Wednesday 18 July 2018

Tun Dr Mahathir di nasihatkan jangan melawat Singapura



Pada temubual Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Bloomberg, beliau berkata bekalan air dengan Singapura adalah antara isu yang perlu diselesaikan dengan Singapura secara diplomatic. PM Mahathir mahu kaji perjanjian air dengan  Singapura.
2. Pada akhir June 2018, seorang anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah membuat posting di facebook. Dalam facebooknya, beliau mengancam  nyawa Perdana Menteri Malaysia. Posting tersebut telah di viralkan dengan begitu hebat sekali.
3. Antara lain beliau menulis, “ always dreamed of parachuting into Kuala Lumpur, chopping and slicing off Mahathir’s head with a rusty rife bayonet if he cut our water supply to Singapore”.
4. Bahasa Malaysia, “sentiasa bermimpi payung terjun melayari Kuala Lumpur, memotong/mencincang kepala Mahathir dengan senapang karat bayonet, jika dia (Mahathir) memotong bekalan air ke Singapura”.
5. Menerusi Berita jam 9 malam (15 July 2018) di TV Singapura, Timbalan Perdana Menteri Singapura dalam satu acara di sana menyatakan, “ For water we been planning for future for 50 years and today we continue to make preparation for 50 years ahead so that Singaporeans will never short of water and never been threaten by anybody they like to cut off the water off”.
6. Jika di lihat kepada kenyataan PM Mahathir bahawa Malaysia hanya berminat untuk mengkaji perjanjian air dengan Singapura. Tidak terdapat kenyataan PM untuk “memotong bekalan air” ke Singapura.
7. Selaku Timbalan Perdana Menteri Singapore, seharusnya beliau lebih bertanggong jawab. Beliau seharusnya meminta pihak polis negara itu supaya segera menjalankan siasatan lengkap mengenai  ‘ ugutan” tersebut.
8. Posting yang di buat dan di viralkan oleh anggota SAF itu, sangat sirius dan melibatkan keselamatan seorang perdana menteri. Posting tersebut juga menyebut “paying terjun ke Kuala Lumpur? Apa maksudnya?  Ianya satu ugutan yang sangat sirius memandangkan yang membuat ugutan itu adalah anggota SAF yang berpengalaman menangani senjata yang disebutkan. Kita juga tidak mengetahui berapa ramai lagi anggota SAF yang bersifat dan mempunyai motif seperti beliau.
9. Amat malang sekali apabila Timbalan Perdana Menteri yang berkenaan sependapat dengan anggota SAF itu iaini PM Mahathir ingin memotong bekalan air ke Singapore.
9. Sama ada mahu siasata atau sebaliknya merupakan hak Singapura, tetapi demi keselamatan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, di cadangkan agar tidak menjejakkan kaki ke Singapura demi keselamatan beliau seperti mana ugutan yang telah di viralkan.

No comments:

Post a Comment