Tuesday 17 January 2017

Buktikan dana bukan hasil curian 1MDB





Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa orang yang melaksanakan ibadah haji menggunakan wang 1MDB tidak akan mendapat haji mabrur. Ini kerana katanya haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada wang yang dicuri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Setelah itu, terdapat beberapa orang Mufti “menyerang” Tun Mahathir. Mufti yang berkenaan jelas menggunakan agama bagi kepentingan politik bukan mengutamakan hukum Allah. Ini semata mata bertujuan mengampu orang yang memberikan jawatan Mufti kepada mereka. Zaman ini Mufti seperti ini dinama sebagai "Mufti Cari Makan".

Kepada Mufti yang berkenaan kami ingin memberi nasihat seperti berikut :

وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَٰذَا حَلَالٌ وَهَٰذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ مَتَاعٌ قَلِيلٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ  

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. (Itu adalah) kesenangan yang sedikit; dan bagi mereka adzab yang pedih. [an-Nahl /16 : 116-117]

Timbalan Mufti Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin berkata, sekiranya wang dari dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) itu merupakan pelaburan yang patuh syariah, ibadah bagi orang yang melaksanakan haji akan diterima Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

“Memang kita dituntut dan diwajibkan laksanakan ibadah yang gunakan harta yang halal dan bersih itu asasnya.

Sesiapa yang tidak mempunyai dana yang mencukupi dari sumber yang bersih (halal) anda tidak diwajibkan untuk melaksanakan ibadah haji. Wang untuk menunaikan ibadah haji mestilah bersih dari rasuah, bersih dari hasil curian, bersih dari hasil wang penipuan, bersih dari sumber yang kotor seperti pelacuran dan seterusnya.

Dari itu, Mufti yang menentang Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu haji ini, kemukakan bukti dana tersebut bukan dari dana yang di curi (1MDB) sepertimana yang di dakwa oleh Tun Mahathir.

Setiap langkah yang di susun oleh Tun Mahathir dan setiap apa yang di lafazkan oleh beliau, saya percaya dan yakin beliau telah memberikan pertimbangan sewajarnya baik dari hukum agama maupun negara. Tun Mahathir bukanlah seperti pemimpim UMNO sekarang ini yang bercakap mengikut sentiment berdasarkan hasrat dengki, dendam dan kepentingan diri dan politik. Menggunakan agama sebagai alat kepentingan politik dan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment