasrat untuk memotong bekalan air ke Singapura. Apa yang di nyatakan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir bahawa perjanjian air dengan Singapura perlu di bincangkan semula. Dengan jelas juga Perdana Menteri menyatakan bahawa ‘’Kami perlu duduk dan berbincang dengan mereka seperti manusia yang bertamadun”.

10. Setakat ini Singapura tidak menunjukkan sikap seperti  manusia yang bertamadun.

11. Dari apa yang berlaku, bermula daripada ugutan anggota Angkatan Bersenjata Singapura terhadap Perdana Menteri, posting halaman facebook PAP dan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Singapura, serta tindakan Channel News Asia dengan temubual pada isu yang sama dengan Istana Johor, merupakan satu gerakan Anti Mahathir yang di susun begitu rapi oleh PAP Singapura.

12. Kemungkinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dapat membaca ‘langkah serta sandiwara’ pemimpin PAP Singapura. Pemimpin yang berani dan wajar menangani ‘kerenah pemimpin PAP’ tidak lain, selain YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.



Wednesday 18 July 2018

Tun Dr Mahathir di nasihatkan jangan melawat Singapura



Pada temubual Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Bloomberg, beliau berkata bekalan air dengan Singapura adalah antara isu yang perlu diselesaikan dengan Singapura secara diplomatic. PM Mahathir mahu kaji perjanjian air dengan  Singapura.
2. Pada akhir June 2018, seorang anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah membuat posting di facebook. Dalam facebooknya, beliau mengancam  nyawa Perdana Menteri Malaysia. Posting tersebut telah di viralkan dengan begitu hebat sekali.
3. Antara lain beliau menulis, “ always dreamed of parachuting into Kuala Lumpur, chopping and slicing off Mahathir’s head with a rusty rife bayonet if he cut our water supply to Singapore”.
4. Bahasa Malaysia, “sentiasa bermimpi payung terjun melayari Kuala Lumpur, memotong/mencincang kepala Mahathir dengan senapang karat bayonet, jika dia (Mahathir) memotong bekalan air ke Singapura”.
5. Menerusi Berita jam 9 malam (15 July 2018) di TV Singapura, Timbalan Perdana Menteri Singapura dalam satu acara di sana menyatakan, “ For water we been planning for future for 50 years and today we continue to make preparation for 50 years ahead so that Singaporeans will never short of water and never been threaten by anybody they like to cut off the water off”.
6. Jika di lihat kepada kenyataan PM Mahathir bahawa Malaysia hanya berminat untuk mengkaji perjanjian air dengan Singapura. Tidak terdapat kenyataan PM untuk “memotong bekalan air” ke Singapura.
7. Selaku Timbalan Perdana Menteri Singapore, seharusnya beliau lebih bertanggong jawab. Beliau seharusnya meminta pihak polis negara itu supaya segera menjalankan siasatan lengkap mengenai  ‘ ugutan” tersebut.
8. Posting yang di buat dan di viralkan oleh anggota SAF itu, sangat sirius dan melibatkan keselamatan seorang perdana menteri. Posting tersebut juga menyebut “paying terjun ke Kuala Lumpur? Apa maksudnya?  Ianya satu ugutan yang sangat sirius memandangkan yang membuat ugutan itu adalah anggota SAF yang berpengalaman menangani senjata yang disebutkan. Kita juga tidak mengetahui berapa ramai lagi anggota SAF yang bersifat dan mempunyai motif seperti beliau.
9. Amat malang sekali apabila Timbalan Perdana Menteri yang berkenaan sependapat dengan anggota SAF itu iaini PM Mahathir ingin memotong bekalan air ke Singapore.
9. Sama ada mahu siasata atau sebaliknya merupakan hak Singapura, tetapi demi keselamatan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, di cadangkan agar tidak menjejakkan kaki ke Singapura demi keselamatan beliau seperti mana ugutan yang telah di viralkan.

Tuesday 17 July 2018

Apakah Setiausaha Negara, Ali Hamsa ahli UMNO?


Pada satu kenytaan yang di umumkan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa bekas peguam negara, Tan Sri Muhamad Apandi Ali di lantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

2. Bagaimana pun Tan Sri Muhamad Apandi Ali menolak pelantikan tersebut.

3. Ramai bertanya dengan pengumuman Presiden UMNO untuk melantik Apandi Ali, persoalannya “apakah semasa memegang jawatan Peguam Negara, Apandi Ali ahli UMNO?”

4. Tidak mungkin Presiden UMNO mengumumkan pelantik seseorang jika yang bersangkutan bukan ahli UMNO?

5. Dari itu, timbul persoalan, apakah Tan Sri Dato’ Seri Ali Hamsa juga ahli UMNO?

6. Jika beliau ahli UMNO apakah beliau dapat memberikan kerjasama dan taat setia pada  kerajaan Pakatan Harapan?

Sunday 17 June 2018

Tumpasnya BN kerana Aura Tun Mahathir dan bukan DS Anwar Ibrahim




Malaysiakini, 16 June 2018 melaporkan “ Anwar : “ Dr M used me to get support but it’s okay”. ( Anwar : Dr M gunakan saya untuk mendapat sokongan tetapi okay”.
2.Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sedemikian ketika di temubual oleh Lyse Doucet dari BBC.
3. Dengan membuat kenyataan sedemikian jelas sikap DS Anwar Ibrahim  dari dulu, kini dan selamanya mementingkan diri sendiri. Setelah keluar dari penjara DS Anwar Ibrahim ‘mempromote; dirinya dan ‘mencuri’ kredit untuk dirinya. Jika DS Anwar Ibrahim meneruskan “kerakusan” nya maka perbuatan beliau akan memakan diri sendiri.
4. YAB Tun Dr Mahathir tidak perlu “menggunakan” atau “memperalatkan” DS Anwar Ibrahim kerana “aura Anwar Ibrahim tidak dapat mengalahkan atau menumbangkan Barisan Nasional.
5. Ini terbukti dengan jelas, pada PRU13 dimana DS Anwar Ibrahim mengetahui Pakatan Rakyat tetapi gagal untuk menumbangkan Barisan Nasional.
6. Ada dalam PKR yang menyatakan bahawa kemenangnan Pakatan Harapan kerana adalah berbagai isu. Ini memang tidak dapat dinafikan. Terdapat ada dalam PKR secara tidak langsung ingin menafikan bahawa kemenangan menumbangkan BN bukan kerana Tun Dr Mahathir Mohamad. Ianya kerana berbagai isu yang membelenggu BN.
7. Tidak dapat dinafikan adanya berbagai isu seperti skandal 1MDB, 2.6b, SRC dan berbagai lagi.
8. Tetapi rakyat juga memikirkan pemimpin yang dapat mengatasi segala masalah itu dan ianya memerlukan pemimpin yang berkaliber dan terbukti berkesan. Pemimpin tersebut tidak lain dari YAB Tun Dr Mahathir Mohamad. Bukan pemimpin PKR, bukan pemimpin DAP maupun Amanah. Kita harus jujur membuat pengakuan ini.
9. Jika di lihat pada rapat umum PH, Tun Dr Mahathir diletakkan sebagai penceramah terakhir. Mengapa begitu? Ini kerana PH memelurkan ramai orang datang ke rapat umum dan Tun Dr Mahathir merupakan ‘ crowd puller”. Dikalangan pemimpin PH, hanya Tun Dr Mahathir yang di harapkan dapat di percayai dan diyakini oleh rakyat.
10. Ini jelas kemenangan PH pada PRU14 kerana AURA TUN MAHATHIR dan bukannya DS Anwar Ibrahim. Harus di ingat ketika itu DS Anwar Ibrahim berada di Sungei Buloh.
11. Kepada DS Anwar Ibrahim cukup cukuplah jangan ‘terlalu meroyan’. Belajar sedikit mengenang dan menghargai jasa Tun Mahathir dan cuba jangan curi kredit Tun Mahahir untuk kepentingan diri,

Wednesday 23 May 2018

UMNO Malaysia Senasib Dengan UMNO SIngapura (PKMS)



UMNO telah memerintah lebih 60 tahun. Pada PRU14 yang baru lepas, parti umno kononnya sebuah parti ‘keramat’  sudah tidak lagi ‘keramat’ kerana para pemimpinnya berjuang tidak berlandaskan budaya Melayu dan Islam. Pemimpin UMNO terdiri daripada kalangan perasuah yang di kenali seluruh dunia.

2. Keputusan PRU14 jelas menunjukan bahawa orang Melayu sendiri telah menolak UMNO sepertimana orang Melayu Singapura menolak UMNO Singapura.

3. Kini UMNO Singapura dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura atau PKMS.

4. PKMS tinggal seperti nyawa nyawa ikan dimana majoriti orang Melayu Singapura memberikan sokongan kepada PAP.

5.Walaupun kelihatannya PAP ‘menindas’ orang Melayu Singapura tetapi orang Melayu tetap memberikan sokongan pada PAP kerana masyarakat Melayu yakin dan percaya kepimpinan PAP dapat membina sebuah Singapura yang makmur dan berjaya. Masa depan anak cucu mereka lebih selamat dan terjamin.

6. Bukan sahaja masyarakat Melayu Singapura memberikan sokongan tetapi bangsa lain juga memberikan sokongan kepada PAP.

7. Walaupun semasa kempen pilihan raya Singapura, rapat umum pembangkang mendapat sokongan yang hangat tetapi apabila mengundi mereka memberikan sokongan kepada PAP.

8. Melihat kepada keputusan PRU14, tidak terlaluan jika di katakan bahawa UMNO Malaysia akan menimpa senasib seperti PKMS ( dulunya UMNO Singapura).

9. Apabila sesuatu parti politik tumbang, adalah amat sukar untuk bangkit semula. Untuk mendapat kembali kepercayaan rakyat amatlah sukar.

10. UMNO Malaysia akan mengadakan perhimpunan setiap tahun tetapi orang Melayu tetap akan menolak UMNO sepertimana orang Melayu Singapura menolak PKMS.

11. Bagi rakyat Malaysia tidak perlu kuatir kerana PPBM telah berjaya menggantikan UMNO dan ini terbukti dengan keputusan PRU14 yang lalu dimana orang Melayu memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan.

12. Biarkan UMNO Malaysia menerima nasib seperti UMNO Singapura kini PKMS.
Nasib orang Melayu akan terbela dengan adanya PPBM dalam Pakatan Harapan.
PPBM menggantikan UMNO dalam Pakatan Harapan.

13. Jika BN ada UMNO ( hidup segan mati tak hendak) maka dalam Pakatan Harapan ada PPBM demi masa depan bangsa Melayu dan agama Islam.

Monday 7 May 2018

UMNO/BN Sebagai Pembangkang Baik Untuk Negara




Jika di takdirkan Allah bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak kembali berkuasa maka negara akan mengalami kehancuran dan akan musnah selama-nya.

2. Filem arahan P Ramlee, Laksamana Do Re Mi contoh terbaik dimana disebabkan Menteri Pasola negara hancur dan musnah.

3.  Hutang negara dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak kini mencecah RM 1 trillion. Dalam sejarah negara ini tidak pernah berlakiu.

4. Jika BN memenangi PRU14 ini maka sudah pasti hutang negara akan berlipat ganda dan GST di naikkan sehingga 10% atau lebih.

5. Jika BN berkuasa anak cucu kita terpaksa membayar hutang yang di buat oleh Najib dan keluarganya. Kita lihat negara Filipina semasa President Ferdinand Marcos sehingga hari ini rakyat Filipina masih membayar hutang yang dibuat oleh beliau. Marcos menjadi President Filipina dari tahun 1965 – 1986.

6.  Satu cara untuk menyekat Najib daripada terus berhutang adalah dengan tidak memberikan sokongan undi kepada Barisan Nasional. Hanya cara ini dapat menyelamatkan anak cucu kita daripada menanggong hutang disebabkan Najib dan keluarga. Ia nya juga melibatkan ahli UMNO/Bn.

7. BN  terlalu merasakan keselesaan dalam mentabdirkan negara tanpa memikirkan penderitaan rakyat. Dengan keselesaan tersebut segala apa yang dilakukan di pandang mudah. Rakyat dikorbankan demi kerakusan pemimpin UMNO/Bn.

8. Dalam usaha kita menghalang Najib daripada terus berhutang maka pada 9 Mei 2018, BN dibawah kepimpinan Najib harus bertindak sebagai parti pembangkang di Malaysia.

9. Menjadi pembangkang selama 5 tahun sudah cukup bagi UMNO untuk munasabah dan memperbaikki diri dan mungkin bangkit sebagai sebuah gabungan yang kuat seperti dulu.

10. Pemimpin BN terutama Najib jangan merasa kecewa jika rakyat tidak memilih BN pada PRU14. Anggaplah kekalahan tersebut merupakan satu cabaran buat UMNO untuk bangkit semula pada PRU15 nanti.

11.Pada PRU14, pada keseluruhan rakyat Malaysia, hendaklah memberikan perhatian dan peluang bagi Pakatan Harapan menerajui kerajaan. Ini membolehkan kepimpinan Pakatan Harapan mencari dan menyelesaikan masalah negara yang semakin parah.

12. Kemenangan Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dapat membantu kita, anak cucu daripada dibebani membayar hutang seumur hidup.

13. Berilah Pakatan Harapan peluang untuk memperbaikki negara yang telah di rosakkan oleh Najib dan BN.

14. Pakatan Harapan mempunyai 5 tahun untuk kembalikan negara ke landasan yang betul. Selepas itu anda membuat penilaian sendiri. Yang penting memberikan peluang kali ini bagi Pakatan Harapan untuk menyelamatkan negara.

Tuesday 10 April 2018

Jawapan Kepada Tengku Mahkota Johor dari Hussein Hamid dari Melbourne




Dr M bukan mahu selamatkan negara, tetapi anaknya, dakwa TMJ

1. Tunku Ismail menasihati rakyat agar tidak menukar sebuah kapal yang berjalan dengan baik selama berpuluh tahun, sebaliknya perlu membimbing saudara menuju ke arah yang betul.
2. 7.00 pagi Ahad pagi dan saya bangun untuk ini?
3. "Saya memberi nasihat dan berkongsi pendapat saya bukan sebagai ahli politik yang memerlukan undian, tetapi ia datang dari hati saya sebagai anak Raja yang berkhidmat kepada rakyatnya. Taat setia saya adalah kepada Sultan saya, negeri Johor dan rakyat saya" .... itu pernyataan yang disebut "Brigadier General" itu mengatakan semua ... dia mengingatkan kita bahawa dia adalah "anak raja" dan "taat setia adalah kepada Sultan saya (pertama) dan kemudian ke Johor dan kemudian HIS rakyat". .. dalam perintah itu! Perhatikan ... rakyat datang lepas ... dan bukannya rakyat ... ia adalah "rakyat saya". Puti!
4. Tidak mencukupi buat dirinya sendiri lelaki ini? Tidak kah mencukupi bagi diri mereka sendiri Sultan Johor sebelumnya? Dan seperti yang telah diberitahu oleh sejarah, betapa banyak perbuatan jenayah dan kekejaman dimana Sultan Johor bersalah atas rakyat mereka sendiri ia ini Johor ... berjalan dengan wanita muda negara untuk memukul dan membunuh yang paling busuk selama bertahun-tahun yang baru kita ketahui!
5. Berapa banyak kereta mempunyai bapanya, Sultan ada? Lebih 300 kereta! Mengapa 300 kereta? Kerana dia mampu membelinya? Berapa banyak isteri, perempuan simpanan dan teman wanita? Banyak kerana dia mampu membelinya? Dan membeli trak Aud 1 juta Mack, sekali lagi kerana dia mampu berbuat demikian?
6. Orang-orang ini hidup dalam dunia yang selari dengan kita. Mereka melangkah masuk ke dunia kita apabila ia bersesuaian dengan mereka, dan kemudian melarikan diri ke dunia mereka sendiri apabila mereka memeras peluh kita.

7. Jadi dia menuduh Mahathir mahu menjadi PM lagi kerana dia mahu memastikan kekayaan anak-anaknya sendiri.
8. Adakah sesiapa dalam keluarga Mahathir membunuh mana-mana rakyat?
9. Adakah sesiapa di keluarga Mahathir didapati bersalah menampar, menendang dan memberikan mana-mana rakyat untuk ditimpa atas sebab apa pun?
10. Adakah Mahathir mendapat 300 kereta?
11. Adakah Mahathir ada satu lagi isteri, mempunyai perempuan simpanan dan teman wanita dan Mahathir suka menonton orang yang melakukan hubungan seks sambil menghirup kopi?
12. Mahathir membelanjakan Aud 1 juta pada Trak Mack yang dia gunakan sekali dalam bulan biru.
13. Tidak ada "Ketua Brigadier (TIDAK)" Mahathir tidak melakukan apa-apa perkara!
14. Sekiranya anda berfikir bahawa apabila dia menjadi PM sekali lagi untuk beberapa bulan yang dia mungkin tidak dpat lakukan disebabkan fizikalnya dan beliau tidak tahan untuk menjadi PM maka anda harus lari ke dunia yang selari dengan anda.
15. Jika anda fikir Mahathir akan menggunakan masa itu untuk memastikan tiga anaknya kekal "jutawan" selama-lamanya ... maka pemikiran anda sebagai anak raja tidak melenyapkan kamu! Anda fikir wang adalah segalanya! Menjadi jutawan adalah yang paling penting dalam hidup cabaran untuk Mahathir dan anaknya. Adalah lebih baik untuk meletakkan hidup anda pada baris demi mengekalkan berbilion-bilion anda dan bukannya meletakkan hidup anda pada baris demi menyelamatkan negara anda, rakyat anda dan masa depan mereka.
16. Jangan tanya saya mengapa lelaki ini memikirkan semua perkara ini ... bahawa Mahathir pada 92 didorong oleh wang untuk melakukan apa yang dia lakukan. Saya meletakkan idiot ini dalam bakul yang sama seperti Encik dan Puan idiot ... kerana seperti mereka mereka juga didorong oleh wang untuk melakukan apa yang mereka lakukan atas nama kerajaan. Semua orang Johor yang lebih baik berfikir dan bertanya kepada diri sendiri apa yang baik jenis royalti tanpa wang mereka. .... wang mereka selalu digunakan untuk mengekalkan diri mereka pada jenis gaya hidup yang mereka gunakan. Ya tentu saja mereka mengingatkan kita bahawa mereka ada wang mereka melakukan seperti yang mereka sukai ... mungkin sudah tiba masanya untuk kita semua memberitahu budak nakal berambus daripada ini bermain politik .. dan jika mereka bertegas melakukannya ... turun ke padang dan bertanding sebagai wakil rakyat anda.
17. Sekiranya anda tidak berbuat demikian ... kemudian tutup dan pergi merancang upacara kemahkotaan anda sendiri untuk menjadi Sultan. Ya itu masih jauh ... tetapi dengan penobatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Johor sekarang ini ayah kamu ... penobatan seorang Sultan di Johor adalah satu acara terburuk.... dan sebagainya antara tugas anda bermain tentera sebagai "Brigadier General (TIDAK) '... bermain sebagai Alex Ferguson atau Jose Mourinho ... atau masuk dan keluar dari  banyak kereta super mahal yang anda miliki .... dan bermain-main dengan isteri dan teman wanita lain yang dikenali sebagai Royalti Johor pada masa lalu .... cuba untuk memahami bahawa untuk Mahathir terdapat perkara-perkara yang lebih penting untuk dilakukan di dunia ini untuk mencuba dan hidup selebihnya dari apa yang pernah dia hidup telah, cuba untuk mengekalkan ketiga-tiga anaknya sebagai jutawan ... kerana anda mendakwa Tun 92 tahun ini kini cuba lakukan.
18. Bagi orang-orang seperti saya dan ramai lagi ... cinta kita kepada Malaysia yang tercintai dan rakyatnya menjangkau hal-hal yang penting kepada anda .... dan saya sanggup bertaruh bahawa Mahathir bersedia untuk bertaruh hidupnya (atau apa sahaja yang ada) untuk membuktikan bahawa anda salah ... sangat salah untuk berfikir begitu. Ptui!


Tuesday 30 January 2018

Gunakan polis soal siasat Tun Siti Hasmah satu tindakan bacul

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, telah di gugurkan sebagai Penaung kepada Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia,
2. Ini telah di nyatakan oleh Persatuan tersebut melalui surat bertarikh 28 Disember 2018 dimana surat tersebut telah di hantar pada Tun Siti pada 22 Januari yang lalu.
3. Pada Jumaat 26 Januari 2018, polis dari Bukit Aman telah menyoal siasat Tun Siti di Pejabat Yayasan Al- Bukhary Kuala Lumput berhubung ucapannya pada rapat umum “Wanita Bantah Politik Toksik di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur pada 10 September tahun lalu.
4. Difahamkan bahawa siasat tersebut berhubung kait pada Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman.
5. Perhimpunan itu diadakan pada 10 September 2017 dan siasatan bermula pada 26 Januari 2018. Mengapa mengambil masa yang begitu lama jika iainya sangat sirius dan melanggar Akta Perhimpunan Aman?
6. Apa ‘bahayanya ucapan seorang wanita berumor 91tahun? Dan mana mungkin wanita berumor 91 tahun merupakan ‘penganjur’ perhimpunan seumpama itu?
7.Jika ucapan Tun Siti merupakan satu ‘ancaman’ kepada Negara, tidakkah dapat pihak polis melihat kepada rakaman video tersebut yang mana boleh di perolehi di Youtube?
8. Jelas ini merupakan satu bentuk tekanan kepada Tun Siti dan suaminya Tun Mahathir. Tekanan sudah tentu dari ‘orang politik’ parti yang memerintah. Ini kerana Tun Mahathir kini menjadi Calon Perdana Menteri apabila Pakatan Harapan dapat membentuk kerajaan pada PRU 14 kelak,
9. Jika di lihat berapa kali Tun Mahathir telah disoal siasat oleh polis, tetapi apa tindakan susulan dari pihak polis? Tidak kah ini merupakan satu tekanan yang di lakukan oleh kerajaan Kleptokrasi.
10. Setelah gagal usaha ‘menakut-nakutkan’ Tun Mahathir kini kerajaan bacul UMNO/BN memberikan tekanan kepada isteri Tun Mahathir yang berumor 91tahun.
11. Dipercayai usaha menakutkan Tun Siti pihak tertentu mengharapkan dapat melemahkan semangat Tun Mahathir dalam usaha menumbangkan kerajaan zalim dan kuku besi, Najib Razak.
12. Mengenal Tun Mahathir kian lama, apapun di lakukan oleh kerajaan Kleptokrasi terhadap isteri dan anak anakznya, tidak akan dapat mematahkan semangat dan azam Tun Dr Mahathir untuk menumbangkan kerajaan rasuah yang di pimpin oleh Najib Razak.
13. Amatlah malu kepada kerajaan kleptokrasi Najib, apabila Tun Siti dengan jelas dan terang menyatakan beliau tidak takut pada siasatan polis kerana beliau tidak melakukan kesalahan.

14. Keadaan bertambah malu apabila Tun Mahathir menyatakan bahawa beliau dan isteri sentiasa mentaati dan tidak melanggar undang undang dan tidak seperti Najib yang tidak hormati dan melanggar undang undang.

Tuesday 23 January 2018

Anak Najib Wajib Nasihat Bapaknya Dan Bukan Dr Mahathir



Anak Najib dan cucu kepada Tun Abdul Razak,  Nazifuddin Najib dilaporkan sebagai berkata “menasihatkan Tun Mahathir Mohamad agar kembali ke haluan yang di tetapkan oleh datuknya, Allahyarham Tun Razak  iaitu mempertahankan UMNO dan bukan menghancurkannya”.
2. Amat malang seorang cucu kepada Tun Razak apabila bercakap tanpa membuat kajian terlebih dahulu. Persoalannya siapa sebenarnya yang menghancurkan UMNO. Bapak kesayangannya atau Tun Dr Mahathir?
3. Ramai mengetahui bahawa datuknya tidak seperti bapaknya, “Cash Is King”? Tidak kah beliau menyedari bahawa atuknya telah membangunkan Felda, tetapi bapaknya Najib “menghancurkan Felda”. Tidak kah Nazifuddin sedari bapaknya telah menjual khazanah negara kepada negara asing?
4. Tidak kah Nazifuddin Najib menyedari bahawa bapakmya dikenali oleh dunia sebagai seorang Penyamun, Perompak dan Penganyak? Kemungkinan, ini semua tidak disedari oleh Nazifuddin kerana bapaknya memberikan “dedak teristimewa kepada beliau”. Jelas, Nazifuddin seorang anak yang mempertahankan bapak nya yang telah menghancurkan bukan sahaja UMNO, tetapi bangsa, agama dan tanahair.
5. Sebagai seorang anak, seharusnya Nazifuddin wajib menasihatkan bapaknya kembali kepangkal jalan dan bukan Tun Mahathir.
6. Tun Mahathir sebenarnya tidak mahu aktif kembali dalam arena politik negara. Tetapi memandangkan anak Tun Abdul Razak yang bernama Najib Abdul Razak iaini bapak kepada Nazifuddin telah menghancurkan Malaysia, dan atas permintaan ramai dan ingin menyelamatkan Malaysia, pada umor 92 tahun Tun Mahathir terpaksa bergiat kembali dalam politik pada misi untuk menumbangkan kerajaan Rasuah yang di pimpin oleh bapak kepada Nazifuddin dan anak kepada Tun Razak ia ini Najib Abdul Razak.
7.Seharusnya sebagai seorang anak, Nazifuddin harus cepat bertindak dan menasihatkan bapaknya, Najib agar kembali kepangkal jalan.
8. Dengan bantuan para menteri dan peguam negara, dan mereka yang di berikan dedak, bapaknya dapat terlepas dari hukuman di dunia, tapi percayalah hukum dari Allah beliau tidak akan terlepas. Hukuman Allah sangat pedih. Ini termasuk kepada sesiapa sahaja yang melindungi dan mempertahankan Najib.
9. Sekiranya Nazifuddin berpendapat isu RM2.6b dan skandal 1MDB tidak benar, sebagai seorang anak beliau harus membantu bapaknya membersihkan nama keluarga Tun Abdul Razak daripada tercatet sebagai yang tidak beramanah dan bukan sahaja melakukan perbuatan menyalahi undang undang negara tetapi agama Islam. Ini akan tercatet dalam sejarah dan akan di baca oleh anak cucu Nazifuddin kelak. Tidak malu ke?
10. Tidak kah beliau merasa malu seluruh dunia, melabelkan bapaknya, anak kepada Tun Abdul Razak yang bernama Najib sebagai pencuri, perompak dan penyamun?
11. Seharusnya sebagai anak, Nazifuddin wajib memberikan kesedaran kepada bapaknya bahawa perbuatan menerima dan memberikan rasuah satu perbuatan yang terkutuk dalam Islam dan negara.
12. Tidak kah Nazifuddin mengetahui apa pun benda  yang di makan hasil dari rasuah adalah HARAM? Tahukan beliau apa itu haram?
13. Adalah tugas seorang anak untuk memberikan kesedaran kepada ayah atau ibu sekiranya mereka melanggar hukum Allah seperti perbuatan menerima dan memberi rasuah. Nazifuddin wajib menjalankan kewajipannya untuk memberikan nasihat dan menunjukan jalan yang di redhai oleh Allah kepada bapaknya.


Thursday 11 January 2018

Hanya Allah Yang Dapat Membalas jasamu Tun Mahathir


Konvensyen Pakatan Harapan telah berlangsung di Pusat Konvensyen Idea (IDCC) pada 7 Januari 2018.
2. Pada konvensyen tersebut telah di umumkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Calon Perdana Menteri dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.
3. Dengan pengumuman tersebut, jelas bahawa keempat parti gabungan PH terdiri dari Amanah, Bersatu, DAP dan PKR telah sebulat suara bersetuju dengan percalonan tersebut.
4. Namun ada pihak tertentu rasa kurang senang atas perlantikan Tun Dr Mahathir. Mereka terdiri dari PKR. Setakat ini suara yang lantang percalonan Tun Mahathir ialah Zuraida Kamarudin, MP PKR Ampang Selangor.
5. Malangnya, mereka tidak pula mempertikaikan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
6. Persoalannya apakah golongan dari PKR yang menentang percalonan Tun Mahathir mahukan calon PM datangnya dari PKR? Makna PM dan TPM dari PKR?
7. Pertentangan MP Zuraida dan yang lain dalam PKR jelas, mereka tidak menghormati keputusan pucuk kepimpinan parti sendiri. Sedangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR sendiri telah merestui percalonan Tun Dr Mahathir sebagai PM.
8. Siapa MP Zuraida dan yang lain dlm PKR ingin cadangkan sebagai Perdana Menteri, sekiranya PH menawan Putrajaya? Sudah pasti bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. Sesiapa  sahaja yang akan menjadi PM setelah PH menawan Putrajaya akan memikul tanggungjawab yang sangat berat dan rumit. Kerumitan tersebut hanya dapat di atasi oleh seorang yang benar benar berpengalaman dalam segi ekonomi dan sebagainya.
10. Dapatkah MP Zuraida terangkan siapa dalam senarai pemimpin PH dapat melakukannya selain dari Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim?
11. Sebaik sahaja PH menawan Putrajaya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh secara otomatis menjadi PM. Beliau harus menjalani beberapa proses undang-undang dan memenangi pilihan raya. Ini mengambil waktu.
12. Perdana Menteri dari Pakatan Harapan wajib mencari jalan bagaimana menutup “segala lubang” yang di gali oleh Datuk Seri Najib. “Lubang yang di gali oleh Najib terlalu besar”. Perdana Menteri ke 7, harus memperbaiki segala kemusnahan yang telah di lakukan oleh Rejim Najib. Bukan itu sahaja perlu ada pengalaman untuk menarik pelabur asing kembali percaya dan yakin kepada Malaysia. Faktor kepimpinan juga memainkan peranan yang tersangat penting.
13. Dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan hanya seorang sahaja dimana lihat mempunyai ciri ciri yang diperlukan dalam membangunkan negara Malaysia. Tidak lain dari Tun Dr Mahathir Mohamad.
14. Dunia dapat melihat bagaimana Dr Mahathir menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara IMF semasa krisis kewangan 1997/98.
15. Jika mana mana negara membangun lain, yang menghadapi krisis sama, memperkenalkan langkah yang Mahathir perkenalkan pada September 1998, ia mungkin gagal. Langkah-langkah itu berjaya di Malaysia kerana keupayaan dan watak Dr Mahathir. Ekonomi dan system kewangan, dibawah kepimpinannya berada dalam keadaan sihat- cukup sihat untuk membolehkan langkah-langkah pertukaran dilaksanakan tanpa kesan negative.
16. Selain itu, gaya pengurusan kendiri Dr Mahathir membolehkan keputusan cepat dan tepat pada masanya dibuat, yang penting dibawah rejim kawalan pertukaran baru.
17. Pada yang menentang percalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, kamu harus faham bahawa Tun Dr Mahathir tidak mahu aktif kembali dalam politik setelah meletakkan jawatan pada 2003. Tun Mahathir tidak ada ingat langsung untuk menjadi Perdana Menteri kembali.
18. Dengan usia (pada july ini) 93 tahun, Tun Mahathir seharusnya berehat dan menikmati dan melihat apa yang selama 22 tahun beliau telah lakukan untuk bangsa, agama dan tanah air.
19. Kini beliau terpaksa kembali atas permintaan ramai dan demi untuk menyelamatkan Malaysia. Sebagai seorang rakyat Malaysia harus berterima kasih dan terhutang budi kepada Tun Mahathir atas apa yang beliau sudah lakukan untuk negara.
20. Marilah kita semua ketepi ego dan bangga diri, berdiri dibelakang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Najib Razak. Kita ada asas untuk menjatuhkan Najib Razak dalam PRU 14. Menyelamat Malaysia sama ertinya, menyelamatkan masa depan anak cucu kita semua.

21. Alhamdulillah, Malaysia di kurniakan pemimpin seperti Mahathir. Hanya Allah yang dapat membalas jasamu Tun.

Saturday 6 January 2018

Siapa Mementingkan Politik Dan Peribadi? Dr Mahathir atau Mufti Kelantan ?



Utusan Malaysia 4 Januari 2018, membawa laporan berjudul, “Nasihat Mufti” kepada Mantan Perdana Menteri : -

a.     Mufti Kelantan nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya lebih mengingat kematian pada usianya sekarang

2. Dalam soal ini Mufti lupa, kematian tidak bergantung kepada usia, sama ada kanak-kanak, tua atau muda, kematian akan tiba pada bila bila masa termasuk Mufti yang berkenaan. Perkataan seumpama itu tidak seharusnya keluar dari seorang yang bergelar MUFTI.

b.     Perbuatan bekas Perdana Menteri itu menyalahkan pihak lain, termasuk mufti lebih menjurus kearah kepentingan politik peribadi.

3. Pada  perkara ini, kita harus merujuk kepada surat bertarikh 3 Januari 2018 Tun Dr Mahathir kepada Pengarang Utusan,

“ Apa yang saya kata ialah mufti tidak menolak dakwaan PAS dan Amanat Haji Hadi bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir menjadi kafir, maka mufti juga akan jadi kafir kerana mereka tidak menyatakan penolakan mereka”.

4. Penjelasan Dr Mahathir jelas, tidak ada unsur kepentingan politik dan peribadi sepertimana tuduhan Mufti.

5. Persoalannya nya sekarang, “Apakah Mufti Kelantan terdiri dari ahli PAS, sejak dulu (sebelum/sesudah/semasa Amanat Haji Hadi keluarkan) sehingga kini ?”

6. Persoalannya, siapa yang mementingkan politik dan peribadi, Tun Dr Mahathir atau Mufti Kelantan sendiri?


7. Antara syarat menjadi Mufti hendaklah orang yang tidak menganggap mudah dalam soal agama.

Tuesday 2 January 2018

Semangat Tun Mahathir Kekal Tinggi


Kita dapat melihat dikalangan pemimpin UMNO (termasuk mereka yang diangkat oleh Tun Mahathir sebagai Menteri pada zamannya) tidak menyukai Dr Mahathir. Bahkan segala yang terkait dengan Tun Mahathir tidak disukainya. Mereka membuat berbagai tuduhan terhadap Tun Mahathir.

2.Segala percapaian yang dilakukan oleh Tun Mahathir semasa pemerintahannya di nafikan. Seakan akan selama 22 tahun memerintah Tun Mahathir tidak buat satu pun benda yang baik untuk negara. Bahkan mereka kerap melimpahkan berbagai tuduhan terhadap Tun Mahathir dan ahli keluarganya.

3. Apakah ini sikap Melayu berpolitik? Perasaan dendam, hasrat, dengki dan tidak tahu berterima kasih jauh lagi sikap bersyukur.

4. Apakah ini sikap Melayu yang mudah buta  mata, buta hati dan perasaan kerana sogokkan wang dan pangkat?

5. Tidak kah mereka dapat melihat Singapura (dulunya Temasik) yang di jual kepada British dan kini jatuh ke tangan bukan Melayu? Tidak mungkin kita dapat memiliki negara pulau kembali.

6. Sebagai seorang Islam Malaysia pula, mereka menghalalkan benda yang haram iaini rasuah. Mereka menyokong pemimpin yang mengamalkan rasuah, rompakkan dan penipuan.

7. PRU14 akan melihat perubahan kepada imej dan perjalanan pembangkang setelah di ketuai oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Kali ini permainan politik pembangkang akan berubah dimana dapat mengoncangkan bumi Malaysia kearah perubahan pemerintahan. Ini dimana sangat membimbangkan pemimpin Barisan Nasional terutama sekali UMNO.

8. Walaupun berumur 92 tahun, semangat Tun Mahathir kekal tinggi dalam usaha memerangi pemerintah zalim, penyamun dan perompak. Dengan semangat yang tinggi Tun Mahathir adalah pemangkin untuk menyelamatkan negara. Semangat ini yang tidak dipunyai oleh pemimpin dunia yang lain.

9. Jika PRU14, BN di berikan mandate untuk berkuasa jangan kita harapkan dapat mengalahkan BN pada PRU seterusnya.

10. Lihat bagaimana parti pembangkang sukar untuk membentuk kerajaan di Singapura. Jika BN tidak dapat dikalahkan maka nasib orang Melayu akan serupa dengan orang Melayu di Singapura. Iaini negara tidak lagi kepunyaan bumiputera.

11. Ini terbukti dengan beberapa aset dan tanah melayu telah di jual kepada China Komunis.Jika BN Berjaya dalam PRU 14 maka akan lebih banyak lagi aset/tanah negara akan di jual/digadainya. Jangan menempah nasib seperti Melayu Singapura.

12. Di Singapura mana ada tanah kepunyaan Melayu dan mana ada aset kepunyaan Melayu. Di sana jika aset melayu di jual oleh bukan Melayu kita faham sangat. Tetapi di Malaysia, parti UMNO sendiri menjual negara kepada China Komunis.