Wednesday 21 October 2015

Pentadbiran Najib mengikuti pentadbiran Singapura



Saya bersetuju dengan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu memainkan peranan eksekutif dalam pentadbiran Negara dan tidak wajar dikatakan hanya sebagai ‘rubber stamps’atau pak turut kepada keputusan kerajaan.
Menurut Tun Mahathir,  Memang benar Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja merupakan Raja Berperlembagaan, tetapi ia tidak bermakna mereka boleh dicopkan sebagai ‘rubber stamps’dan hanya berperanan mengesahkan semua tindakan kerajaan sahaja.

Tun Mahathir membuat bertindak balas terhadap Timbalan Perdana Menteri baru dilantik, Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, Yang di Pertuan Agong tertakluk kepada doktrin pengasingan kuasa dan tidak wajar sesetengah pihak menangguk di air yang keruh susulan titah Raja-Raja Melayu.
Kemungkinan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi ingin meniru Negara Singapura dimana Presidennya hanya merupakan sebagai Ceremonial Role seperti berikut : -

Roles and Responsibilities

Constitutional
The President of Singapore acts as a guardian in relation to certain matters such as the use of national reserves. He does not govern the country - that falls to the Prime Minister and the other members of the Cabinet who exercise the executive powers of the Government and are accountable to Parliament.
Ceremonial
The Presidency is vested with several ceremonial functions. The President also represents Singapore at the highest level and helps promote good bilateral and people-to-people ties between Singapore and other countries.
Community
The President may use the influence of his position to support charitable and social causes. The President can also play a unifying role by encouraging, articulating and representing those values that unite Singaporeans as a nation.

Di Singapura peranan Presiden Negara pulau tersebut hanya merupakan Ceremonial functions ( fungsi Istiadat) dan bertindak sebagai ‘rubber stamp’.

Kemungkinan kepimpinan Najib Abdul Razak  ingin menjadikan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu seperti Presiden Singapura. Pemerintahan Najib Abdul Razak di kesan banyak mengikuti cara pemerintahan Lee Kuan Yew dan anaknya Lee Hsein Loong.

Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Singapura pada 5 June 1959. Dari tarikh tersebut pemerintah Lee Kuan Yew, menyalah gunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1990. Dari June 1959 sehingga 1990, Lee Kuan Yew telah menangkap sesiapa sahaja yang dalam pendapat beliau boleh mengancam kepimpinannya. Dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Lee Kuan Yew membuat berbagai tuduhan seperti penglibatan dengan komunis, Maxist, sabotaj Negara, perkauman dan berbagai lagi. Segala-gala di bawah penguasaiannya. Seperti hari ini, rakyat Malaysia melihat bagaimana Najib menggunakan SOSMA untuk menangkap Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthis Chang.  Datuk Seri Najib Abdul Razak telah melakukan seperti berikut : -

1.      Membuang TS Muhiyiddin Yassin
2.      Membuang DS Shafie Apdal
3.      Menukar Peguam Negara
4.      Menukar Timbalan Pengarah SB PDRM
5.      Memindahkan Penyiasat SPRM ke JPM
6.      Menamatkan Pengerusi PAC
7.      Menempatkan Pengerusi PAC
8.      Menempatkan ahli PAC menjadi Menteri
9.      Membubarkan Task Force
10.  Menahan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
11.  Menahan Matthias Chang
12.  Setiap MP dan Ketua Bahagian parti tunduk kepada Najib

Serupa segala yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew dizaman pemerintah beliau, sehingga Lee Kuan Yew mendapat kuasa mutlak dan cengkaman di Singapura. Semua nya takut dan tunduk kepada Lee Kuan Yew. Mengikut apa sahaja arahannya (Lee Kuan Yew) tidak kira seseorang orang itu berpangkat tinggi atau sebaliknya di Singapura.

Anak Lee Kuan Yew pula memberikan wang tunai kepada rakyat Singapura kononnya dalam usaha membantu rakyat menghadapi sara hidup yang tinggi. Rakyat Singapura pada mulanya di beri wang tunai atas nama “Workforce dan GST”. Setelah rakyat diberikan wang tunai, kemudiannya, rakyat menghadapi kenaikan kos barang barang keperluan, kos perubatan yang tersangat mahal,  caj pembelian/sewa rumah yang tinggi, Caj Service & Conservancy,kenaikan caj air dan elektrik, kenaikan cukai jalan,kenaikan  ERP ( di Malaysia pungutan TOL) dan berbagai lagi.

Ini semua di ikuti oleh pentadbiran Najib di Malaysia. Kita lihat gaji Perdana Menteri Singapura melebihi gaji Presiden Amerika.


Dalam pilihan raya Singapura yang lalu, seramai 100,000 warganegara baru. Yang terbanyak dari negara Cina. Dan warga baru ini semuanya memberikan undi/sokongan kepada PAP. Maka itu PAP menang besar dalam PRU yang baru lalu. Sasaran pemerintah Singapura dalam tahun 2030 dijangka populasi penduduk Singapura mencapai 6.5 – 6.9 juta. Dimana 3.6 -3.8 juta wargangera dan penduduk tetap. Bukan pemastautin membentuk kira kira 2.3 – 2.5 juta pada masa itu. 

Jika Najib terus berkuasa rakyat akan menderita. Jika Najib terus berkuasa dan menjadi PM dalam PRU 14, BN/UMNO akan tumbang. UMNO Malaysia akan menemui nasib sama seperti UMNO Singapura. Rakyat Melayu Malaysia akan senasib dengan Melayu Singapura. Ini kerana Najib telah pun menyatakan bahawa bukan Melayu bukan PENDATANG.


No comments:

Post a Comment