Tuesday 7 March 2017

Harimau Pondan dalam UMNO




Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah mencabar Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya melawan beliau dalam PRU14 di Padang Rengas. Walaupun Nazri mengetahui bahawa Tun Mahathir tidak akan bertanding dalam PRU14 tetapi beliau mencabar Tun Mahathir menentang beliau.

Walaupun Tun Mahathir berumor 91 tahun dan pernah di label oleh Nazri sebagai orang yang campak gelas tidak akan pecah, Tun Mahathir menerima cabaran tersebut dan mengajak Nazri lawan dengan beliau di Langkawi. Tun Mahathir bukannya Wakil Rakyat bagi Langkawi tetapi mencabar Nazri bertanding dengan beliau disana.

Tun Mahathir mencadangkan bertanding di Langkawi ( luar dari Padang Regas ) ini kerana Nazri seorang Menteri. Jangan lupa Nazri seorang anggota cabinet Perdana Menteri. Maknanya seluruh rakyat Malaysia sudah mengenal beliau. Beliau bukan sahaja mewakili Padang Regas tetapi seluruh Malaysia.

Tetapi amat malang, bagi seorang yang begitu lantang mengritik Tun Mahathir dimana selama ini dianggap oleh ahli parti sebagai wira  UMNO, kelihatan kecut telornya menerima cabaran orang tua berumor 91 tahun. Nazri dengan rasminya menolak cabaran Tun Mahathir.

Dengan penolakkan Nazri, membuat Tan Sri Zainuddin Maidin menyelar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hanya sanggup lawan Mahathir hanya dikawasan sendiri. Zam selanjutnya menyatakan bahawa Nazri masih muda pun pengecut nak keluar kampong lawan orang tua nyanyuk. Zam menulis dan melabel Nazri di tweetnya, “Pondan Padang Rengas”.

Ini jelas sikap sebahagian besar pemimpin UMNO sekarang ini. Hanya menunjukkan “kehebatan” di kandang sendiri sahaja. Nampak macam garang seperti harimau. Tetapi harimau yang tidak bergigi atau jika bergigi pun terdiri dari golongan pondan. Jadilah Harimau Pondan.

Bagi Tun Mahathir beliau tetap sebagai ASIAN TIGER. Walaupun berumor 91tahu masih gagah dan dapat di katakan sebagai MALAYSIAN FIGHTER. Orang muda pun jelas kecut telor nak berlawan dengan Tun Mahathir. 


No comments:

Post a Comment