Monday 16 January 2017

Tun Dr Mahathir Mohamad seorang pemimpin yang hebat


1. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam majlis perasmian parti tersebut di Taman Melawati Shah Alam telah menyatakan bahawa BR1M akan diteruskan jika pembangkang menubuhkan kerajaan.

2. Sebelum ini di blognya Tun Mahathir telah menulis “BR1M is from the government money. It is obviously intended to get the people to vote for the government party in the 13th General Election because the BN manifesto for that election promises bigger BR1M when the government party win. Explicitly it is about the vote of electorate. The money (BR1M) is to be disbursed through umno. Obviously it is an attempt at gaining popularity of umno. That is political. It is bribery especially if disbursed near an election. It is bribery if the amount is increased and included in the party manifesto. If it is not to pay for the vote in the election, it should not be mentioned in the BN manifesto”.

3. Pemerintah Singapura juga pada setiap tahun ada membayar seperti BR1M kepada rakyatnya. Singapura mempunyai dua jenis pembayaran. Yang Pertama dinama GST dan yang kedua di namakan Workforce.

4. Pembayaran GST di berikan kepada semua warga Singapura berumor 21 tahun keatas. Ini bagi membantu warga Singapura dalam menghadapi implementasi GST sejak 1 April 1994. Pemerintah Singapura menyedari bahawa dengan implementasi GST semua harga barang akan meningkat tinggi dan kos sara hidup meningkat tinggi.

5. Kemudian ada pula pembayaran Workforce. Sasaran pemerintah Singapura kepada warganegara yang berpendapatan kurang S$1500 sebulan.

6. Kesemua bayaran di laksanakan oleh pegawai pemerintah bukan menerusi cawangan parti pemerintah atau MP dari PAP. Pembayaran tersebut juga tidak dimasukan kedalam manifesto PAP.  Perdana Menteri Singapura tidak pernah mengumumkan jumlah GST atau workforce yang harus di berikan kepada warga Singapura.

7. Pada blog yang sama Tun Mahathir juga telah menyatakan bahawa, “ But people with no income or income less than RM500 per month or RM600 per year quite welcome. It’s not much but it will buy a few items of food”.

8. Dengan mengambil kira apa yang di katakan oleh Tun Mahathir di blognya dan kemungkinan dengan informasi (feedback) yang mungkin di terima oleh beliau maka bekas perdana menteri bersikap terbuka untuk mengekalkan BR1M. Tetapi cara pemberian sangat berbeza dari apa yang dilakukan sekarang. Ini bagi mengelakkan elemen rasuah berlaku dan elemen membeli undi.

9. Tun Mahatir berkata “Jika di setujui rakyat BR1M akan dijadikan bantuan statutory yang di tentukan oleh undang undang dan bajet dan bajet biasa. Perdana Menteri tidak boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya atau cara penyampaiannya. Wang ini akan di agih oleh pegawai kerajaan bukan oleh parti UMNO. BR1M tidak boleh di masukan dalam manifesto”.

10. Sudah pasti Tun Mahathir mempunyai mekanisme yang terbaik, Lebih baik dari cara pemerintah Singapura membuat pembayaran kepada rakyatnya. Rakyat Malaysia dan dunia mengakui bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin politik paling hebat didunia.


11. Dengan kenyataan terbaru dari Tun Dr Mahathir maka akan ada berbagai "serangan" terhadap beliau. Tetapi Tun Mahathir tidak kisah dengan berbagai cemuhan dan serangan dari mama mana pihak kerana beliau mengetahui apa yang dilakukan terbaik untuk rakyat dan negara.

No comments:

Post a Comment