Wednesday 25 January 2017

Berjihad Menentang Rasuah Melalui Kertas Undi (PRU14)


Kami berpendapat bahawa kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pakatan harapan melupakan PAS merupakan tindakan wajar. Ini kerana Pakatan Harapan/PPBM telah memberikan masa yang begitu lama bagi PAS memikirkan untuk bersama Pakatan Harapan/PPBM tetapi pemimpin PAS tidak mengindahkan dan tidak sirius. 

Kepimpinan Pas beranggapan bahawa parti-nya adalah parti yang terbaik dan tanpa bekerjasama dengan pakatan harapan/PPBM, mereka syok sendiri bahawa PAS tetap akan berjaya dalam pilihan raya. Sejarah politik Malaysia menunjukkan pemimpin Pas sememangnya mempunyai sikap angkuh dan sombong.

Amat aneh sekali apabila PAS mahu berdiri sebagai parti pembangkang tetapi enggan untuk berkerjasama dengan parti pembangkang yang lain tetapi memilih untuk bersengkongkol dengan parti yang memerintah. Apakah objektif sebenar PAS setelah kematian Nik Aziz Nik Mat dan Harun Din?

PAS dilaporkan sebagai tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah. Kami berpendapat tidak ada salahnya berkerjasama dengan kumpulan bukan Islam dalam usaha mempertahankan, menegakkan sebuah negara Islam serta menentang rasuah. Bekerjasama dengan parti bukan Islam untuk kebaikan/menegakkan Islam, apa salahnya. Mana hukum Islam yang menghalangnya?

Jika PAS memberikan sokongan kepada UMNO sama ertinya PAS memberikan sokongan kepada Barisan Nasional. Siapa BN? Siapa MCA ? Siapa MIC dan seterusnya? Tidak kah mereka dari golongan seperti DAP? Kapir makan babi dan minum arak dan sebagainya? Apakah kah pempimpin PAS menggangap bahawa MCA, MIC dan seterus adalah “Islam” kerana parti PAS bersengkongkol dengan mereka (BN)?

Dimana sikap PAS sebagai kononnya sebuah parti Islam tetapi bermusuhan dengan sesama Islam dari Amanah dan memberikan sokongan kepada pemerintah dimana pemimpinnya mengamalkan rasuah?

Jika benar PAS memperjuangkan Islam kenapa harus bermusuh dengan Amanah? Kenapa tidak kembali ke ajaran Islam dengan merujuk kepada Al Quran dan Hadith? Mengapa bermusuhan sesama bangsa dan agama?

Jangan kelirukan dan berbohong kepala rakyat Malaysia terutama sekali rakyat beragama Islam. Jika Pas mempunyai agenda tersembunyi untuk membantu BN mengekalkan kuasa kleptocratic maka cara yang terhormat bagi parti berkenaan menjadi parti komponen Barisan Nasional. Apa salahnya? Ada parti komponen BN juga asalnya dari pembangkang. Just join the queue.

Berkerjasama dengan parti dimana pemimpinnya mengamalkan rasuah membawa pengertian pas sendiri mempertahankan dan mengalakkan rasuah dimana bertentangan dengan ajaran agama.

Dari itu, merupakan tanggong jawab setiap rakyat Malaysia terutama sekali yang beragama Islam untuk menegakkan hukum Allah menentang rasuah.

Saat ini amat sukar kita menentang rasuah dengan situasi kepimpinan politik hari ini. Terutama desakkan untuk menangani masalah ibu rasuah telah di nafikan dan di sekat.

Maka itu, nantikan PRU 14 yang akan datang dan kita melaksanakan tanggongjawab menentang rasuah. Dengan kata mudah, marilah pada saat PRU14 kita berjihad melalui kertas undi menentang rasuah. Mana mana parti politik termasuk parti pembangkang yang menyokong pemerintah rasuah wajib di tolak dengan tidak memberikan undi kepada calon parti yang berkenaan.

Hanya kuasa ini yang ada kepada kita untuk berjihad menegakkan hukum Allah menentang rasuah. Kita jangan bersengkongkol dengan pemerintah rasuah. Ingat sebagai seorang umat Islam kita akan di pertanggongjawabkan di akhirat apa usaha kita lakukan di dunia antara lain menentang rasuah.


No comments:

Post a Comment