Wednesday 12 April 2017

Haji Hadi Awang harus belajar dari Tun Mahathir


“Singapura ini bapa PAP. Yang memerintah Singapura PAP. Dulu Singapura dalam Malaysia ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP. Jadi DAP ini ANAK BUTIR TAHI PAP”.

2.Haji Hadi Awang seorang dianggap sebagai tokoh agama dan berpengetahuan tinggi dalam agama. Kenapa cepat marah? Mana tahap kesabarannya?

3.Oleh kerana beliau seorang “Tok Guru” seharusnya beliau mengeluarkan/menggunakan perkataan yang baik bersesuaian dengan ajaran Islam walaupun berdepan dengan “musuh”.

4.Agama Islam mengajar kita apabila berkata hendaklah mengeluarkan perkataan yang baik walaupun kita berdepan orang atau golongan yang tidak sependapat dengan kita.

5.Islam juga tidak membolehkan/membenarkan kita memaksa sesiapa sahaja supaya bersetuju dengan kita. Dalam Islam tidak ada paksaan.

6.Walaupun kita tidak suka kepada seseorang itu tidak bermakna kita boleh menggunakan perkataan yang tidak baik. Apa lagi perkataan dari seorang tokoh agama seperti Hadi Awang.

7.Kita lihat Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau bukan seperti Haji Hadi, berkopia putih, berjubah dan tidak juga dipanggil “Tok Guru”. Tetapi Tun Mahathir tidak pernah mengeluarkan/ucapkan kata kata yang tidak baik terhadap “musuh politiknya” atau sesiapa sahaja yang tidak bersependapat dengannya. Beliau dan keluarganya di maki hamun tetapi Tun Mahathir dan ahli keluarganya tidak membalas dengan ucapan yang tidak baik. Tahap kesabaran Tun Mahathir tidak ada pada tokoh ulama seperti Haji Hadi Awang.


8. Sebagai seorang pemimpin negara, Tun Mahathir tidak juga pernah menggunakan perkataan “ Bangsat” atau pun “Haramjadah” . 

No comments:

Post a Comment