Friday 24 March 2017

Ada berani berdebat? Atau putar alam?


1.Utusan Malaysia terbitan Jumaat 24 March 2017 melaporkan, “ Dedah bagaimana mudah jadi jutawtan”.

2.Apa yang dilaporkan oleh akhbar tersebut menceritakan sikap orang Melayu (tidak semuanya) yang mana sudah sebati dengan sikap hasrat dengki.

3.Ini jelas, bilamana bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Mukhriz itu menyatakan kononya beliau, “ sebagai seorang bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Mukhriz, saya (Haris Che Mat) mempunyai maklumat dan rahsianya. Jadi, tidak perlu untuk beliau (Datuk Seri Mukhriz) memutar belitkan fakta jika majlis debat tersebut di adakan nanti”.

4.Saya rasa dengan kata kata sedemikian, anak sekolah rendah pun akan mempersoalkan, jika ada fakta seperti yang di katakan, mengapa tidak melaporkan kepada SPRM? Mengapa perlu di adakan perdebatan?  Cari publisiti ??? Beliau mahu bertanding atas tiket BN di kedah dari itu ingin mendapat perhatian dari pucuk kepimpinan parti?? Atau mahu dedak yang berlebihan ?? Berbagai persoalan akan timbul.

5.Perbuatan bekas pegawai khas yang berkenaan tidak lain daripada mencari publisiti murahan untuk mendapat perhatian dan pujian daripada pucuk kepimpinan parti dan kerajaan dibawah kepimpinan Najib Abdul Razak. Kita lihat tidak lama dulu bagaimana Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mendapat gelaran “Senator” setelah beliau membidas Tun Mahathir dan membuat beberapa laporan polis (termasuk mengenai 3 Tan Sri) dalam usaha memberikan sokongan kepada Presiden UMNO. Bekas Pegawai Khas yang mencabar Mukhriz merupakan spesis yang sama.

6.Walaubagaimana pun, marilah kita mengharapkan semoga apa yang di katakan oleh Haris Che Mat bahawa Mukhriz seorang jutawan, mudah mudahan di makbulkan oleh Allah SWT. Aamin.

7.Rakyat Malaysia terutama di Kedah, harus ingat bahawa anak Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seperti anak Tun Abdul Razak. Anak Tun Mahathir, Mokhzani, atau Mukhriz atau Mirzan tidak seperti Najib Abdul Razak. Tidak perlu di terangkan disini apa yang anak Tun Abdul Razak telah lakukan kepada rakyat dan negara. Rakyat Malaysia dan seluruh dunia telah mengetahuinya.

8.Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberikan pendidikan duniawi dan akrawi kepada anak anaknya. Anak anak Tun Mahathir sentiasa akan berpandukan ajaran agama dalam mencari kejayaan maupun kekayaan. Jika ada antara kita yang mana anak anak tidak mencapai apa yang di capai oleh anak anak Tun Mahathir, janganlah kita mempunyai hasrat dengki.

9.Tetapi hendaklah kita merenong kembali mengapa kita atau anak anak kita tidak mencapai apa yang di capai oleh anak anak Tun Mahathir. Yang berkenaan harus mempunyai rasa iri hati bagaimana anak anak Tun Mahathir boleh berjaya dan anak sendiri tidak. Dimana kesilapannya atau apa yang telah terlepas pandang dan cuba mengatasinya.

10.Oleh kerana sikap yang ada pada Tun Mahathir iaini berani kerana benar, Kini sikap tersebut ada pada anak beliau, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir. Beliau telah menyahut cabaran bekas pegawai khas beliau untuk mengadakan debat pada hari Rabu, 29 March 2017. Menurut Datuk Seri Mukhriz beliau SANGAT SANGAT BERSEDIA.  Beliau berharap dapat di adakan secepat mungkin dan tidak perlu tunggu pada bulan puasa.

11.Persoalannya, apakah episode “Nothing To Hide” akan berulang? Apakah episode perdebatan Tun Mahathir/Nazri Aziz akan berulang jugak? Jangan ada putar belit untuk melambatkan tarikh berdebatan atau mengtiadakannya dengan seribu alasan.

12.Sama sama kita nantikan.


No comments:

Post a Comment