Malah menurut beliau, AS juga bertindak memenjarakan rakyatnya tanpa melibatkan sebarang perbicaraan.
“Maka mereka tidak hak untuk mengkritik, mereka sepatutnya mengkritik diri sendiri terlebih dahulu.

“Anwar adalah calon mereka untuk pertukaran kerajaan di Malaysia, sebab itu mereka tidak puas hati,” katanya

"Mereka (AS) ingat mereka kuasa besar boleh buli kita, sebab kita tidak boleh buli mereka, maka mereka buatlah macam-macam keputusan".

Mengulas petisyen rakyat AS yang mendesak Presiden negara itu, Barack Obama mempercepatkan pembebasan Anwar, Tun Dr Mahathir berkata, "Itu hak mereka mahu buat petisyen, kita juga boleh buat petisyen supaya jatuhkan presiden mereka. Kita sepatutnya membuat petisyen supaya mereka jangan menggangu negara kita, negara sendiri pun mereka tidak boleh jaga".