Thursday 29 October 2015

Pentingnya Imunisasi - Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali


Ketika bercakap kepada pemberita, selepas menerima anugerah Kiwanis International Humantarian Public Service 2015 di Yayasan Kepimpinan Perdana, isteri Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali melahirkan rasa kekecewaan dengan tindakan segelintir ibu bapa yang enggan membenarkan bayi mereka diberikan imunisasi melalui beberapa suntikan oleh Kementeriam Kesihatan.  

Menurut Tun Siti perkembangan ini amat membimbangkan kerana bayi yang tidak mendapatkan suntikan imunisasi mudah terdedah dengan wabak penyakit berbahaya.
Saya bersetuju dengan Tun Siti bahawa anak mereka harus di suntik dengan vaksin polio. Tun Siti ada menyebut beberapa suntikan dan mungkin seperti berikut :

a.     1 suntikan apabila bayi dilahirkan
b.     1 suntikan selepas 6 bulan bayi itu dilahirkan
c.      1 suntikan selepas setahun bayi di lahirkan
d.     1 suntikan selepas 2 tahun bayi itu dilahirkan

Bagi pihak Kementerian Pendidikan pula harus memastikan ketika pendaftaran darjah satu, ibu bapa wajib menunjukan kepada pihak sekolah Sijil Imunisasi anak mereka. Mungkin pihak Kementerian Pendidikan dapat menjadikan sebagai satu syarat kemasukan permulaan sekolah.

No comments:

Post a Comment