Thursday 15 October 2015

GMPN harus menegakan dan memperjuangkan Titah Raja Raja Melayu

1.     Sebuah NGO yang bergelar diri mereka sebagai Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara ( GMPN) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap anak anak Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

2.     Sebagai rakyat biasa, saya bertanya kepada diri sendiri, “mengapa ada pihak yang sakit hati sangat kepada anak Tun Dr Mahathir?

3.     Bagi saya, jika diri sendiri, malas untuk berusaha bagi mendapatkan kekayaan mengapa tersangat sakit dan iri hati kepada orang lain yang telah berjaya?. (dalam hal ini anak anak kepada Tun Mahathir).

4.     Anak anak Tun Mahathir mendapat kekayaan dengan usaha mereka sendiri tanpa bantuan Tun Mahathir sendiri.

5.     Kejayaan anak anak Tun Mahathir tidak ada hubung kait dengan Tun Mahathir semasa memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

6.     Tidak lama dahulu ada seorang individu juga mempersoalkan kekayaan anak Tun Mahathir iaini Datuk Seri Mokhzani. Bilamana Datuk Seri Mokhzani meminta orang tersebut supaya membuat sedikit kajian di Majalah ( saya lupa nama majalah tersebut) dimana di sana ada menerangkan segala-galanya. Selepas itu, individu Melayu yang memegang sijil PHD ( Penyakit Hasrat Dengki)  soyap sahaja.

7.     Bagi Datuk Seri Mukhriz pula beliau bergiat dalam politik setelah Tun Mahathir tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

8.     Datuk Seri Mukhriz di lantik sebagai Menteri Besar Kedah, Tun Mahathir sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

9.     Datuk Seri Mukhriz kalah dalam pertandingan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

10.                        Jika  perjuangan GMPN  bagi MARTABAT PEJUANG BANGSA, maka isu yang wajib ditengahkan seharusnya tidak memilih bulu atau pilih kasih.

11.                        Jika GMPN menitik beratkan “maruah bangsa” mengapa tidak mempersoalkan bagaimana Khairy Jamalludin menjadi Ketua Pemuda semasa bapak mentuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri?

12.                         Seharusnya GMPN bertindak mengembalikan martabat dan maruah bangsa, agama dan negara dengan mendesak Datuk Seri Najib Abdul Razak meletakkan jawatan.

13.                        Martabat dan Maruah bangsa, agama dan negara telah runtuh  dengan berbagai isu skandal oleh Perdana Menteri.

14.                        Seharusnya Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara menitik beratkan, menegakkan dan memperjuangkan Titah Raja Raja Melayu.

15 Semoga Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara tidak memegang sijil PHD jika inginkan menjaga/memperjuangkan Martabat dan Maruah bangsa.  (PHD – Penyakit Hasrat Dengki

No comments:

Post a Comment