Thursday 22 October 2015

Malaysian Watch Group Cabar Datuk Seri Najib Abdul Razak


Di Persidangan Perwakilan Nasional 2015 Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Perdana Menteri/Presiden UMNO menyatakan bahawa Orang Cina di negara ini tidak di anggap PENDATANG.

Jika orang cina tidak dianggap sebagai pendatang maka orang cina mempunyai hak yang sama seperti orang Melayu. Dari itu perbuatan Baju Merah, jelas Najib memperalatkan mereka dalam usaha memesongkan isu 1MDB dan dana RM2.6b ke akaun peribadinya.

Ucapan Najib di persidangan parti Gerakan merupakan satu pengiktirafan kepimpinan UMNO bahawa tanah Melayu ini bukan sahaja hak orang Melayu tetapi hak orang cina juga. Pengiktirafan seumpama ini, sama keadaan dengan PAP Singapura bahawa Singapura bukan  hak orang Melayu bahkan orang Cina juga. Akhirnya Melayu Singapura di anak tirikan. 

Malaysian Watch Group (MWG) mencabar Najib mengulangi ucapannya bahawa 'Orang Cina di negara ini tidak di anggap PENDATANG di Perhimpunan Agong UMNO atau mana mana majlis anjuran UMNO.

No comments:

Post a Comment