Tuesday 14 March 2017

Perbezaan Penganti PM Singapura / Malaysia




1.Semasa hayatnya mendiang Lee Kuan Yew, Mantan Perdana Menteri Singapura pernah berkata, “And even from my sickbed, even if you are going to lower me into the grave and I found that something is going wrong I will get-up”.

2.Dalam Bahasa Malaysia, “ Dan walaupun aku sakit terbaring di katil, walaupun aku akan di turunkan kedalam kubor dan aku merasakan bahawa ada sesuatu yang salah, aku akan bangun”.

3.Pada mulanya presepi penulis terhadap Lee Kuan Yew adalah beliau seorang pemimpin yang tamak kuasa sehingga dah sakit dan mahu mati pun masih ingat apa yang beliau ada di dunia.Apakah beliau mahu segala yang diperolehi di dunia di bawa mati?.

4. Saya tidak membenci atau bermusuh dengan Lee Kuan Yew. Walaupun beliau telah membuat penghidupan saya dan keluarga mengalami kesulitan. Tetapi saya tidak bersetuju sebahagian besar tindakan beliau dalam usaha membangunkan Singapura. Antara lain layanan yang telah di berikan kepada masyarakat Melayu/Islam di sana.

5. Layanan yang diberikan oleh beliau terhadap golongan sasarnya sama seperti Perdana Menteri Yahudi memberikan layanan terhadap rakyat Palestin. Sehingga hari ini saya masih menggangap beliau seperti itu termasuk PerdanaMenteri Singapura hari ini (anak beliau sendiri).

6.Apabila terkeluar dari Malaysia pada August 1965, Singapura terasa terasing dan kehilangan sumber. Lee Kuan Yew memainkan peranan penting dalam kejayaan Singapura dengan meletakkan asas bagi pertumbuhan.

7.Singapura pada mulanya sebuah pulau. Lee Kuan Yew mencipta satu pendekatan untuk menjadikan Singapura pusat kewangan dengan salah satu pelaburan terbesar di dunia.

8.Lee Kuan Yew telah membangunkan Singapura daripada sebuah pulau menjadi sebuah republik yang dihormati dan eknomi yang sangat baik berbanding negara negara Asean. Dibawah pemerintah Lee Kuan Yew, Singapura dihormati dunia sebagai sebuah negara dimana pemimpinnya tidak mengamalkan rasuah.

9. Pada mulanya ada terdapat pemimpin PAP yang mengamalkan rasuah tetapi Lee Kuan Yew dengan tegas bertindak terhadap mereka termasuk dari Wakil Rakyat PAP. Merek di dapati bersalah oleh Mahkamah Singapura dan menghadapi hukuman penjara dan denda.

10.Dengan segala apa yang telah di usahakan dan bangunkan oleh Lee Kuan Yew, beliau berkehendakkan setelah beliau mati, Singapura akan terus maju dengan apa yang telah di cipta dan diuruskan. Beliau meninggal Singapura dalam keadaan tersangat baik.

11.Beliau tidak mahu segala yang di lakukan untuk kemajuan Singapura dan kepentingan rakyat di hapuskan oleh pemimpin yang bakal mengantikan beliau. Dalam bahasa paling mudah Lee Kuan Yew tidak mahu sesiapa yang memerintah Singapura selepas beliau “sapuhabis” atau “menyamun” segala harta negara dan menjahanamkan negara.

12.Di Malaysia ketika penggal kepimpinanTunDr Mahathir Mohamad dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau Berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia kepentas dunia sebaga isalahs ebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara ‘HarimauEkonomi Asia’.

13.Usahabeliau yang diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa ketika membawa Malaysia keluar dari krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau menolak cadangan dan juga dana bantuan IMF yang beliau sifatkan akan memburukan lagi krisis.

14.Antara projek-projekber profiltinggi (juga di ‘projek mega’) yang dibangukan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang,Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar AntarabangsaSepang.

15.Berbeza apa yang berlaku Singapura. Setelah Lee Kuan Yew di gantikan oleh Goh Chok Tong sebagai Perdana Menteri segala yang dibangunkan oleh Lee Kuan Yew di kekalkan dan dipelihara. Begitu juga setelah Lee Kuan Yew mati, apa yang di ciptakan dan bangunkan oleh Lee Kuan Yew dikekalkan,dipelihara dan disemai serta di perbaikki dari baik bertambah baik dan seterusnya membangunkan Singapura lebih baik dari pentadbiran Lee Kuan Yew.

16.Malangnya lihat di Malaysia, setelahTun Mahathir berhenti sebagai Perdana Menteri? Perdana Menteri sekarang ini menyapu dan menyamun segala harta negara dan menjualnya kepada negara lain. Bukan itu Malaysia bertukar dari sebuah negara ‘HarimauEkonomi Asia’ zaman pentadbiranTun Mahathir kini menjadi sebuah negara dikalangan 10 negara paling rasuah.

17.Bukan setakat itu sahaja, harta negara di jual kepada Negara komunis cina. Berbagai skandal yang memalukan negara di matadunia. Hutang Negara meningkat berpuluh billion ringgit (melebehi 50billion). Untung membayar hutang yang begitu banyak, membawa pengertian ia ini kanak kanak yang baru lahir terpaksa menanggong dan membayar hutang Negara apabila mereka telah dewasa dan bekerja.

18.Di Malaysia, GST tidak dapat menampung bayaran hutang luar Negara kerana hutang terlalu tinggi. Singapura walaupun rakyatnya di kenakan cukai GST, tetapi kutipan cukai tersebut sebahagian besar di pulangkan kepada rakyatnya dan sebahagian untuk menambah reserves Negara atau membangunkan negara.

19.Di Malaysia GST tidak dapat menampung bayaran hutang kerana jumlah hutang begitu tinggi. Bahkan kutipan GST tidak dapat menampung jumlah membaya rhutang. Maka terpaksa “mengambil” dana yang mana mudah di perolehi. Antara lain menjual hartanegara kepada negara lain. Dapatkah kita melihat pembangunan setelah perletakkan jawatan TunDr Mahathir Mohamad sebagai PerdanaMenteri?

20.Jika ada pun sepertimana di laporkan oleh pihak pihaktertentu, kos projek akan lebih tinggi dari kos sebenar setiap projek yang bersangkutan.

21.Dar iitu, apa yang sedang di lakukan oleh Mantan Perdana Menteri TunDr Mahathir Mohamad adalah untuk menyelamatkan Malaysia.

22.Segala yang dilakukan oleh Tun Mahathir tidak ada kepentingan untuk dirinya atau ahli keluarganya.

23.Segala tuduhan terhadap Tun Mahathir dan anak anak nya adalah presepi sahaja tetapi mereka yang membuat presepi tersebut tidak berani membuat laporan kepada pihak berwajib kerana mereka sendiri mengetahui semuanya hanyalah andaian untuk mengalihkan pandangan dari isu yang penting, iaini isu 1MDB, 2.6b, rasuah di Felda, Mara dan penyelewengan wang oleh pihak pihaktertentu.

24.Ingatlah memberikan sokongan dan melindungi pemakan rasuah sama seperti melakukan perbuatan terkutuk Rasuah. Untuk menggelakkan diri daripada mengambil rasuah atau memberikan sokongan kepada rasuah bayangkan kamu memakan babi. Rasuah lebih teruk daripada memakanbabi.

25.Jika anda penyokong perbuatan rasuah anggaplah bahawa kamu “memeluk” dan “mencium” babi.

26.Dengan cara ini kamu dapat menentang perbuatan rasuah terutama sekali memilih pemimpin yang rasuah.

27.Lakukan dengan segera jangan menanggohkannya. Sama seperti sholat. Misalnya jangan kamu tanggongkan sholat Maghrib kerana belum tentu kamu dapat hidup dan bertemu waktu maghrib.

No comments:

Post a Comment