Tuesday 31 March 2015

Akta Pota terdapat kelemahan dalam perlaksanaannya

Rang undang-undang POTA telah di bentang di persidangan Dewan Rakyat. Menurut Menteri Dalam Negeri, Jika diluluskan, POTA akan membolehkan pihak berkuasa menahan selama tidak lebih dua tahun sebelum melanjutkan tempoh tahanan jika perlu keatas individu atau kumpulan yang di syaki terlibat dengan sebarang aktiviti kegangasan tanpa boleh dicabar oleh mana mana mahkamah di negeri ini.

Tetapi implementasinya, arahan untuk menahan atau melanjutkan tempoh tahanan setelah didapat suspek terlibat, tidak diletakkan dibawah polis atau Menteri Dalam Negeri. Sebaliknya diuruskan lembaga bebas yang terdiri daripada pakar undang-undang yang akan dilantik Yang Di-Pertuan Agong.

Akta POTA tidak begitu jelas dalam penguatkuasanya walau ada elemen seperti ISA iaini penahanan tanpa perbicaraan.

Dalam akta ISA sesiapa pun boleh di tahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak tanduk yang dijangka mengancam keselamatan Negara atau mana mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun oleh Menteri Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

Tidak ada penerangan menyatakan bahawa Akta POTA juga dapat digunakan terhadap “keganasan puith”( white terror ). “Keganasan putih” ini sangat perlu bagi kerajaan untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat umum.

Kelihatannya Akta POTA serupa dengan ISA tetapi tidak sama. Ini kerana penguatkuasaannya masih kelihatan lemah dan tidak mungkin keberkesanannya seperti  ISA. Apa yang di kuatiri nanti lembaga bebas yang di maksudkan dalam Akta POTA keadaannya sama seperti SKMM.  


Sebagai contoh, kita lihat bagaimana SKMM di kritik keras kerana lambat bertindak disebabkan kegagalan badan itu bertindak pantas keatas portal propembangkang, The Malaysian Insider (TMI).,

Friday 27 March 2015

Mengapa Najib Menyanjung Kepimpinan Lee Kuan Yew



Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terlalu menyanjungi kepimpinan Lee Kuan Yew. Perbuatan seumpama itu memperlihatkan bahawa Najib, “merelakan dan menghalalkan”segala perbuatan Lee Kuan Yew terhadap orang Melayu di Singapura. Sebagai seorang pemimpin negara, Najib seharusnya dan semestinya mengetahui bahawa Lee Kuan Yew merupakan manusia yang anti Melayu dan anti Islam. Sepertimana tindak tanduk Perdana Menteri Israel terhadap rakyat Palestin begitu juga dengan Lee Kuan Yew terhadap orang Melayu di Singapore. Walaupun mungkin tidak sama tetapi ianya serupa.

Tidak cukup dengan menanda tangani buku takziah di Kedutaan Singapore di Kuala Lumpur, Najib telah membawa rombongan para menteri Malaysia ke Singapore kononnya memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Lee Kuan Yew.


Najib adalah seorang melayu dan yang berteraskan Islam, tapi malangnya telah memperlihatkan/mempamerkan bahawa beliau telah merelakan, menghalalkan dan merestui segala bentuk perbuatan Lee Kuan Yew keatas masyarakat Melayu di Singapura terutama sekali merampas sebuah negara Melayu seperti Yahudi merampas tanah dan hak rakyat Palestin.

Wednesday 25 March 2015

Polis dan Masyarakat berpisah tiada

POLIS..
Sekali kalau dah masuk dalam keluarga Polis maka selama2nya akan lekat kekal gelaran Polis tu pd diri setiap warganya sama ada gelaran tu berbunyi
Polis baru
polis lama
polis baik
polis jahat
polis garang
polis pencen
bekas polis
polis kena buang kerja polis dan lain2 lagi.
Manakala ahli keluarga polis pulak juga akan dapat gelaran seperti
Awek polis
Bini polis
janda polis
anak polis
bapak polis
anak polis
Bukan itu sahaja benda2 lain juga akan dikaitkan dengan polis seperti
Kereta polis
Lori polis
Van polis
Quarters polis
Balai polis
Motor polis
baju polis
kasut polis
Carutan dan makian pun dah lekat dgn nama polis seperti
Polis babi
polis bodoh
haram jadah polis
polis makan rasuah
polis zalim
polis anjing
anjing polis
hantu polis
dan banyak lagilah kalau nak dikaitkan dengan polis...
Cuma yang jarang sangat didengar adalah perkataan
KESIAN POLIS
SAYANG POLIS
HEBAT POLIS
TERIMA KASIH BANYAK POLIS
KITA BENAR2 PERLUKAN POLIS
NAIKKAN GAJI POLIS
Tapi yang pasti kita dengar setiap tahun adalah
ULANGTAHUN HARI POLIS...
Saya juga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE 208
Kepada semua rakan seperjuangan yang masih berkhidmat saya ucapkan Terima kasih kerana tetap setia berkhidmat dan berbakti dan semoga tabah Dalam menghadapi segala ujian dan kesusahan.
kepada yang dah meninggalkan pasukan,saya ucapkan Kenanglah perjuangan semalam dengan rasa syukur dan berbanggalah dengannya kerana pernah berada didalam sebahagian lipatan sejarah PDRM yang panjang.
Polis dan Masyarakat berpisah tiada
Yang Benar
Jiwa dan semangat polis...

Tuesday 24 March 2015

Bertindak sebagai Wakil Rakyat bukan Wakil Jalanan

Polis menahan 50  penunjuk perasaan selepas berlakunya pergelutan semasa perhimpunan Anti- GST di pejabat kastam, Kelana Jaya di Kuala Lumpur. Insiden tersebut berlaku jam 5 petang apabila perusuh daripada kira kira 70 orang menyerbu kedalam kompleks pada pukul 11 pagi dan enggan bersurai sehingga tuntutan mereka di penuhi. Difahamkan MP Sungei Siput dan MP Kuala Krai turut ditahan kerana terlibat dalam demonstrasi anti GST tersebut.

Seharusnya sebagai seorang MP mereka harus menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat. Sebagai seorang MP mereka dapat menyuarakan segala permasalahan rakyat di Dewan Rakyat dan bukan di jalanan. Di Dewan Rakyat mereka boleh mendapatkan keterangan dari Menteri yang bertanggong jawab. Mengapa menjadikan penguatkuasa kastam sebagai kambing hitam. Mereka terdiri daripada kakitangan kerajaan dan menjadikan tugas dan tanggongjawab mereka sepertimana yang di arahkan oleh kerajaan.


Jika tidak berminat membawa permasalahan rakyat di Dewan Rakyat dan lebih gemar membawanya di jalanan maka letak jawatan sebagai Wakil Rakyat dan jadi Wakil Jalanan.

Thursday 19 March 2015

Kerana politik perut mereka menyerang/mengritik Tun Mahathir

Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak sekali lagi menyerang mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada August 2014, Datuk Seri Salleh Keruak melancarkan serangan terhadap Tun Mahathir di blognya, “Dr Mahathir has lost of the economic realities”

Merujuk kepada kritikan Tun Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Pengerusi UMNO Sabah telah mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya bersifat terbuka dan sentiasa meneliti setiap maklumat agar tidak mudah terperangkap dengan pandangan satu pihak.

Beberapa hari setelah Datuk Seri Mohd Salleh Keruak mengritik Tun Mahathir, “seekor burong kakak tua” dari Sarawak telah mendendangkan lirik Datuk Seri Mohd Salleh Keruak. Burong kakak tua dari Sarawak meminta supaya Najib diberi ruang buktikan kemampuan.

Datuk Seri Mohd Salleh telah meminta ahli ahli UMNO supaya meneliti setiap maklumat agar tidak mudah terperangkap dengan pandangan satu pihak. Ini jelas Mohd Salleh tidak melakukan apa yang beliau katakan. Datuk Seri Mohd Salleh harus meneliti apa yang di tulis oleh Tun Mahathir dalam blognya dan jangan membaca mengikut emosi bersandarkan elemen untuk mempertahankan “bossnya” tanpa memikir sejenak apa yang di maksudkan oleh Tun Mahathir.

Adalah amat malang kepada sesiapa yang beranggapan bahawa kritikan Tun Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib. Tun Mahathir mahukan UMNO terus berkuasa dan teguran dan kritikan Tun Mahathir adalah untuk kepentingan bangsa, agama dan negara. Bukan untuk menjatuhkan pemimpin. Benar, pentadbiran Tun Mahathir pernah di kritik tetapi yang anehnya setiap kritikan terhadap Tun Mahathir (ketika itu) tidak dianggap untuk menjatuhkan Tun Mahathir. Kenapa kini setiap kritikan yang di limparkan kepada Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak, ada sahaja suara sumbang menuduh perbuatan sedemikian ingin menjatuhkan perdana menteri Najib dan UMNO. Kita harus menyedari bahawa Tun Mahathir sayangkan UMNO.

Sepertimana yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir ( di blognya) bahawa sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak.

Memandangkan kecurigaan rakyat ujud (seperti yang dikatakan) terutama sekali soal pengurusan dan kegunaannya maka yang sangat di perlukan bukan audit biasa akaun tetapi  siasatan forensic oleh pihak polis. Selagi ada berbagai tuduhan dari rakyat dan rakyat sentiasa merasa curiga maka walaupun ujudnya solidariti di kalangan ahli UMNO belum tentu lagi UMNO/BN akan mendapat kemenangan dalam pilihan raya. Hanya dengan siasatan forensic oleh pihak polis akan memberikan jawapan kepada perkara perkara dimana telah menimbulkan keresahan dan kecurigaan rakyat. Jika tidak ada jawapan kepada keresahan dan kecurigaan rakyat maka kemungkinan besar UMNO/BN akan tewas dalam PRU14.

Tidak menghairankan jika dalam majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 March 2015, keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti, walaupun PM Najib tidak memberikan persoalan yang di timbulkan oleh Tun Dr Mahathir. Sepertimana dikatakan oleh bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah bahawa hari ini ketua ketua UMNO atau ahli parlimen memperolehi pendaparan sampai RM50,000 sebulan, malahan setengahnya ratus juta. Jadi dengan kedudukan itu, sukar untuk mereka meninggalkan Najib sebab politik UMNO ialah politik perut.



Monday 16 March 2015

1 MDB



1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti.
2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.
3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini dimana sahaja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.
4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu Kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan.
5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.
6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.
7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.
8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?
9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.
10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.
11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum ‘due diligence’ dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.
12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar) disimpan di Cayman Island? Kerajaan tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond dibeli? Apa hasilnya?
13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura. Kononnya Bank Negara menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di Singapura kenapa susah sangat di Malaysia?
14. Urusan Kerajaan pernah dirahsia. Tetapi soal bayar balik hutang adalah public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai). Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam RM 2 billion untuk bayar faedah ini. Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda? Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung. Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit.
15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini. Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini? Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB
16. Tanah Kerajaan di Jalan Tun Razak dan Lapangan Terbang Sungai Besi telah dibeli oleh 1MDB. Apakah harga yang dibayar? Apakah tanah ini yang dikatakan asset 1MDB? Bagaimanakah dinilai harga tanah ini? Kerajaan berhak mendapat pulangan yang setimpal apabila tanah ini dijual kepada sesiapa pun. Berapakah harga satu kaki persegi. Tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000/- satu kaki persegi. 1MDB juga membeli tanah di Pulau Pinang. Apa harganya. Apa jenis pembangunan yang dicadangkan. Sudah dimulakah?
17. Jika tanah-tanah ini menjadi aset 1MDB, apakah nilai tinggi aset ini disebabkan kenaikan (revaluation) dari harga belian yang murah dan harga pasaran yang tinggi.
18. 1MDB meminjam lebih dari 10 billion Ringgit untuk beli beberapa stesyen janakuasa. Harga yang dibayar dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran. Lesen stesyen-stesyen ini akan mati tidak lama lagi. Kenapa tidak tunggu hingga lesen mati sebelum membeli. Harga selepas mati lesen tentu amat rendah. Membeli dengan harga tinggi sebelum lesen mati amat merugikan.
19. Wang untuk membeli stesyen janakuasa dipinjam. Laporan menunjuk komisyen sebanyak lebih dari 10% dibayar kepada Goldman Sachs untuk mengurus penjualan bond.
20. Jika komisyen 10%, 1MDB akan dapat hanya 90% dari jumlah yang dihutang. Tetapi faedah perlu dibayar keatas 100% jumlah hutang. Ini menghairankan!
21. Biasanya hutang yang dijamin oleh Kerajaan dikenakan faedah 3%. Hutang yang diurus oleh Goldman Sachs dikenakan faedah sebanyak 5.9%.
22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit. Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar.
23. Sebaliknya jumlah keuntungan dari pelaburan dalam stesyen janakuasa tidak akan mencukupi untuk membayar faedah ini. Demikian juga pelaburan untuk beli tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak akan beri apa-apa pulangan sebelum di bangun atau dijual.
24. Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.

25. Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu. Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!

Friday 13 March 2015

Kenyataan Balas Sultan Brunei Terhadap Media Barat yang mengancamnya

Apakah ada keberanian pemimpin Malaysia hari ini ( selain Tun Dr Mahathir Mohamd) membuat kenyataan balas seperti Brunei lakukan?

CNN dan media Barat kini sibuk mengancam Brunei sebab perlaksanaan undang-undang Syariah. Mereka memboikot semua hotel dan kepentingan Brunei. Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka.

Dalam negara2 kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama dan lain2. Ianya di dalam perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu.

Dalam negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, islamik, sistem monarki dan kami akan mula mengamalkan undang2 islam, undang2 syariah. Islam berada di dalam perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami.

Kami mungkin menjumpai kelopongan2 dalam undang2 dan sistem keadilan kamu dan kamu mungkin menjumpai kelopongan2 pada kami pula, akan tetapi ini adalah negara kami. sepertimana kamu mengamalkan hak kamu untuk gay dan lain2. Kamu lakukannya untuk dunia ini yang kamu diami sekarang, sedang kami mengamalkan hak kami menjadi muslim untuk dunia ini dan dunia selepasnya.

ini adalah negara islam yang mengamalkan undang2 islam. mengapa tidak kamu risaukan anak2 kamu yang ditembak di sekolah2 kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan org2 yg tertuduh, kadar ketinggian jenayah dan DUIs, kadar bunuh diri dan pengguguran yang tinggi dan apa2 yang patut dirisaukan DISANA. banyak agama yang menentang homoseksualiti, ianya bukan sesuatu yang baharu. Saat kamu mendengar bahawa islam dan muslim membuat pendirian dan meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kami memboykot, kamu katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam.

Sekali lagi, pergilah kpd kebimbangan yang kamu patut tumpukan pada yang telah saya beritahu sebelum ini. Tidak salahkah membenarkan senjata2 membunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yang belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yang membawa pd AIDS dan kerencatan pada generasi baru?

Mengapa terlalu risaukan tentang apa yang terjadi disini di dalam negara islam sedang kamu tidak pun membuka mata tentang apa yg berlaku di Syria, bosnia, rohingnya, palestin, dan lain2. Ribuan terbunuh disana dan kamu masih tidak peduli, tiada seorang terbunuh disini dibawah undang2 syariah, dan kamu kecoh menggembar-gemburkan ia, walaupun penduduk di sini yang secara langsung terkesan darinya, menerimanya dengan aman. Hukuman mungkin sedikit keras tak bermakna ianya mudah untuk dilaksana. Di sana ada proses2 yang perlu dijalani sebelum boleh disabit bersalah. Kami baik2 saja dengannya, malah gembira.


Petikan tersebut tidak diubah suai -Original speech

Wednesday 11 March 2015

Memerlukan "Pelan Bertindak" di Selangor

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali telah menyatakan tidak akan meneruskan rundingan perjanjian pentsrukturan perkhidmatan industri bekalan air di Selangor. Menurut Azmin “tempoh rundingan tamat dan kerajaan PKR Selangor tidak berhasrat untuk menyambungnya”. Azmin menuduh kerajaan pusat telah melangar perjanjian dan tidak mematuhinya.  Jelas isu air telah di politikkan oleh PKR.

Bilamana isu seperti ini di politikkan maka rakyat Selangor akan menjadi mangsa. Zaman awal pengtakbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pengguna air di Lembah Klang telah merasai kesulitan dan kesengsaraan semasa percatuan air dan sebagainya. Jangan biarkan perkara ini berlaku dan para pengguna air di lembah klang ( termasuk saya yang tinggal di Lembah Klang) harus memikirkan langkah yang harus di ambil jika kerajaan PKR mahu menggulangi sikap angkuk mereka untuk mempolitikkan isu air dan rakyat di lembah klang menderita.

Jika rundingan sktruktur semula di batalkan oleh kerajaan PKR Selangor maka rakyat di lembah klang harus merangka ‘action plan’ terhadap kerajaan PKR Selangor. Action Plan tersebut memperlihatkan kerajaan PKR Selangor supaya tunduk kepa tuntutan rakyat Selangor mengenai isu air seterusnya mengutamakan kebajikan rakyat mengatasi politik.

Saya percaya dan yakin jika rakyat Selangor bangun dan membantah secara kolektif maka kerajaan PKR Selangor akan akur dan tunduk kepada tuntutan rakyat. InshaAllah.


Tuesday 3 March 2015

Perangai pembangkang tidak berkualiti


Saya bersetuju dengan pendapat Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang bahawa ahli politik pembangkang di Malaysia disifatkan tidak begitu memberangsangkan terutamanya apabila melibatkan soal penghormatan terhadap peraturan serta undang-undang khususnya ketika membahaskan sesuatu perkara dalam sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Ahli politik pembangkang Malaysia kerap kali mengadakan kunjungan ke Singapore dan menemui rakan ahli pembangkang Singapore. Apakah dengan pertemuan seumpama itu, ahli politik pembangkang Malaysia tidak mengambil kesempatan untuk mengenal mereka ( ahli politik pembangkang Singapore) dan mempelajari daripada mereka cara cara untuk berbahas di Dewan Negara atau Dewan Rakyat.? Apakah ahli politik pembangkang Malaysia beranggapan mereka lebih hebat dari ahli politik pembangkang Singapore?

Kita dapat melihat kualiti ahli politik pembangkang Singapore sangat tinggi dan terhormat dalam membahas sesuatu perkara di parlimen Singapore. Bukan itu sahaja cara ahli politik pembangkang Singapore menegur dan membidas pemerintah PAP sangat terpuji dan saling menghormati.  Dalam erti kata ahli politik pembangkang Singapore menunjukkan prestasi dan kualiti yang tinggi ketika berada dan pembahas sesuatu perkara di parlimen, negara mereka. Ahli politik pembangkang menghormati institusi parlimen mereka.

Saya mencadangkan supaya ahli politik pembangkang Malaysia dapat mengadakan “education tour” ke parlimen Singapore ketika parlimen di sana bersidang. Saya yakin dan percaya Speaker Parlimen Singapore sangat berbesar hati untuk menerima ahli politik Malaysisa. Saya rasa ahli politik pembangkang Malaysia banyak lagi harus mempelajari perlakuan dan cara berbahas di parlimen.

Sejauh ini apa yang dapat saya lihat ahli politik pembangkang Malaysia telah mempamerkan perbahasan kedai kopi dan bukan pembahasan di Dewan Terhormat seperti Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Mohamed Mansor Abdul Rahman