Wednesday 19 April 2017

PRU 14 : STRATEGI BN MENYEKAT KEMPEN PEMBANGKANG


Kepimpinan Barisan Nasional dipercayai merancang untuk mengadakan PRU 14 dalam bulan Ramadhan ini. Menurut pandangan kepimpinan BN, apabila diadakan pada bulan Ramadhan maka kempen Pakatan Pembangkang dapat di sekat dengan efetiknya.

2.Pada PRU 13 Jentera Pilihan Raya Pembangkang menjalankan kempen ke maksima. Tetapi jika di adakan dalam bulan puasa, BN melihat bahawa jentera pembangkang tidak mampu melakukannya seperti PRU13. Pembangkang tidak dapat mengadakan program sarapan pagi atau minum pagi. Pembangkang tidak dapat bersantai waktu petang di kedai kopi dan pada juga majlis kenduri.

3. Jentera Operasi Pembangkang di jangka akan berehat pada siang hari.

4. Para Pak Lebai dan ustaz ustaz dari PAS dapat menggunakan ruang kuliah selepas terawih untuk menghentam Pembangkang terutama Tun Dr Mahathir Mohamad.

5. Masjid masjid dan surau surau di kuasai oleh BN & Pas. Maka program berbuka dapat diadakan atas nama BN/PAS. Pembangkang tidak ada peluang langsung untuk berbuat sebegitu.

6. Bagi menimbulkan rasa benci kepada Melayu/Islam, TV & Media arus perdana akan ulang tayang ucapan MP DAP yang menentang usul RUU355. Sekaligus membenci gila pakatan pembangkang. 

7. BN/PAS akan menggunakan para ustaz dan pak lebai untuk berkempen menggunakan pendekataan yang dilihat sebagai lebih keislaman dalam bulan puasa.

8. Jentera Kempen BN akan menguasai penuh tapak Ramadhan yang menjadi tumpuan orang Melayu.

9. Berkemungkinan para pengundi tidak akan balik mengundi pada bulan puasa kerana untuk menjimatkan kos kerana hari raya nanti mereka terpaksa akan kembali lagi. Ini melibatkan kos dan dengan harga minyak yang melambong tinggi.

10. Kepada orang kampong bantuan membuat persiapan hari raya akan mencurah mencurah dalam kononnya usaha untuk membantu golongan miskin di bandar dan di kampong kampong. Ini akan menjimatkan perbelanjaan kempen BN yang mana sebelum ini bantuan terpaksa diagihkan kepada semua rakyat samada petani, penoreh mahupun pengumuman projek2 besar.

11. Biasanya antara program kempen BN berbentuk hiburan seperti konsert atau karoake. Tetapi dalam PRU14, BN tukar strategi kempen yang lebih Islamik. Menggunakan agama sebagai platform untuk kepentingan politik.

12. Difahmakan BN hanya menyasarkan kemenangan untuk kekal di Putrajaya walaupun mereka bakal hilang beberapa negeri.

13.Walau apapun, kita masyarakat Melayu yang beragama Islam harus ingat bahawa agama Islam melarang/menentang RASUAH.

14. Rasulullah S.A.W bersabda, “Pemberi dan penerima rasuah masuk neraka”.


15. “Setiap daging yang tumbuh daripada sumber haram maka akan dihumbankan dalam apa neraka”.

No comments:

Post a Comment