Monday 10 April 2017

Seniman Jangan Ada Agenda Tersembunyi ( Hidden Agenda)


1.MediaCrop Singapura telah mengadakan program “OK Chope”. Program tersebut  disertai empat selebriti dan menuntut mereka meneka tempat kosong iaitu Najib slams…..for threatening Malaysia’s progress.

2.Episod ke 26 itu bersiaran pada 29 March 2017 lalu di rancangan hiburan media Singapura.

3. Isu tersebut masih hangat di perkatakan disosial media Malaysia dan Singapura.

4.Mediacorp dan pengacara Najip Ali yang  terpalit kontroversi kononnya menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

5. Pihak Mediacrop dan Najip Ali secara terbuka telah memohon maaf. Wisma Putra telah menerima nota permohonan maaf yang berkenaan.
\
6. Tetapi Presiden Zed Zaidi tidak berpuas hati dan membuat laporan polis dengan harapan pihak kerajaan memandang sirius perkara berkenaan dan mengambil tindakan ke atas kelima-lima selebriti yang berkenaan.

7. Menurut laporan Presiden Seniman menyatakan bahawa “Kalau boleh kami akan cuba untuk mengurangkan kemasukan artis luar negara memasuki Malaysia untuk membuka peluang kepada artis tempatan dalam industri hiburan”

8. Setakat ini tidak nampak ada semacam sekatan kepada artis tempatan dalam industri hiburan. Itu hanya presepi Presiden Seniman yang berkemungkinan mempunyai agenda tersembunyi. (Hidden Agenda)

9. Pihak Seniman harus bertindak secara profesional dan jangan mengikut emosi dan mempamerkan kebodohan dan kesempitan pemikiran berlandaskan perasaan iri hati dan hasad dengki. Atau jangan menonjolkan sikap bodoh sombong.

10. Presiden Seniman harus menyedari bahawa berkemungkinan artis luar di panggil ke Malaysia, kerana di lihat bahawa artis tempatan tidak sehebat artis luar negara dalam segala sudut.

11.Sebagai contoh belum ada artis tempatan yang dapat mengatasi Aaron Aziz dan Datuk Ramli Sarip. Berkemungkinan ada yang menyatakan mengapa artis luar mendapat gelaran “Datuk” sedangkan Presiden Seniman tidak. Begitu juga kepada Datuk M Nasir. Tidak lupa juga kepada A Galak yang mana berasal dari Singapura.

12.Jangan ada rasa iri hati dan mempunyai hasad dengki kepada orang lain terutama sekali sebangsa dan seagama. Kita hanya di pisahkan oleh politik tetapi tetap serumpun Bangsa Melayu dan seagama.

13.Bilamana artis luar negara dipanggil untuk melibatkan diri dalam industri hiburan, para artis tempatan terutama sekali Seniman harus menjalan survey kenapa perkara tersebut berlaku sedangkan di Malaysia masih ramai lagi artis yang boleh kehadapan dalam industri hiburan.

14. Jika Presiden Seniman bertindak kononnya “sayang” dan “kasih” kepada Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri dan untuk mempastikan tidak ada orang luar mempersendakan atau menghina PM kesayangan mereka, maka Seniman juga wajib membuat laporan polis kepada laporan The Jakarta Post yang menyatakan “Najib Razak Mencuri”.

15.Sejujurnya jika Presiden Seniman mahu mempertahankan maruah negara dari di hina oleh masyarakat luar, maka Seniman harus meminta Najib Abdul Razak meletakkan jawatan berbutiknya berbagai skandal dimana telah memalukan dan menghina negara Malaysia.


No comments:

Post a Comment