Tuesday 28 November 2017

Anak Mewarisi Hobi Bapak



Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC) ditubuhkan oleh taikun besar Malaysia Robert Kuok.

2. Robert Kuok menubuhkan syarikat perkapalan antarabangsa itu atas semangat patroriotik. Menurut beliau semangat patriotimselah yang membuat beliau mahu menubuhkan syarikat itu selepas mendapat tahu syarikat perkapalan terbesar British, Blue Funnel Group akan menubuhkan syarikat perkapalan kebangsaan selepas kemerdekaan negara.

3. Robert Kuok menyatakan bahawa Tun Abdul Razak mendesak beliau untuk menjualnya.

4. Kemungkinan besar Mantan Perdana Menterim Tun Dr Mahathir mengetahui duduk perkara. Tetapi sepanjang ucapannya “menyerang dan mengritik” Najib Razak terutama yang menglibatkan penjualan asset negara kepada negara china, Tun Dr Mahathir tidak sepatah pun menyebut bapak Najib, iaini Tun Abdul Razak mendesak penjualan Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC).

5. Jelas Tun Mahathir mempunyai sikap yang tersangat terpuji tidak mahu memburukan orang yang sudah meninggalkan kita walaupun semasa hidupnya beliau telah melakukan perkara yang sangat mengecewakan.

6. PROTON (singkatan untuk PeRusahaan OTOmobil Nasional Sendiri Berhad) merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia yang di tubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150juta ringgit. Penubuhannya merupakan gagasan Dr Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu untuk mencapai aspirasi negara perindustrian.

7. Proton pernah dimiliki oleh Khazanah Nasional, cabang pelaburan kerajaan Malaysia. Pada bulan Januari 2002 ia telah di ambil alih oleh DRB-HICOM, sebuah konglomerat Malaysia dalam transaksi berjumlah RM1.2biliion.

8. Pada 16 Februari 2016, Proton memperkenalkan logo korporat baru dan slogan baru’ “It’s in the Devil1” (Terjemahan : “Ia di dalam Pemanduan)”

9. Konsep Kereta Negara dikandung pada tahun 1979 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri dengan matlamat untuk meningkatkan industry Malaysia {2} Projek kereta Negara telah diluluskan oleh kabinet pada tahun 1982, yang membawa kepada penubuhan Proton pada 7 Mei 1083. Ia dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui Khazanah Nasional di penciptaannya. Ia diketuai oleh pengasasnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

10. Sejarah berulang bilamana anak kepada orang yang mendesak penjualan MISC kini menjual pula Proton ke negara China.

11. Dengan penjualan PROTON kenegara China, nama PROTON di tukar menjadi BAO TENG.

12. Ini jelas rupa-rupanya Najib Razak mewarsi sikap dan perangai bapaknya Tun Abdul Razak.

11. Bapaknya Tun Razak mendesak Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC) di jual manakala anaknya Najib menjual PeRusahaan OTOmobil Nasional Sendiri Berhad (PROTON).


Saturday 25 November 2017

Mentua Dan Menantu Harus beri penjelasan

Menurut nukilan hujung minggu Tan Sri Sanusi Junid kira kira 10 hari sebelum Tun Dr Mahathir berhenti dari jawatannya sebagai Perdana Menteri, empat orang pegawai BPR (Badan Pencegah Rasuah) datang ke pejabat Tun Mahathir membawa beberapa fail yang mengandungi laporan dua orang Menteri melakukan rasuah.

2. Tun Mahathir tidak bertindak tapi menyerahkan kes tersebut kepada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi. Malangnya Tun Abdullah Badawi tidak mengambil apa apa tindakan. (Lihat lihat tulisan di blog Malaysian Watch Group bertarikh 22 November 2017 membawa tajuk, “ Siapakah 2 orang Menteri yang melakukan Rasuah”.)

3. Menurut nukilan hujung minggu tersebut fail kes yang berkenaan kini berada di tangan pentadbiran Najib Razak.

4. Siapa kah dua orang Menteri itu dan mengapa Pak Lah tidak mengambil tindakan keatas mereka?

5. Bilamana menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin menjadi Menteri Belia & Sukan, dilaporkan RM100juta telah lesap. Tetapi tidak ada siasatn dilakukan jauh sekali menubuhka RCI untuk menyiasat dana yang hilang itu.

6. Semasa pertandingan merebut jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan setelah Khairy Jamaluddin di umumkan sebagai pemenang dan dilantik sebagai Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO, di PWTC ada laungan KJ Rasuah, KJ Rasuah.

7.  Sila rujuk kepada youtube :

8.Ketika itu Bapak Mentua, Khairy Jamaluddin menjadi Perdana Menteri.

9. Jika Tun Abdullah Ahmad Badawi seorang mantan perdana menteri yang berpegang teguh pada ajaran agama Islam maka Tun Abdullah wajib tampil memberikan penjelasan siapa dua orang Menteri yang di maksudkan. Tun Abdullah juga harus menerangkan kepada rakyat sebab mengapa beliau tidak mengambil tindakan keatas dua orang menteri yang berkenaan.Apakah menteri yang berkenaan kini berada di kabinet Najib Razak?

10. Jika Khairy Jamaluddin seorang pemimpin muda yang beramanah dan perjuangannya bersesuainya dengan ajaran Islam, maka wang RM100juta dibawah kementerian yang hilang wajib/harus di siasat. Ini kerana yang hilang itu adalah duit rakyat.

11. Khairy Jamaluddin juga harus menerangkan kepada rakyat Malaysia apakah perlantikan beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ada unsur rasuah seperti tersebar di youtube.

12. Keduanya, Mentua dan Menantu jangan lupa bawa mereka akan di persoalkan di akhirat nanti.

13. Didunia mereka dapat memesongkan pikiran rakyat tetapi mereka tidak dapat memesongkan Allah SWT.


13.Bertaubatlah dan bertanggongjawablah.

Thursday 23 November 2017

Siapa Dua Orang Menteri Yang Lakukan Rasuah?


Tan Sri Sanusi Junid dalam nukilan hujung minggu telah menceritakan peristiwa yang berlaku kira kira 10 hari sebelum Tun Dr Mahathir berhenti dari jawatannya sebagai Perdana Menteri,

2. Menurut Tan Sri Junid empat orang pegawai dari BPR (Badan Pencegah Rasuah) telah datang ke pejabat Tun Mahathir membawa beberapa buah fail yang mengandungi laporan dua orang Menteri.

a.     Kes melibatkan ribuan lesen teksi
b.     Kes melibatkan tanaman orkid menggunakan wang tabungan untuk tanam semula getah.

3.Memandangkan Tun Mahathir tinggal hanya 10 hari daripada tarikh perletakkan jawatannya, maka Tun Mahathir menyerahkan kes itu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk bertindak. Dengan itu Tun Mahathir ingin memberikan peluang kepada Pak Lah untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau (Pak Lah) mahu  membuat pembersihan secara menyeluruh. Ini sesuai dengan nama jolokkan Pak Lah sebagai Mr Clean

4.Bilamana Pak Lah bertelagah dengan Tun Mahathir, kedua pesalah rasuah ini ‘membodek’ Pak Lah dan dengan kuatnya menyerang Tun Mahathir.

5. Perbuatan mereka membuat mata Pak Lah menjadi kabur dan terus buta untuk melihat fail yang diserahkan oleh Tun Mahathir mengenai perbuatan rasuah yang di lakukan oleh kedua Menteri yang berkenaan.

6. Persoalannya apakah kedua Menteri yang berkenaan masih berada di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak?

7. Dengan tidak bertindak tegas terhadap kedua Menteri yang melakukan rasuah maka secara langsung Pak Lah sendiri menggalakan perbuatan rasuah.

8. Pak Lah mempunyai latar belakang pengetahuan yang hebat mengenai agama. Tetapi disebabkan tamak kuasa, segala pendidikan agama yang diperolehinya dipinggirkan dan dilupakan.

9. Diharapkan Pak Lah diberikan kesempatan untuk bertaubat atas perbuatannya bersuhabat dengan perasuah dan juga perlakuakn menantunya ketika pertandingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

10. Merujuk kepada pada video di youtube,  “  https://youtu.be/hPOQYX9F7DE (KJ Rasuah part 1) dan https://you.be/ixlbB9VAem (KJ Rasuah Part 2)  ujud unsur rasuah. Ini berlaku semasa Pak Lah menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

11. Mengambil kira seperti di katakan tadi, maka dapat di lihat bahawa setelah Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO, parti itu telah rosak.

12. Parti itu rosak dari hari pertama Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Tun Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

13. Warisan Pak Lah di teruskan oleh Najib Abdul Razak sehingga kini beliau merupakan PM pertama di dunia yang paling rasuah.   

14. Benar, apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir bahawa UMNO telah rosak dan tidak boleh di perbaikki lagi.

15. Demi untuk menyelamatkan negara parti UMNO/BN harus di tukar.

16. Dengan pengalaman yang begitu luas yang di miliki oleh Tun Mahathir dan terbukti beliau telah berjaya membangunkan dan memajukan Malaysia, maka amat sesuai dan tepat beliau menyelamatkan negara dari lembah yang hina di mata dunia.
                                                           





Wednesday 15 November 2017

PRU14 harus tolak Pemimpin Penganyak & Pendusta Agama


Dajjal ertinya pendusta agama atau penipu agama yang kerjanya menyesatkan manusia diatas jalan akidah agama dengan berbagai watak menurut masyarakat semasa dan setempat.

2.Lantas, Amanat Hadi menyesatkan dan mengakibatkan masyarakat Melayu/Islam berpecah belah.

3.Trajedi Memali, persoalannya, siapa yang bertanggong jawab bilamana jenazah Ibrahim Libya dan rakan rakannya dikebumikan dengan tidak dimandikan dan tidak di kapankan?

4. Ibrahim Libya dan rakan rakannya menyerang anggota polis yang beragama Islam dan dalam usaha anggota polis mempertahankan diri, Ibrahim Libya dan rakan rakannya di tembak mati. Apakah ini mati syahid seperti “fatwa” yang di keluarkan oleh Hadi Awang? Tidak kah ini menyesatkan akidah masyarakat Islam?

5. Hari ini, Hadi Awang bekerjasama dengan golongan yang dikatakan kafir. Sedangkan Hadi masih berpegang teguh pada Amanat tersebut. Ini kerana beliau tidak menarik balik Amanat yang berkenaan.


6. Ini jelas “fatwa” Hadi Awang mengikut hawa nafsunya sendiri dan ianya menyesatkan masyarakat Islam di Malaysia terutama sekali ahli dan penyokong PAS. Ianya hanya bertujuan untuk kepentingan politik dan peribadi.

7. Pada PRU14, tugas dan tanggong jawab masyarakat Melayu/Islam adalah untuk menolak kepimpinan Penyangak dan Pendusta Agama.

8. TAKBIR 

Monday 13 November 2017

Political Animals


Media pro umno telah mempamerkan di buka hadapan akhbar mereka kononnya gaya hidup mewah cucu Tun Dr Mahathir. Media tersebut menuduh cucu Mahathir hidup bak selebriti.

2. Persoalannya, apa salahnya jika anak Datuk Seri Mukhriz hidup gaya seperti di beritakan? Anak DS Mukhriz tidak mencuri duit sesiapa? Beliau tidak menipu duit sesiapa? Anak DS Mukhriz tidak berkelakuan seperti anak tiri Najib dan seperti adik angkat Najib, Jho Low.  So, what is the problem?

3.Bapaknya pula DS Mukhriz tidak mencuri duit seperti Najib Abdul Razak. Bapaknya DS Mukhriz tidak menyisap darah rakyat untuk kepentingan isteri dan keluarganya.

4. Paling penting gaya hidup anak DS Mukhriz tidak menyusahkan rakyat dan rakyat tidak perlu menanggong segala perbelanjaannya. So, why must there be any heart pain?

5. Media pro UMNO sudah terdesak. Mereka tidak dapat menjawab segala kritikan Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz. Lantas menggunakan dan cuba memburukkan ahli keluarga mereka. What a coward.

6. Seperti peribahasa, “Tidak dapat tanduk telinga di pulas”


7. Dalam konteks politik dimana rasuah masih/tetap ujud dan mereka sangka tanpa cakaran kotor akan berjaya itulah  POLITICAL ANIMALS. 

8. Walaupun keluarganya di serang atau dilakukan arm-twisting, Tun Mahathir tidak akan berundur walaupun selangkah kebelangkang. Demi untuk bangsa, agama dan tanah air.

9. InshaAllah kerana Islam juga melarang dan menentang rasuah, maka akhirnya Tun Mahathir akan berjaya menentang pemimpin penyangak/perasuah. 

10. Apa yang penting bagi Tun Mahathir pada akhirnya perjuangan menentang kezaliman dan kepimpinan penganyak dalam misi menyelamatkan negara tercinta, Malaysia akan dan pasti berjaya. Aamin.


Tuesday 7 November 2017

Kalimah Keramat Najib "Kepala bapa kau" akan tumbangkan BN


Semasa berucap didepan perwakilan MCA bertempat di Pejabat MCA Jalan Ampang, Presiden BN/UMNO Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan penuh bersemangat menyatakan, “ Mereka mengancam untuk mengubah segala-galanya, kononnya (Malaysia) menjual kedaulatan. Apa? KEPALA BAPAK KAU tak logik”.

2. Ketika mengulas ucapan Najib Razak, mantan Timbalan Perdana Menteri/Presiden PPBM/Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Hj Muhiyddin Yassin berkata, “ Sesuatu bagi saya amat memalukan, mulut yang celupa keluar dari seorang Perdana Menteri. Soal yang berbangkit rakyat bertanya dimana harga diri, dimana jati diri, lebih lagi bila dia mengeluarkan perkataan yang bagi saya cukup kesat, maki hamun. Ini suatu yang biadap cukup teruk yang amat memalukan rakyat Malaysia. Tapi kalau kita fikirkan apa yang kita boleh harapkan kepada Datuk Seri Najib ni. Mungkin situasi dan keadaan yang beliau hadapi sudah tidak lagi dapat mengawal”.

3. Kita dapat melihat bagaimana sopan dan beradabnya Presiden PPBM memberikan komen kepada kenyataan Najib yang tidak bersopan dan beradab.

4. Jika Najib tidak ada maruah diri dan kurang ajar jangan kita ikut langkahnya. Apa yang keluar dari mulut Najib perkataan yang sering di gunakan oleh samseng jalanan dan golongan yang kurang pendidikan.

5. Perkataan yang keluar dari Perdana Menteri akan menjadi di contoh dan diikuti oleh anak anak kita yang masih bersekolah. Kita jangan marah jika seorang murid yang tidak dapat menerima arahan gurunya melimpahkan perkataan yang sama seperti Najib, Kepala Bapak Kau kepada guru yang berkenaan. Atau jika seorang ayah atau ibu dimana anak mereka tidak dapat bersetuju dengan apa pun yang dikatakan oleh keluarga mereka dan mengeluarkan perkataan yang sama terhadap ibu/ayah, Kepala Bapak Kau.

6. Ini semua ajaran dari Perdana Menteri dan anak bekas Perdana Menteri.

7. Dari itu demi menjamin masa depan anak anak kita agar mempunyai harga dan maruah diri maka BN wajib di tumbangkan.

8. Kita dapat melihat bukan sahaja Najib selaku PM/Presiden BN yang mengeluarkan kata kata kesat dan biadap, ianya termasuk juga pemimpin UMNO dan macai/balaci BN/UMNO. Maka itu BN wajid di tumbangkan.


9. Dari itu, adalah menjadi tanggong jawab rakyat Malaysia untuk pastikan pemimpin yang tidak beradab, pemimpin yang tidak ada maruah diri, pemimpin yang tidak ada harga diri ( sepertimana di katakan oleh Tan Sri Muhiyiddin Yassin) wajid di tolak pada PRU14 nanti.