Wednesday 23 May 2018

UMNO Malaysia Senasib Dengan UMNO SIngapura (PKMS)



UMNO telah memerintah lebih 60 tahun. Pada PRU14 yang baru lepas, parti umno kononnya sebuah parti ‘keramat’  sudah tidak lagi ‘keramat’ kerana para pemimpinnya berjuang tidak berlandaskan budaya Melayu dan Islam. Pemimpin UMNO terdiri daripada kalangan perasuah yang di kenali seluruh dunia.

2. Keputusan PRU14 jelas menunjukan bahawa orang Melayu sendiri telah menolak UMNO sepertimana orang Melayu Singapura menolak UMNO Singapura.

3. Kini UMNO Singapura dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura atau PKMS.

4. PKMS tinggal seperti nyawa nyawa ikan dimana majoriti orang Melayu Singapura memberikan sokongan kepada PAP.

5.Walaupun kelihatannya PAP ‘menindas’ orang Melayu Singapura tetapi orang Melayu tetap memberikan sokongan pada PAP kerana masyarakat Melayu yakin dan percaya kepimpinan PAP dapat membina sebuah Singapura yang makmur dan berjaya. Masa depan anak cucu mereka lebih selamat dan terjamin.

6. Bukan sahaja masyarakat Melayu Singapura memberikan sokongan tetapi bangsa lain juga memberikan sokongan kepada PAP.

7. Walaupun semasa kempen pilihan raya Singapura, rapat umum pembangkang mendapat sokongan yang hangat tetapi apabila mengundi mereka memberikan sokongan kepada PAP.

8. Melihat kepada keputusan PRU14, tidak terlaluan jika di katakan bahawa UMNO Malaysia akan menimpa senasib seperti PKMS ( dulunya UMNO Singapura).

9. Apabila sesuatu parti politik tumbang, adalah amat sukar untuk bangkit semula. Untuk mendapat kembali kepercayaan rakyat amatlah sukar.

10. UMNO Malaysia akan mengadakan perhimpunan setiap tahun tetapi orang Melayu tetap akan menolak UMNO sepertimana orang Melayu Singapura menolak PKMS.

11. Bagi rakyat Malaysia tidak perlu kuatir kerana PPBM telah berjaya menggantikan UMNO dan ini terbukti dengan keputusan PRU14 yang lalu dimana orang Melayu memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan.

12. Biarkan UMNO Malaysia menerima nasib seperti UMNO Singapura kini PKMS.
Nasib orang Melayu akan terbela dengan adanya PPBM dalam Pakatan Harapan.
PPBM menggantikan UMNO dalam Pakatan Harapan.

13. Jika BN ada UMNO ( hidup segan mati tak hendak) maka dalam Pakatan Harapan ada PPBM demi masa depan bangsa Melayu dan agama Islam.

1 comment:

  1. ������

    PPBM menang berapa kerusi?
    Yang betul buat perbezaan adalah Parti Keadilan Rakyat.

    Tetapi bagi UMNO Malaysia, kelihatan jelas, orang tidak menolak parti. Hanya menolak individu2 tertentu sahaja.
    Sekiranya dapat dikeluarkan individu2 itu, bersihkan UMNO, insyaallah, tidak akan terjadi seperti PKMS.

    Saya yakin rakyat Malaysia cuma geram pada beberapa individu dalam UMNO. Ini semua kerana “political downplaying” terhadap kelakuan individu2 tersebut.

    Mereka mahu perubahan. Sekiranya UMNO dapat lakukan, maka kepercayaan orang Melayu akan kembali.

    Yang bezanya antara PKMS dan UMNO adalah pemerintah yg berkuasa. Di sana, Melayu tetap di atas. Di sini, Cina.
    Sistem Dun dan Ahli Parlimen di sana juga masih kebanyakan orang Melayu.

    Kami cuma berpesan, jangan kerana nafsu amarah, tergadai hak bumiputera.

    Bab gst dah kena dah korang. SST 10%. GST 6%.
    ��
    Hmmm

    ReplyDelete