Tuesday 21 March 2017

Nantikan Tsunami Mahathir



1.Satu kenyataan bersama telah di keluarkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu, Sekretariat Pakatan Harapan bahawa Majlis Presiden Pakatan Harapan setuju sebulat suara menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai anggota pakatan.
2.Majlis Presiden Pakatan Harapan juga bersetuju dengan cadangan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Pakatan Harapan akan mendaftarkan gabungan berkenaan dengan nama baru  dan akan merangka manifesto serta mengadakan logo baharu.
3.Perkembangan terbaru ini sudah semestinya membuat “punggung” para kepimpinan UMNO menjadi panas seperti berada di atas bara api. Lantas maka akan ada serangan dari cybertroopers, balaci, macai dan pemakan dedak UMNO terutama terhadap Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Seperti yang lalu serangan terhadap Tun Dr Mahathir akan meliputi serangan terhadap anak anak beliau. Ini merupakan cara mereka membuat fitnah. Tapi malangnya, para alim ulama tidak memberikan komen keatas fitnah yang mereka limparkan kepada Tun Mahathir dan keluarga. Para alim ulama lebih berminat untuk memberikan komen kononnya fitnah keatas Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.
4.Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad dikritik begitu hebat oleh golongan yang dikatakan tadi. Tetapi negarawan yang berumur 91tahun masih kuat iman dan kesihatannya menahan segala tuduhan yang tidak berasas itu. Tun Mahathir lebih mengetahui dari para pengritiknya bahawa segala yang dilakukan setimpal dengan ajaran dan perintah Allah menentang Rasuah dan penyalahan guna kuasa.
5. Selagi mana Tun Dr Mahathir berjuang memegang teguh kepada Tali Allah ini, maka Allah akan menunjukkan jalan dan beliau sentiasa dalam perlindungan dan Rahmat Allah SWT.
6. Tidak dapat dinafikan bahawa DAP mempunyai sejarah buruk terhadap bangsa Melayu di Malaysia. Ini dimulakan oleh PAP yang diasaskan oleh Mendiang Lee Kuan Yew. Beliau terkenal di negara Melayu Nusantara sebagai seorang pemimpin sama seperti pemimpin Yahudi.
7. Semasa Singapura berada dalam Malaysia, Lee Kuan Yew telah menanamkan semangat kebencian kepada para pemimpin PAP Malaysia terhadap bangsa Melayu. Ini termasuk pemimpin seperti Lim Kit Siang.

8.Bagi pihak UMNO pula para pemimpinnya memainkan isu melayu dengan ucapan berapi-api oleh Syed Jaafar Albar (ayah kepada Syed Hamid Albar), Datuk Senu Abdul Rahman dan beberapa lagi pemimpin UMNO untuk membenci bangsa Cina.

9. Setelah Singapura terpisah dari Malaysia, PAP Malaysia bertukar nama kepada DAP. Mulanya di terajui oleh C V Devan Nair dan kemudian Lim Kit Siang.

10. Para pemimpin UMNO bertindak lebih agresif dalam usaha untuk menanam rasa kebencian terhadap bangsa cina, mereka menyatakan bahwa Lim Kit Siang itulah Lee Kuan Yew. Dan begitu juga Lee Kuan Yew itulah Lim Kit Siang. Ini cara UMNO untuk memainkan isu perkauman dalam usaha menanam rasa kebencian terhadap DAP.
11. Tidak dinafikan juga beberapa tahun setelah Singapura terpisah dari Malaysia,  para pemimpin DAP di Malaysia, para masih mewarisi apa yang di perjuangan oleh Lee Kuan Yew terutama sekali kebencian terhadap bangsa Melayu.

12.Lama kelamaan DAP menyedari bumi yang di pijak adalah bumi Melayu dan perasaan kebencian terhadap orang Melayu beransur berubah dan  dimana ada beberapa orang Melayu menjadi ahli DAP sehingga saat ini.
13. Apabila dunia melihat negara Malaysia hampir hancur disebabkan perbuatan Perdana Menteri Keenam Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, para pemimpin DAP bersetuju dengan Mantan Perdana Menteri Malaysia untuk Menyelamatkan Malaysia.
14. DAP menyedari jika Malaysia tidak selamat maka mereka juga tidak selamat seperti orang Melayu dan India Malaysia. Bangsa Cina berminat dengan peniagaan. Jika Malaysia tidak selamat bagaimana kaum mereka akan menjalani urusan perniagaan. DAP menyedari bahawa hanya bangsa Melayu sahaja yang boleh menguasai kuasa politik manakala cina menguasai ekonomi.

15.Tidak dapat dinafikan ada beberapa kerat pemimpin DAP masih “rasa kurang selesa” berkerjasama DAP dengan Mantan Perdana Menteri. Tetapi dirasakan dalam masa terdekat mereka akan sebulat dengan pucuk kepimpinan DAP untuk berkerjasama dengan mantan perdana menteri dalam  usaha menyelamatkan Malaysia,
16.Para pemimpin UMNO/BN mempersendakan apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir. Mereka mempersoalkan bekerjasama Tun Mahathir dengan DAP. Apa yang dilakukan oleh Najib terhadap negara sama keadaan seperti “serangan kuasa asing” terhadap Malaysia dimana mereka harus bersatu menyelamatkan Malaysia. Mereka rela ketepikan permusuhan politik dan bergading mahu untuk menyelamatkan Malaysia.
17. Jangan kita lupa parti komponen Barisan Nasional juga terdiri daripada parti parti pembangkang yang menentang UMNO. Kenapa pemimpin UMNO ketika itu mengambil parti parti tersebut menjadi parti komponen? Ini kerana UMNO mahu memenangi pilihan raya masa itu. Tanpa gabungan-gabungan parti parti pembangkang yang berkenaan tidak mungkin UMNO dapat berkuasa.
18. Begitu juga keadaannya hari ini. Tun Mahathir wajib menyatukan parti parti pembangkang untuk menghancurkan UMNO. Ini kerana UMNO hari ini tidak seperti UMNO sebelumnya. UMNO sekarang ini tidak boleh di perbaikki. Demi untuk menyelamatkan Malaysia dan masa depan negara parti UMNO wajib di kuborkan.
19. PAS hanya menggunakan agama untuk kepentingan politik. Seharusnya PAS menggunakan politik untuk kepentingan agama bukannya menggunakan agama untuk kepentingan politik.

20.Apabila pemimpin PAS menyokong kepimpinan UMNO/BN terutama dan apabila Perdana Menteri dan Presiden UMNO/BN mengamalkan rasuah jelas dan nyata PAS dibawah kepimpinan Hj Hadi Awang menghalalkan yang haram. PAS pimpinan Hj Hadi Awang  menyokong perbuatan yang mungkar.

21. Dari itu, jika anda seorang Islam, anda wajib menentang RASUAH. Menyokong dan bersengkongkol dengan pemimpin rasuah sama seperti anda melakukan RASUAH. Jika anda dapat memberi/menerima dan menyokong pemimpin rasuah, kenapa tidak anda makan daging BABI? Ini kerana perbuatan rasuah lebih dahsyat dan dosanya lebih parah daripada memakan daging BABI.
22. Jika anda menerima rasuah jangan habiskan masa untuk mengerjakan Haji atau Umrah kerana Haji dan Umrah anda tidak akan diterima Allah. Jika tak percaya tanyalah para ustaz, ustazah dan para alim ulama yang tidak diberikan dedak oleh pihak tertentu.

No comments:

Post a Comment