Tuesday 13 October 2020

Tan Sri Muhyiddin Yassin Wajib Letak Jawatan

Kerajaan Tebok Atap mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan merebaknya wabak Covid-19.


2.PKPB secara banket dimana melibatkan Lembah Klang melibatkan kos ekonomi yang tersangat tinggi yang boleh mencatatkan perkembagaan ekonomi negara terutama di Selangor. 


3.Dengan peningkatan yang tersangat tinggi wabak virus covid 19 jelas kerajaan dibawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah gagal menanganinya dan wajar bagi Muhyiddin meletakkan jawatan dengan kadar segera demi untuk keselamatan rakyat dan negara.


4.Punca utama merebaknya virus ini disebabkan kerakusan kerajaan pusat melancarkan satu lagi rampasan kuasa di Sabah melalui Musa Aman.


5.Melihat gejala yang sangat bahaya yang dirabcang oleh pemimpin pusat maka Shafie Afdal (ketika itu Ketua Menteri Sabah) tidak punyai cara lain selain membubarkan Dewan Negeri Sabah dan mengadakan pilihan raya negeri. Salah satu elemen merebaknya virus ini oleh kerana kerakusan pemimpin pusat untuk berkuasa bagi mengekalkan kedudukan dan jawatan politik mereka. 


6.Pemimpin parti pemerintah diberikan ‘keistimewaan’ tidak diwajib dikuatirkan sekembalinya dari Sabah seperti diumumkan oleh Menteri Keselamatan. Suatu keputusan/tindakan tidak bertanggungjawab dimana meletakkan negara dan rakyat diambang sangat bahaya melibatkan virus Covid 19 kerana ianya melibatkan nyawa rakyat. 


7.Jelas gelajah ini merebak berpunca dari pemimpin kerajaan pusat dan maka itu mereka harus mempunyai tanggongjawab moral meletakkan jawatan dengan segera. Seperti peribahasa , tangan mencecang bahu memikul. 


8.Perdana Menteri Interim hendaklah di lantik dan beliau perlu diberikan kuasa bagi melantik anggota kabinetnya sehingga PRU15.


9.Melihat dan kaji sejarah kepimpinan politik Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad paling layak dilantik sebagai Perdana Menteri Interim. Ini dengan pengalaman beliau mentadbir negara selama dua kali. Kejatuhan kerajaan beliau bukan pada pilihan raya pada PRU. Kejatuhan kerajaan beliau dilakukan sekelompok ahli politik yang dahagakan/kerakusan kuasa serta jawatan lantas mengerakkan Langkah Sheraton bagi melancarkan merampas kuasa. (KUDETA) 


10.Kerajaan hari ini bukan di pilih rakyat dan bukan untuk rakyat tetapi gaji mereka di tanggong oleh rakyat. 


11.Track rekod kepimpinan Tun Mahathir menangani berbagai masalah politik, ekonomi dan sosial tidak dapat di nafikan kecemerlangannya mentakbir negara. Ini diakui oleh dunia. 


12.Keutamaan adalah untuk menyelamatkan negara dan rakyat. Pada keadaan terkini negara tidak mampu tersalah pilih pemimpin. 

No comments:

Post a Comment