Wednesday 28 October 2015

Tun Mahathir sayangkan parti, bangsa, agama dan negara


Dalam blognya, The Corridor of Power, Raja Petra menulis, Dr Mahathir mengalami apa yang orang Melayu panggil sebagai “ gila talak” . Menurut Raja Petra Dr Mahathir mahu memutuskan apa yang parti harus lakukan dan siapa yang mengetuai parti.

Manakala New Straits Times pula pada Oktober 2015 memetik tulisan Raja Petra dengan membawa tajuk, ‘ Dr M trying to destroy Umno’.

Sebagai rakyat Malaysia, saya mengetahui sejak dulu lagi Raja Petra tidak sehaluan dengan Tun Mahathir dan beliau sering mempunyai sikap bertentangan dengan Tun Mahathir. Dari itu apa yang di tulisnya hanya berdasarkan kepada emosi dan rasa dendam terhadap ‘ musuh lama’ nya Tun Mahathir.

Manakala New Straits Times bertindak seperti media perdana yang lain dimana sentiasa mencari jalan dan mengambil kesempatan yang ada untuk ‘menyerang’ Tun Mahathir dalam usaha mempertahankan Perdana Menteri kesayangan mereka, Datuk Seri Najib Abdul Razak. Ini dilakukan walaupun jelas kelihatan perkara yang mungkar di lakukan oleh Perdana Menteri/Presiden UMNO kesayangan mereka.

MAG berpendapat bahawa hanya mereka yang sempit pemikirannya atau kurang siuman (separuh gila) yang akan mengatakan bahawa Tun Mahathir mahu menghancurkan UMNO. Ini kerana jika mereka mempunyai pemikiran yang waras akan dapat berpikir jelas bahawa Tun Mahathir tidak menghancurkan UMNO. Tun Mahahir mahukan Najib meletakkan jawatan. Desakan Tun Mahathir mahukan Najib meletakkan jawatan mempunyai asas yang kukuh. Bukan melalui hearsay. Mendesak Najib meletakkan jawatan tidak bermakna menghancurkan UMNO. Ini kerana Najib bukan UMNO dan begitu juga UMNO bukan Najib. Tetapi jika Najib terus menjadi Presiden UMNO dan PM, UMNO akan hancur dan begitu juga negara, Malaysia yang di cintai ini.

Apa yang dilakukan oleh Najib dapat menghancurkan negara dan parti. Rakyat Malaysia seharusnya tidak buta dan tuli mengenai isu seperti berikut :

1.     1MDB
2.     RM2.6billion

Dalam usaha untuk ‘menyelamatkan’dirinya dan terus memegang kuasa politik, Najib telah bertindak agresif dan zalim seperti berikut :
3.     Menendang Tan Sri Muhyiddin Yasin
4.     Menendang Datuk Seri Shafie Apdal
5.     Menukar Peguam Negara
6.     Menukar Timbalan Pengarah SB
7.     Memindahkan penyiasat SPRM ke JPN
8.     Menamatkan Pengerusi PAC
9.     Menempatkan ahli PAC kepada Menteri
10.                        Membubarkan Task Force
11.                        Menangkap Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
12.                        Menangkap Matthias Chang

Dan macam macam lagi tidak bermasuk isu Altantuya. Persoalan yang tidak terhurai adalah siapa yang mengarahkan Altantuya di bunuh dengan kejamnya.

Kemudian isu anak tirinya, Riza Aziz yang kononnya membuat pelaburan ratusan juta untuk filem ‘The Wolf of Wali Street. Persoalannya duit itu datang dari mana? Kemudian membeli rumah mewah dengan ratusan ringgit atau dolar Amerika sedangkan filem tersebut tidak memberikan keuntungan.

Sudah semestinya sebagai seorang pemimpin yang telah membangunkan dan memperkukuhkan ekonomi Malaysia, Tun Mahathir tidak mahu melihat pemimpin yang super rakus menghancurkan dan memalukan negara. Pulling down the image and economy of the country down to the drain.

Sebagai seorang Melayu yang berugama Islam, saya tidak gemar untuk menyebut nama Lee Kuan Yew. Tetapi dalam penulisan saya kali ini saya ingin membuka minda orang seperti Raja Petra dan New Straits Times bagaimana seorang pemimpin yang telah membangunkan sebuah pulau menjadi sebuah negara yang dihormati dan disegani dunia.

Mendiang Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Pertama Singapura pernah menyatakan, “ Even from my sickbed, even if you are going to lower me to the grave and I feel that something is wrong, I will get-up”.

Apa maknanya? Lee Kuan Yew ingin menerangkan bahawa beliau tidak mahu/ tidak rela melihat segala pembangunan dan kemewahan yang dibina sekian lama dihancurkan dan dimusnahkan oleh pemimpin yang hanya mementingkan diri dan keluarga sendiri. Jika ini berlaku maka penghuni atau rakyat akan mengalami penderitaan dan hidup mereka akan sengsara. Dan segala hutang piutang akan di tanggong oleh penghuni atau rakyatnya.

Bukan itu sahaja yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew. Pucuk kepimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP) juga di rancang begitu rupa supaya segalanya berjalan dengan baik dibawah kepimpinan PAP, dan Singapore berdiri tegak, kukuh serta terus maju dan di hormati oleh dunia. Perjuangan utama PAP supaya parti tersebut tidak di pimpin oleh pemimpin yang super rakus dimana dapat memudaratkan Negara. 

UMNO terus maju dan mendapatkan sokongan dari berbagai bangsa dan keturunan kerana pemimpin umno bermula dari Tunku Abdul Rahman sehingga Tun Dr Mahathir, parti kukuh dan kuat dan dapat memerintah.

Bagi parti memperkukuhkan kekuatan dan mengekalkan kuasa politik Melayu,melalui parti UMNO, maka Tun Mahathir bangkit untuk memperjuangkan dan mempertahankan nya walaupun kini beliau berumur 90 tahun. Tun Mahathir merasakan beliau wajib bangkit jika tanah melayu ini (Malaysia) mahu di miliki dan di kuasai oleh orang Melayu dan di hormati dunia.

Katakan, siapa dalam umor sedemikian tidak mahu berehat bersama isteri tersayang, anak cucu tanpa memikirkan soal/isu berat seperti isu negara. Tun Mahathir adalah seperti kita semua seorang insan dan apa dan segala yang kita perlukan didunia ini, begitu juga Tun Mahathir. Kita apabila mencapai umor seperti Tun Mahathir ingin menjalani kehidupan bersantai.

Tetapi kerana jiwa Tun Mahathir mementingkan bangsa, agama dan negara maka beliau tidak boleh duduk diam. Beliau terus berkerja lebih kuat lagi. Usaha dilakukan berlipat ganda berbanding tugasan beliau semasa memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ini semua dilakukan seperti dikatakan awal tadi. Tun Mahathir mementingkan/menitik beratkan bangsa, agama dan tanah air daripada diri dan keluarganya sendiri.


No comments:

Post a Comment