Monday 27 February 2017

Mahathir Tidak Gentar Hadapi Otai Reformasi





1.Ramai peserta di Konvensyen Reformasi tidak menyangkakan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghadiri konvensyen tersebut. Konvensyen itu telah dianjur oleh NGO Otai Reformasi  bagi menuntut pembebasan Anwar Ibrahim yang sekarang berada di Sungei Buloh.

2.Walaupun mereka mengundang Tun Mahathir untuk menghadiri konvensyen itu tetapi mereka tidak menyangkakan bahawa Tun Mahathir mempunyai keberanian untuk berdepan dengan mereka.

3.Para otai reformasi berpendapat Tun Dr Mahathir akan “melarikan/sembunyikan diri” seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Kemungkinan mereka berpendapat mana mungkin Tun Mahathir begitu berani untuk datang “ke tempat” mereka.

4.Para macai dan pembodek Najib pula menyiarkan artikel kononnya para otai memaki hamun Tun Mahathir. Mereka juga mengeluarkan posting kononnya Tun Mahathir tidak di undang ke konvensyen tersebut. Ada antaranya kononnya bersimpati terhadap Tun M kerana layanan yang diterimanya.

5.Jika mereka dengan jujur bersimpati terhadap Tun Mahathir, kenapa berdiam diri bilamana TV3 menyerang dan menghina Tun Mahathir hampir setiap malam?

6.Jika ketua mereka pintar bermain sandiwara menipu dan berbohong begitu juga para macai dan pemakan dedak. Ini tipu muslihat para macai dan pembodek kepada President dan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

7.Seperti pahlawan Melayu Tun Mahathir telah “menyerang kubu” (konvensyen reformasi) mereka. Tun Mahathir memandu sendiri kenderaannya untuk menghadiri konvensyen tersebut. Tun Mahathir tidak punyai kereta polis yang banyak dan rider yang begitu ramai untuk mengiringi beliau ke “kubu” mereka. Tun Mahathir hanya membekalkan semangat yang berani atas kalimah kebenaran bagi menghadapi otai reformasi dimana Tun sendiri mengetahui mereka tidak menyokong dan menyukai dirinya.

8.Apabila Tun Mahathir memasuki dewan kedengaran para otai reformasi terpekik terlolong seperti kena polong. Tapi ahkirnya mereka menyokong dan gembira dengan kedatangan Tun Mahathir dan ucapan Tun Mahathir seakan telah “memukau” para otai yang pada mulanya terkekik terlolong itu.

9.Para macai dan pembodek Najib pada mulanya merasa sangat gembira apabila Tun Mahathir menerima layanan “pekikkan lolongan serta laungan Maha firaun” daripada para otai reformasi. Tetapi akhirnya membisu seribu kata bilamana setelah mendengar ucapan Tun Mahathir para otai reformasi memihak kepada Tun Mahathir untuk tumbangkan Barisan Nasional.

10.Akhirnya mereka melaungkan REFORMASI, HIDUP MAHATHIR.

No comments:

Post a Comment