Tuesday 23 May 2017

Pakatan Harapan Belum lagi Memilih Perdana Menteri


Suara UMNO, Utusan Malaysia pada 22 Mei 2017 melaporkan “ Kenapa Tun M tak angkat sepanduk ‘Anwar PM?’.

2. Tajuk berita yang sengaja di utarakan dalam usaha menimbulkan rasa tidak selesa dikalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan.

3. Secara logiknya setiap parti mempunyai cita cita bagi melihat wakil parti mereka dilantik sebagai Perdana Menteri.

4. Tetapi bagi Pakatan Harapan perlantikan seseorang sebagai Perdana Menteri memerlukan satu keputusan bersama dikalangan parti dalam Pakatan Harapan. Keputusan sedemikian harus di putuskan dalam mesyuarakat dikalangan empat buah parti yang membentuk Pakatan Harapan. Setakat ini belum lagi di putuskan siapa akan di lantik sebagai Perdana Menteri setelah Pakatan Harapan dapat menumpaskan Barisan Nasional yang di pimpin oleh Dato’ Seri Najib Abdul Razak.

5. Kita tahu bahawa Dato’ Seri Najib Abdul Razak telah di tuduh sebagai seorang Perdana Menteri yang mengamalkan rasuah. Ini dikenali oleh masyarakat seluruh dunia. Dalam usaha membersihkan nama Malaysia maka rakyat Malaysia pula harus mencari pengganti Perdana Menteri yang bersih. Maknanya seorang pemimpin yang tidak ada rekod jenayah dan rekod yang sangat bersih di mata masyarakat Malaysia dan dunia.

6.Sebagai seorang majikan jika kita ingin mengambil pekerja sudah seharusnya kita memerlukan seorang pekerja yang bersih dari jenayah. Terutama sekali bagi jawatan penting dalam syarikat. Dalam erti mereka yang tidak mempunyai rekod jenayah,

7.Persoalannya apakah Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai rekod yang bersih?

8.Islam menuntut agar umatnya tidak berterusan beranggapan tidak baik kepada seseorang yang lain. Jika seseroang itu melakukan kesalahan jangan kita berterusan mengutuk dan mengejinya sehingga akhir hayat.

9.Ini apa yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menanda tangani petisyen Pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini dilakukan atas dasar peri kemanusian. Ianya juga bersesuaian dengan tuntutan Islam, maaf memaafi sesama manusia terutama sekali sesama Islam.

10.Tetapi rekod kesalahan jenayah yang telah dilakukan tidak dapat dipadamkan dengan begitu sahaja. Seperti sebagai contoh, seseorang yang didapati bersalah oleh Mahkamah, maka namanya akan tercatet dalam rekod polis di Malaysia. Itu jika jenayah dilakukan di Malaysia tetapi jika dilakukan di luar negara maka namanya juga akan tercatet sebagai penjenayah.


11. Jangan pula setelah Malaysia di kenali seluruh dunia mempunyai seorang Perdana Menteri yang mengamalkan rasuah diganti dengan Perdana Menteri bekas penjenayah.

No comments:

Post a Comment