Tuesday 31 January 2017

Amanat Tuan Haji Hadi Awang


“Saudara-saudara sekelian, percayalah kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana nama BN. KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIAH. OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA, OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA.

Percayalah saudara saudara, PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, derma kita adalah jihad kerana KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, kalau kita mati kerana berlawan ini, kita adalah mati Syahid, mati kita adalah mati Islam, kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk menjadi kafir dengan menyatakan politik suku agama suku” – Amanat Haji Hadi Awang

Hari ini Haji Hadi dan ada beberapa kerat pemimpin PAS menyatakan untuk bekerjasama dengan UMNO/BN. Berdasarkan kepada amanat haji hadi, ianya membawa pengertian dengan bekerjasama dengan UMNO/BN maka mereka (pemimpin PAS) telah menjadi FAKIR. Samada mereka penganut Kristian, Hindu, Budha hanya mereka sendiri yang layak menyatakannya. Jika mereka tidak mahu termasuk dalam golongan yang disebutkan tadi, maka Haji Hadi harus menarik balik Amanat tersebut. Atau jika mahu mengekalkan Amanat tersebut, Pas wajib jauhkan diri daripada bekerjasama dengan UMNO/BN. Pas juga wajib menentang segala bentuk rasuah. Pas wajib bekerjasama dengan PPBM dan pakatan pembangkang.

Setakat ini rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam tidak mendengar pemimpin Pas menentang Rasuah yang di lakukan oleh pemimpin UMNO/BN. Pemimpin Pas membisu seribu bahasa dalam soal menentang pemimpin yang rasuah. Bekerjasama dengan parti yang mengamalkan rasuah sama ertinya pas menggalakkan dan menghalalkan rasuah.

Jika pemimpin Pas berdegil untuk bekerjasama dengan UMNO/BN, demi untuk menegakkan hukum agama dalam menentang rasuah maka setiap rakyat Malaysia beragama Islam wajib menolak Pas. Jangan memberikan satu kerusi parlimen atau DUN pun kepada Pas. Memberikan sokongan kepada Pas sama ertinya memberikan sokongan kepada UMNO/BN untuk terus mengamalkan rasuah di negara ini.

Ingatlah wahai saudara saudari yang beragama Islam bahawa kamu akan di persoalkan/bertanggungjawabkan di akhirat nanti apakah usaha kamu di dunia dalam menegakkan hukum Allah menentang RASUAH. Memberi dan menerima rasuah adalah haram.


Tolak UMNO/BN ertinya kita menolak PEMIMPIN RASUAH. Jika Pas bekerjasama dengan UMNO/BN maka adalah tanggong jawab kita menolak PAS juga. Jika kita berpadukan kepada Amanat Haji Hadi perbuatan kita, menolak BN dan Pas merupakan satu JIHAD. (menolak Pas kerana PAS bersengkongkol dengan UMNO/BN). umno tidak dapat hidup tanpa Melayu tetapi Melayu dapat hidup tanpa UMNO. Ini kerana pengganti UMNO adalah PPBM dibawah kepimpinan Mantan Perdana Menteri selama 22 tahun iaini YA Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Dari itu, perbincangan dengan pemimpin PPBM dalam masa terdekat sangat penting bagi Pas. Jika Pas memilih untuk bersengkongkol dengan UMNO/BN maka parti itu menuju kearah kehancuran. Pas tidak akan berjaya mempertahankan kerusi parlimen dan Dun. Pakatan pembangkang dan PPBM akan berjaya menyingkirkan Pas dalam arena politik negara. Mana mana parti yang bersengkongkol dengan UMNO/BN wajib di tolak oleh rakyat dalam PRU 14. Adalah tanggongjawab semua untuk MENYELAMATKAN NEGARA. 

No comments:

Post a Comment