Tuesday 6 October 2015

Kebodohan Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agong UMNO


Di Majlis Hi-Tea anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka antara lain Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa Tengku Adnan seronok nak jadi Setiausaha Agong. Tapi dia banyak duit. Masa dulu kita dalam UMNO tidak banyak duit. Bila ada mesyuarat Agong UMNO, bukan main, pasang itu dan pasang ini. Saya tidak dapat pikir berapa juta yang dibelanjakan.

Nampaknya Tengku Adnan tidak dapat menerima kritikan Tun Mahathir lantas beliau mengingatkan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mencampuri urusan UMNO. Jika tidak dapat menerima kritikan jangan jadi orang politik. Duduk rumah sahaja.

Mengingat dan menimbang kedudukan Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agong UMNO, maka jelas kenyataan beliau terhadap Tun Mahathir menunjukan kebodohannnya. Ini kerana sebagai Setiausaha Agong, beliau tentunya mengetahui bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad masih ahli UMNO. Jika bukan ahli UMNO mempunyai hak untuk mencampuri hal dalam UMNO, maka siapa lagi? Atau  apakah UMNO hanya dimiliki oleh orang tertentu dan yang lainnya dianggap sebagai orang luar?


Jika ahli biasa UMNO seperti Tun Mahathir di anggap sebagai orang luar maka ahli UMNO tidak semestikan memberikan sokongan/undi kepada UMNO/BN dalam Pilihan Raya yang akan datang.

No comments:

Post a Comment