Monday 6 March 2017

"Penyerang" Tun Mahathir akan hadapi balasan dari Allah.


1.Menurut laporan di Malaysiakini Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO menyerahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan terhadap laporan polis di buat seorang individu yang mendakwa yayasannya menyeleweng RM2.7 juta. Tan Sri Annuar Musa menyatakan bahawa tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dan yayasannya adalah fitnah.

2.Tan Sri Annuar Musa juga menyatakan apakah undang-undang negara ini sewenang-wenangnya membenarkan tuduhan atau aduan untuk diviral sehingga tidak bersalah menjadi mangsa fitnah demi fitnah.

3.Saya hendak bertanya kepada Annuar Musa, "Apa kurangnya segala yang berlaku terhadap Tun Mahathir"

4.Pemimpin yang kerap mengritik dan mengutuk Tun Mahathir antaranya terdiri dari Tan Sri Annuar Musa. Berbagai tohmahan di limparkan oleh beliau terhadap Tun Mahathir. Kemelut yang dihadapi kini oleh Annuar Musa disebabkan perbuatan diri sendiri yang memfitnah, mengutuk dan mencaci Tun Mahathir.

5.Tidak dapat di nafikan ada juga rakyat Malaysia terutama sekali macai dan balaci parti tertentu juga mengamalkan konsep memfitnah dan membenci. Aktiviti  “memfitnah” dan “membenci” merupakan cara hidup sebahagian rakyat di negara ini. Ini terjadi kerana pemimpin memulainya.

6.Mangsa fitnah yang hebat di buat adalah terhadap Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga.  Tetapi Tun Mahathir dan anak anaknya tidak pula menyaman mereka (termasuk pemimpin UMNO) yang membuat fitnah terhadap mereka.

7.Kita telah membaca di social media FITNAH yang dilimparkan terhadap kejayaan anak anak Tun Mahathir. Tetapi anak anak Tun Mahathir tidak pula menyaman mereka yang bersangkutan. Apakah kurang pemimpin UMNO mencaci maki hamun Tun Mahathir? Apakah kurang para macai/balaci UMNO membuat fitnah terhadap Mokhzani dan Mukhriz? Apakah kurang yang menuduh anak Tun Dr Mahathir berhubung kait akidahnya terhadap agama Islam? Apakah kurang laporan polis yang di buat terhadap Tun Mahathir? Berapa kali telah Tun Mahathir di soal siasat berhubung laporan polis yang di buat oleh pihak tertentu?

8.Sepertimana yang pernah di katakan oleh Tun Mahathir jika sesiapa tidak mahu dirinya di kritik maka jangan masuk politik.

9.Mengenal diri Tun Mahathir dan keluarga saya berani menyatakan bahawa Tun Mahathir dan ahli keluarganya terdiri dari insan yang mulia di dunia ini. Saya menyedari segala tuduhan terhadap Tun Mahathir dan anak anaknya tidak benar tetapi sekadar permainan politik yang keji dan kotor untuk mengekalkan jawatan dan kedudukan pemimpin tertentu dalam UMNO/BN.

10.Yakin dan percayalah akhirnya kebenaran akan muncul memihak Tun Dr Mahathir Mohamad. Para pemimpin yang mencaci memaki hamun terhadap Tun Mahathir akhirnya akan menerima padahnya kerana perjuangan Tun Dr Mahathir selama ini adalah untuk bangsa, agama dan tanahair.

11.Antara Pemimpin UMNO yang sering menyerang Tun Mahathir adalah Nazri Aziz. Tetapi apabila Tun Mahathir mencabar beliau untuk bertanding di Langkawi di PRU14 nampak Nazri takut pula untuk menerima cabaran tersebut. Nazri memberikan berbagai alasan. Ramai yang menyatakan “telur nazri kecut” bilamana Tun Mahathir mencabarnya. Ada pula pemilik facebook menyatakan jika tidak percaya “telur nazri kecut” cuba memegangnya.

12.Bagi Datuk Seri Salleh Keruak, nantikan masanya akan tiba. Pembalasan pasti datang dari Allah. InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment