Tuesday 24 July 2018

Gerakan Anti Mahathir oleh Singapura



Dalam temubual dengan Bloomberg, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad membidas perjanjian air sejak tahun 1962 dan akan menilai perjanjian bekalan air dengan Singapura.

2. Antara lain Perdana Menteri Tun Mahathir menyatakan bahawa ‘’Kami perlu duduk dan berbincang dengan mereka seperti manusia yang bertamadun”.

3. Menerusi laman facebook ‘Fabrication About the PAP’- halaman parti pemerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat telah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

4. Seorang anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dalam facebooknya telah mengancam nyawa Perdana Menteri. Antara lain beliau menulis, ‘ always dreamed of parachuting into Kuala Lumpur, chopping and slicing off Mahathir’s head with a rusty M16 bayonet if he cut our water supply to Singapore”. Hanya pengganas sahaja akan berbuat sedemikian.

5. Timbalan Perdana Menteri Singapura mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Mahathir dan menggunakan bahasa, “Fabrication About the PAP”. (Using the language of Fabrication About the PAP)

6. Menerusi Berita Jam 9 malam pada 15 July 2018 di TV Singapura, TPM Singapura dilaporkan sebagai berkata, “ For water we been planning for 50 years and today we continue to make preparation for 50 years ahead so that Singaporeans will never shot of water and never been threaten by anybody to cut off water to Singapore”.

7. Singapura mengetahui bahawa Istana Johor tidak begitu “ mesra ‘ dengan kerajaan yang di pimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Channelnewsasia Singapura mengambil kesempatan “menyalahkan api” kemarahan dan ketidak puasan terhadap Tun Dr Mahathir dengan menemu bual pihak Istana.

8. Niat sebenar Channelnewsasia dapat di duga ‘memainkan isu’ air agar ianya dapat memberikan tekanan kepada kerajaan Pakatan Harapan yang di ketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohmad.

9. Jika dilihat kepada kenyataan Tun Dr Mahathir, jelas Perdana Menteri tidak ada hasrat untuk memotong bekalan air ke Singapura. Apa yang di nyatakan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir bahawa perjanjian air dengan Singapura perlu di bincangkan semula. Dengan jelas juga Perdana Menteri menyatakan bahawa ‘’Kami perlu duduk dan berbincang dengan mereka seperti manusia yang bertamadun”.

10. Setakat ini Singapura tidak menunjukkan sikap seperti  manusia yang bertamadun.

11. Dari apa yang berlaku, bermula daripada ugutan anggota Angkatan Bersenjata Singapura terhadap Perdana Menteri, posting halaman facebook PAP dan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Singapura, serta tindakan Channel News Asia dengan temubual pada isu yang sama dengan Istana Johor, merupakan satu gerakan Anti Mahathir yang di susun begitu rapi oleh PAP Singapura.

12. Kemungkinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dapat membaca ‘langkah serta sandiwara’ pemimpin PAP Singapura. Pemimpin yang berani dan wajar menangani ‘kerenah pemimpin PAP’ tidak lain, selain YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.



No comments:

Post a Comment