Tuesday 18 April 2017

Melayu di didik UMNO menyerang jika tidak sehaluan



1.Othman Wok, bekas anggota kabinet dan juga orang kanan Lee Kuan Yew meninggal dunia ketika umornya 92 tahun.

2.Orang Melayu Singapura mengenal beliau dan ramai yang menggangapnya sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu.

3.Ramai warga Melayu Singapura beranggapan bahawa beliau orang yang pertama bekerjasama dengan Lee Kuan Yew, untuk menekan orang Melayu dan sebagainya. Beliau punca Melayu di anak tirikan. Ramai dari orang Melayu Singapura tidak gemar dengan beliau. Mereka menyatakan Othman Wok sebagai pengkhianat bangsa.

4.Apabila Othman Wok meninggal dunia, tidak terdapat orang melayu yang menyerang beliau serta mencecanya dan menceritakan apa beliau telah lakukan sehingga masyarakat Melayu berada seperti keadaan hari ini.

5.Jika Othman Wok pemimpin Malaysia, sudah tentu keadaan berbeza. Lihat sahaja bagaimana rakyat Malaysia menyerang bekas pemimpin negara yang tidak sehaluan dengan mereka.

6.Di dalam pemerintahan Najib Abdul Razak, Melayu dididik untuk menyerang sesiapa sahaja bekas pemimpin yang tidak sehaluan dengan pucuk kepimpinan beliau.

7.Sedangkan Melayu Singapura di didik oleh PAP bertindak dengan waras dan bersopan santun serta beradap walaupun pemimpin yang berkenaan telah “menyakiti” hati dan perasaan mereka. Misalnya Othman Wok.


No comments:

Post a Comment