Monday 20 February 2017

Mahathir : Himpunan Akta 355 Bermotif Politik


Pada kali pertama Haji Hadi Awang membawa usul Persendirian berkaitan Rang Undang Undang Akta 355 di parlimen beliau hanya membaca tajuknya sahaja.

Pada kali kedua, Haji Hadi Awang hanya mengambil masa kurang tiga minit dengan menyatakan “Oleh kerana ramai yang tak faham usul ini, saya akan huraikan pada sesi parlimen akan datang”.

Setelah itu Haji Awang membawa usul RUU Akta 355 ke perhimpunan jalanan di Padang Merbok. Memandangkan UMNO/BN kini sudah tidak lagi di terima rakyat maka Pas mengajak UMNO/BN bersamanya membawa isu agama ke perhimpunan jalanan di Padang Merbok dalam usaha mendapatkan sokongan dan kepercayaan dari rakyat. Perhimpunan anjuran PAS itu di hadiri oleh Senior Minister dari BN. Satu permainan politik yang teratur dan licin.

Ada menyuarakan kehairanan mereka bagaimana Menteri parti yang memerintah terlibat dengan himpunan jalanan. Apakah isu yang melibatkan agama suci seperti agama Islam, tempatnya perbincangannya di jalanan? Apakah mereka terlalu banyak memakan dedak sehingga tidak dapat berfikir dengan waras termasuk Haji Awang dan pemimpin parti yang berkenaan kononnya parti Islam. Mengapa tidak membincangkan di parlimen?

Benar, sepertimana dikatakan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Perhimpunan Rang Undang Undang (RUU) yang di anjurkan oleh PAS yang bersengkongkol dengan UMNO/BN bermotifkan politik.

Seperkara lagi harus di ingat jika perhimpunan tersebut tidak bermotifkan politik maka tidak akan ada elemen cacian sesama Islam walaupun berlainan parti. Ini jelas dalam usaha mereka untuk "membeli hati" orang Melayu/Islam Malaysia. (Lihat foto diatas).

Setiap menjelangnya hari raya, kita akan kedengaran lagu Hari Raya di radio dan TV. Tidak terkecuali apabila menjelangnya pilihan raya.

Menjelangnya pilihan raya misalnya PRU13, PAS telah melaungkan lagu HUDUD untuk mendapatkan sokongan. Kali ini oleh kerana PAS menyokong UMNO/BN maka lagu yang di laungkan oleh kedua buah parti ini  adalah RUU355.

Rakyat Malaysia terutama sekali bangsa Melayu jangan jadi seperti Tipah Tertipu.


No comments:

Post a Comment