Thursday 11 January 2018

Hanya Allah Yang Dapat Membalas jasamu Tun Mahathir


Konvensyen Pakatan Harapan telah berlangsung di Pusat Konvensyen Idea (IDCC) pada 7 Januari 2018.
2. Pada konvensyen tersebut telah di umumkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Calon Perdana Menteri dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.
3. Dengan pengumuman tersebut, jelas bahawa keempat parti gabungan PH terdiri dari Amanah, Bersatu, DAP dan PKR telah sebulat suara bersetuju dengan percalonan tersebut.
4. Namun ada pihak tertentu rasa kurang senang atas perlantikan Tun Dr Mahathir. Mereka terdiri dari PKR. Setakat ini suara yang lantang percalonan Tun Mahathir ialah Zuraida Kamarudin, MP PKR Ampang Selangor.
5. Malangnya, mereka tidak pula mempertikaikan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
6. Persoalannya apakah golongan dari PKR yang menentang percalonan Tun Mahathir mahukan calon PM datangnya dari PKR? Makna PM dan TPM dari PKR?
7. Pertentangan MP Zuraida dan yang lain dalam PKR jelas, mereka tidak menghormati keputusan pucuk kepimpinan parti sendiri. Sedangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR sendiri telah merestui percalonan Tun Dr Mahathir sebagai PM.
8. Siapa MP Zuraida dan yang lain dlm PKR ingin cadangkan sebagai Perdana Menteri, sekiranya PH menawan Putrajaya? Sudah pasti bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. Sesiapa  sahaja yang akan menjadi PM setelah PH menawan Putrajaya akan memikul tanggungjawab yang sangat berat dan rumit. Kerumitan tersebut hanya dapat di atasi oleh seorang yang benar benar berpengalaman dalam segi ekonomi dan sebagainya.
10. Dapatkah MP Zuraida terangkan siapa dalam senarai pemimpin PH dapat melakukannya selain dari Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim?
11. Sebaik sahaja PH menawan Putrajaya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh secara otomatis menjadi PM. Beliau harus menjalani beberapa proses undang-undang dan memenangi pilihan raya. Ini mengambil waktu.
12. Perdana Menteri dari Pakatan Harapan wajib mencari jalan bagaimana menutup “segala lubang” yang di gali oleh Datuk Seri Najib. “Lubang yang di gali oleh Najib terlalu besar”. Perdana Menteri ke 7, harus memperbaiki segala kemusnahan yang telah di lakukan oleh Rejim Najib. Bukan itu sahaja perlu ada pengalaman untuk menarik pelabur asing kembali percaya dan yakin kepada Malaysia. Faktor kepimpinan juga memainkan peranan yang tersangat penting.
13. Dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan hanya seorang sahaja dimana lihat mempunyai ciri ciri yang diperlukan dalam membangunkan negara Malaysia. Tidak lain dari Tun Dr Mahathir Mohamad.
14. Dunia dapat melihat bagaimana Dr Mahathir menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara IMF semasa krisis kewangan 1997/98.
15. Jika mana mana negara membangun lain, yang menghadapi krisis sama, memperkenalkan langkah yang Mahathir perkenalkan pada September 1998, ia mungkin gagal. Langkah-langkah itu berjaya di Malaysia kerana keupayaan dan watak Dr Mahathir. Ekonomi dan system kewangan, dibawah kepimpinannya berada dalam keadaan sihat- cukup sihat untuk membolehkan langkah-langkah pertukaran dilaksanakan tanpa kesan negative.
16. Selain itu, gaya pengurusan kendiri Dr Mahathir membolehkan keputusan cepat dan tepat pada masanya dibuat, yang penting dibawah rejim kawalan pertukaran baru.
17. Pada yang menentang percalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, kamu harus faham bahawa Tun Dr Mahathir tidak mahu aktif kembali dalam politik setelah meletakkan jawatan pada 2003. Tun Mahathir tidak ada ingat langsung untuk menjadi Perdana Menteri kembali.
18. Dengan usia (pada july ini) 93 tahun, Tun Mahathir seharusnya berehat dan menikmati dan melihat apa yang selama 22 tahun beliau telah lakukan untuk bangsa, agama dan tanah air.
19. Kini beliau terpaksa kembali atas permintaan ramai dan demi untuk menyelamatkan Malaysia. Sebagai seorang rakyat Malaysia harus berterima kasih dan terhutang budi kepada Tun Mahathir atas apa yang beliau sudah lakukan untuk negara.
20. Marilah kita semua ketepi ego dan bangga diri, berdiri dibelakang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Najib Razak. Kita ada asas untuk menjatuhkan Najib Razak dalam PRU 14. Menyelamat Malaysia sama ertinya, menyelamatkan masa depan anak cucu kita semua.

21. Alhamdulillah, Malaysia di kurniakan pemimpin seperti Mahathir. Hanya Allah yang dapat membalas jasamu Tun.

No comments:

Post a Comment